رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Selasa, 27 Disember 2016

# anak # falsafah

Gaya parenting mana yang baik?

Dari peti soalan :

Assalamualaikum puan,

Sy terpanggil utk bkongsi masalah yg menjadi beban di hati sy selepas membaca repost puan ' memarahi dan memukul ank bukanlah sunnah Rasulullah'..

Sy akui kami suami isteri byk kelemahan dlm mendidik ank2..suami sy mmg amat jarang sekali memarahi, meninggikan suara atau memukul ank2..sy atas kelemahan diri dan kurang sabar ada jugak terlepas laku...

Dikalangan ipar2, kami sering diperli 'manjakan ank', 'xmarah dan xpukul ank nnt anak xde adap'...mmg sy akui ank2 agak 'aktif' dan xduduk diam..paling sy sedih bila ada yg memerli, ckp pd ank mereka 'jgn lari2, jgn ikut mcm ank2 kami...hingga kdg2 emosi sy terganggu stp kali balik kg dan melepaskan geram pd ank2..kdg2 sy tiba2 jd keliru, betol ke cara kami ni, wlaupon suami selalu ingtkan sy, ini acuan kita, kita gunakan klembutan dan reversed psykologi pd ank, bukan jeritan dan herdikan..

Kdg2 bila nk balik kampung sy jadi susah hati, bimbang ada yg xsenang dgn ank2 kami dan cara kami..

Sy mohon pandagan puan..terima kasih..

Utk makluman puan ank2 sy berumur 8,6,5 dan 2..


Wa 'alaikumussalam puan yg baik hati.

Mohon  maaf kerana saya mengambil masa beberapa hari sebelum menjawab soalan puan ini.

Allah... Saya bukanlah yg terbaik. Saya dan suami juga banyak kekhilafan. Tak lebih tak kurang dari puan atau ibubapa lain. Kita sama saja adanya.

Adakala, kemarahan dapat dikawal. Adakala tertentu kami juga terbabas sipi-sipi. Jika salah seorang dari kami sedang berasa marah kepada anak, seorang lagi akan diam saja. Tidak perlu diperpanjangkan.



Semua orang pernah marah. Ianya menunjukkan kita adalah manusia normal. Ada naik turun iman. Apa yg perlu hanya sentiasa berusaha untuk mengawal marah dan kemam mulut dari berkata-kata yg buruk ketika berhadapan dengan kemarahan itu sendiri. Kerana kita sedang berhadapan dengan anak-anak yg sedang menyerap dan mempelajari kawalan emosi melalui kita.

Practice make perfect puan. Kita usaha lagi!



1. Bagi saya, adalah normal bagi anak-anak sekali sekala pulang ke kampung berlari ke sana ke sini dan meredah segenap ceruk tanah di kampung. Ia normal puan. Bahkan, saya sendiri merasa amat bahagia bila mana melihat anak-anak dan anak saudara yg lain berlari-larian di halaman rumah neneknya yg luas itu. Jika mereka memerap tengok tv saja saya pula yg risau dan akan menyuruh mereka cari ranting pokok atau daun atau pokok besar-besar untuk dipanjat! hehe..

Hanya ia tidak harus berlaku pada setiap masa. Bermaksud, ada masa biarkan anak-anak berlari-larian sesuka hatinya. Ia menunjukkan mereka sedang berbahagia dengan kampungnya dan sedang enjoy dengan masanya di kampung.

Tapi, apabila hari sudah masuk maghrib dan malam, orang sudah mahu tidur, ketika itu kita perlu pastikan anak-anak menunjukkan adab yg baik dengan sepupunya yg lain dan nenek datuknya sendiri.

Kebebasan yg terkawal. Kemarahan yg terkawal. Juga pemantauan yg terkawal.


+ Tidak membuat bising sewaktu maghrib. Nenek nak sembahyang, mengaji. Kita kena hormat nenek. Ini rumah nenek.

+ Makan bersama-sama nenek atau ajak nenek makan bersama. Sekali sekala pulang ke kampung makanlah bersama dengan yg lain.

+ Tidak membuat kotor atau sepahkan rumah nenek. Tapi ia agak mustahil bagi anak kecil.. Hihi.. Makanya di sini tugas kita untuk mengajar anak membersihkan apa yg sudah dikotorkannya.


2. Tidak membandingkan anak-anak dan tidak menunjuk-nunjuk.
Nasihat yg satu ini saya dapati dari ibu saya.

Emak pernah berpesan kepada saya di satu hari.

Dalam media massa zaman kini (FB, WhatsApp, Telegram dll) sentiasa jaga apa yg kita mahu kongsikan, Jangan terlalu berkongsi mengenai sesuatu yg tidak akan pernah sama situasinya antara kita dengan orang lain contohnya susu ibu, anak-anak, pelajaran anak-anak.

Jika orang dahulu, pabila berkumpul ahli keluarga masing-masing sibuk memuji kepandaian anak-anak sendiri. Sama juga zaman kini hanya perlu dibuat di hujung jari.

Lalu, ini akan mengakibatkan ibubapa lain berasa rendah diri jika ada anaknya yg masih belum pandai membaca/mengaji/mengira misalnya.

Jadi, saya bertanya kembali apa garis panduan jika kita mahu kongsikan suatu yg berbentuk positif supaya niat kita adalah untuk membantu ibubapa lain yg sedang berusaha mencari jalan keluar?

Emak menjawab, apabila mahu berkongsi sertakan sekali cara-caranya. jalan keluarnya. Bukan semata-mata post sesuatu dengan perasaan bangga diri. Misalnya, mahu post mengenai susu ibu. Berikan sekali cara-cara membanyakkan susu ibu. Begitulah.

Melainkan apabila ada orang yg bertanya direct kepada kita. Bolehlah kita membantunya.

Sama juga keadaannya apabila berkumpul saudara mara di kampung. Emak berpesan, jangan bercerita tentang anak kita baik gitu gini lalu membandingkan dengan anak anak saudara yg lain. Kecualilah jika ada yg bertanya.. "Eh eh macamana ek awak ajar anak awak?" Barulah kita bercerita sedikit sedikit saja. Janganlah over. Hehehe..


3. Gaya parenting

Tidak ada 1 gaya parenting pun yg boleh digunapakai sama dengan ibubapa lain. Kerana hakikatnya anak-anak yg lahir masing-masing mempunyai perangai dan tabiat berbeza. Cara bercakap dan makan juga berbeza, masakan kita boleh samakan kesemuanya dengan mengikuti satu saja gaya parenting sama seperti orang lain?

Dahulu, ibu ayah kita garang apabila mendidik kita adik beradik. Manakan boleh cara yg sama digunapakai oleh kita pula pada zaman kini untuk mendidik anak-anak sendiri?

Dahulu, senang saja ibu kita menyuapkan nasi serentak kepada semua adik beradik kita semasa kecil. Masakan boleh zaman ini kita pula mampu menyuapkan nasi serentak kepada semua anak-anak kita kerana salah seorangnya picky eater dan seorang lagi sangat suka berdikari walaupun masih kecil lagi? (Menangis-nangis mahu makan sendiri)..

Kita lebih tahu anak kita bagaimana.

Jika ada orang yg menggunakan kekerasan dan kemarahan terhadap anak -anaknya kerana dengan cara itu sajalah anaknya "bergerak" melakukan apa yg disuruh, apakah kita perlu melakukan perkara yg sama jika kita tahu anak kita mampu "bergerak sendiri" tanpa perlu dimarahi atau dirotan?

Ada 4 jenis gaya parenting yg biasa diperbincangkan dan menjadi rujukan ibubapa (lihat gambar). Terpulang pada ibubapa gaya manakah yg lebih sesuai digunapakai dengan keadaan dan tabii anak masing-masing. Asalkan jangan sampai tahap "pengabaian".

Yang terbaru, suami saya seringkali mengingatkan supaya kami tidak menjadi helicopter parents. Ya, saya juga masih belajar dari anak-anak dan cuba untuk memberi ruang untuk mereka kerana menjadi seorang surirumah seperti saya sangat mudah menjadi helicopter mom. Hehe.. Boleh baca lanjut di :

http://aboutmyrecovery.com/helicopter-parents-neurotic-children/
https://tasuvali.wordpress.com/tag/helicopter-parenting/


Ya, zaman ini ramai orang bercakap mengenai gaya parenting. Kita boleh membacanya di sana sini bagaimana mahu menjadi ibubapa terbaik. Hanya di hujung jari.

Akhirnya, TERBAIK itu adalah subjektif.


3. Kembali kepada al Quran dan Sunnah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan kita untuk mengawal kemarahan.

« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ » 
“Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.” 
[HR.al-Bukhari (no. 5763) dan Muslim (no. 2609).]

Apa kata al Quran? Di dalam surah Luqman ada jawapannya. Satu-satunya surah parenting yg terhebat.

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman 31:13)

Mafhumnya, walau apa jua jenis gaya parenting yg kita mahu praktikkan ke atas anak anak kita, apa yg paling penting ialah jangan sampai kita membiarkannya hanyut dalam perbuatan mensyirikkan Allah. Meyakini ada kuasa lain yg lebih hebat dan boleh meminta selain daripada Allah yg Berkuasa. Na'udzubillahi min dzalik.

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Luqman 31:16)

Mafhumnya, ajarilah anak mengenai Ihsan. Kamu tidak nampak Allah tapi buatlah apapun pekerjaan (baik atau buruk) dengan merasai bahawa Allah sentiasa memerhatikanmu. Walaupun ia berada jauh di dalam hatimu.

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31:17)

Mafhumnya jelas. Dirikan solat. Amal ma'ruf nahi munkar. Fasobrun jameel. SABAR ITU INDAH.

 "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18)
Mafhumnya jelas. Jangan memandang rendah kepada orang lain yg tidak sama dengan kita. Mungkin orang itu lebih baik amalannya.
Jangan sombong dan bongkak seolah-olah cara kita saja yg betul dan terbaik yg harus diikuti oleh orang lain.
Jangan berbangga dengan apa jua kejayaan anak-anak atau pengiktirafan yg diperolehi oleh kita sendiri kerana kita tidak selamanya "di atas". Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk ke bumi.

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman 31:19)

Mafhumnya, apa jua gaya parenting dan keputusan kita untuk mendidik anak-anak malah apa jua situasi dan permasalahan / dilema yg kita hadapi dalam hidup ini (gaya modern atau tradisional / perubatan alopati atau perubatan alami) selagi ianya adalah perkara furu' (yg memerlukan hukum fiqh digunapakai bagi menyelesaikannya) maka, bersederhanalah! Rendahkan suaramu kerana suara yg nyaring lagi tinggi itu adalah seburuk-buruk suara. Amat buruklah suara itu dan tiada siapa akan dapat mendengarkannya apalagi memperturutinya.


Dan tidaklah rugi orang yg merendahkan suaranya terhadap anak-anak. Begitu juga kepada orang lain yg tidak sama fikrahnya dengan kita. Tidak juga menyakitinya dengan kata-kata.

Anak-anak akan belajar dan berperangai persis sama dengan percakapan dan gaya orangtuanya sendiri. Maka, kitalah yg menentukannya.

Mudah-mudahan puan dan semua pembaca beroleh jawapannya. Saya kongsikan di sini supaya masyarakat yg lebih besar di luar sana mengambil iktibar dan panduan ini juga seadanya.

Bukan puan sahaja malah kita semua. Mudah-mudahan ia juga menjadi peringatan buat diri saya yg lemah ini.

Terima kasih puan kerana sudi berkongsi soalan.



Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor