رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 7 Mei 2016

# anak # falsafah

Mengapa saya menulis?



Soalan :

Nak tanya k.jah ni.. Apa yg menyebabkn k.jah suka dan tak jemu kongsikan pengalaman dengan orang lain macam dalam fb & blog?


Jawapan :

Hmm... Berat juga soalan ni. Tak pernah pula terfikir sebelum ni. Hehe..


Semasa anak pertama dahulu, suami akak menyuruh akak meneruskan penulisan di blogspot kerana dia tahu akak ini suka menulis. Semasa itu zaman friendster. Dia khatam semua penulisan di blog friendster akak dulu barulah dia tackle akak.. Hahaha..

Selepas berkahwin, akak terus mahu membina kerjaya dari rumah. Biasanya, orang akan berfikir mahu jual apa yg menguntungkan. Tapi, suami akak suruh akak menulis dalam blog. Tak perlu fikir nak jual apa sangat.

Akak cakap,
"Siapa yg nak baca tulisan surirumah macam saya?"



Suami akak pula menceritakan tentang fenomena jutawan senyap yg menulis blog pada tahun (berapa entah) semasa itu blogspot baru saja digunapakai orang Malaysia. Maklumlah, suamiku itu orang IT, manakala diriku ini tak berapa nak celik IT sangat..  Hihi..

Suami akak cuma ingatkan satu perkara saja jika mahu blog kita dibaca orang. Jika bukan hari ini, tahun-tahun mendatang pasti orang akan cari dan baca. Katanya,

"Jadikan tulisan dalam blog sesuatu yg evergreen! Bukan sekadar menulis dan berkongsi apa yg hari-hari awak masak atau buat di rumah."

Wah! Mencabar tak? Arahannya macam best kan? Kita yg memerah idea nih.. Hihi..

Maka, akak pun sahutlah cabaran beliou..

Boleh godak balik blog akak (http://khadijahgani.blogspot.my/) sejak tahun 2008.. Banyak transisi hidup yg akak lalui. Daripada kita merepek tak tentu hala, masuk tahun ke 4,5 barulah kita nampak halatuju kita.

Sekarang, akak sedang compile semula semua tulisan terdahulu. Masam, manis, pahit semua terimbas semula. Dari anak 1 hingga anak 4. Tersimpan kemas dalam blog. Memori yg akak semakin lupa.

Apa yg membuatkan akak terus menulis dan berkongsi pengalaman dan rasa adalah kerana komen pembaca yg singgah dalam blog akak. Salah satunya yg betul-betul memberi rasa ialah komen pembaca di sini http://khadijahgani.blogspot.my/2012/09/menjadi-surirumah-profesional-yang.html

Saya punya 4 anak dan menguruskan nya seorg diri. Penat sgt2. Smpai satu saat saya terduduk dan menangis...kerana saya dah tak sanggup lagi....kadang2 hati kecil saya berbisik utk lari aje. Bkn saya tak syg anak2...tapi tahap keletihan saya tidak tertahan lagi.... (menangis...)
SubhanAllah.

Jazakallahu khayr kathira atas perkongsian & peringatan ini.

Moga Allah tambahkan lagi ilmu dan hikmah dalam hidup puan.
Assalamualaikum kak, izinkan saya untuk promo fb akak dalam berkongsi tips boleh kak?

Salam..nama saya ina.kisah puan juga hampir sama dengan saya.dengan kelulusan ijazah saya memilih untuk menjadi suri rumah menjaga 3 anak apatah lagi anak saya setahun satu. Keputusan ini juga dipertikai oleh keluarga saya.Apabila melihat sahabat seperjuangan semasa belajar telah menjadi somebody dalam bidang kewangan (jurusan pilihan) aadakala saya menjadi cemburu. Namun setelah membaca blog puan saya sedar apa yang kita minta tidak semesti kita peroleh. Sejujurnya,terima kasih pada puan ikhlas dari saya.artikel ini menyedarkan saya pilihan yang saya buat adalah yang terbaik untuk saya.
Radin Aden berkata...
Terima kasih di atas panduan puan. Saya menangis bila memikirkan bagaimana saya melayan anak saya yang sulong. Sy sedang sarat dan menunggu hari, suami jauh di sisi jadi setiap kali anak mencampak makanan dan membaling barang kpd sy atau mertua saya, saya mesti menjerit pd dia. Dan dia akan ketawa seolah perasaan marah itu adalah kelakar. Tapi skang saya da tahu ape ptt sy buat
nur hikmah berkata...
Alhamdulillah...saya baru sahaja terjumpa blog ini..Menjadi penawar kepada stress yang saya alami sejak berhenti kerja lebih 8 bulan dahulu.Kaedah-kaedah secara islamik yang diberikan dalam artikel kakak telah memberi saya panduan yang sangat berguna dalam mendidik 3 orang anak kecil yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan 2 bulan.Selain itu blog ini turut memberi motivasi kepada saya untuk berubah menjadi ibu yang lebih baik dengan mengurangkan rasa marah dan lebih banyak berdiplomasi dengan anak-anak. Mudah mudahan usaha kakak untuk membawa perubahan kepada masyarakat terutama parenting skill melalui blog ini mendapat ganjaran pahala dari Allah..Teruskan usaha..

Melihatkan respon pembaca sebegini cukup membuahkan satu perasaan yg indah.

Manis.

Rasa dapat membantu orang yg turut berada dalam kasut yg sama. kita tahu bagaimana rasanya melalui kesusahan dan kepayahan itu. Kita gembira dapat membantunya.

Kita tumpang gembira kerana orang lain rasa gembira dan hilang sedikit tekanan selepas membaca perkongsian kita.

Kebahagiaan itu datang apabila ia dikongsi.

Tapi, tak semua masalah yg datang harus dikongsi ya! hehe.. Khususnya masalah rumahtangga. Harus kita buat garis sempadannya semasa menulis sesuatu di dunia maya ini. Hal-hal dalam rumahtangga adalah kekal di dalam rumah dan bawah tangga rumah kita sahaja. ;)

Selalunya apabila mendapat soalan, akak akan buat solat sunat 2 rakaat mohon Allah berikan ilham yg dapat memberi manfaat yg lebih besar kepada orang lain. Kerana itu akak suka kongsikan soalan yg diterima secara public di wall dengan izin penanyanya.

Seringkali terjadi, bila akak menjawab 1 soalan, akan ada kebetulannya apabila mendapat komen orang lain juga sedang mencari-cari jawapan bagi persoalan yg sama. Subhanallah! Mintalah apa saja daripada Alllah yg Maha Hebat!


Suami akak juga selalu ingatkan masa tu, tak perlu pukul canang atau promo blog kita habis-habisan di fb atau media sosial lain seperti cara orang lain.

Buat secara organik.

Ambil masa. Jika bukan tahun ni orang membaca apa yg kita tulis, tahun-tahun akan datang mesti orang dapat nampak hasil tulisan kita. Asalkan penulisan itu bersifat EVERGREEN. Dan teruskan menulis.


Setelah 8 tahun, baru akak nampak apa yg dimaksudkannya dengan organic followers, organic blog ini. (Akak ni memang lambat nak faham bab gini.. hehe.. Kena lalu baru faham.)

Lagipula, niat akak menulis dan berkongsi bukan kerna nama. Bukan juga terdesak mahu membuat buku. Hanya enjoy penulisan sepenuhnya.

Doakan 1 hari nanti tulisan di sini semua dapat dibukukan. Kalau tak diterima tahun ini, akak berlapang dada menunggu tahun-tahun mendatang sama macam tahun-tahun sudah. Kalau belum rezki, buat macamana pun tetap tak jadi (manuskrip asyik kena reject hihi).

Segalanya dengan izin Allah jua adanya.

* Lagipun, jika ikut rumah penerbitan, jika followers tak cecah 5k, tiadalah potensi blog menjadi buku ini diterbitkan. Penerbit tak mampu tanggung risiko. Kita perlu terima hakikat ini. Kecualilah jika kita tulis itu betul-betul dapat Share yg meluas.. Siapalah akak ini.*

.
.
.

Tips untuk menerbitkan apa yg kita "ada, beri, dapat" seperti kata-kata Prof Muhaya & kata-kata Ustaz Hasrizal "Erti hidup pada memberi" ialah :

1. Mulakan dengan apa yg ada di sekeliling kita SEKARANG. Lihat pada anak-anak atau pasangan kita.

2. Sementara anak 1 atau 2 ini, mulakan menulis pengalaman kita sebagai catatan harian / berkala mungkin mingguan. Nanti anak dah 3 sudah kurang masa untuk menulis. Anak dah 4 lagi tak sempat menulis. Hihihi.. Yg sempat cuma menulis bila ada soalan.

3. Mulakan dengan menulis cabaran ug kita hadapi. Biasanya berkaitan dengan situasi yg melibatkan anak-anak yg masih kecil ini.

Sungguh, setiap cabaran yg Allah datangkan bersama anak kecil kita ada tujuan yg Allah tetapkan buat kita. Kita tak dapat belajar dan hadamnya sekarang, Allah pasti akan beri kefahaman itu kemudian hari asalkan kita perlu melihatnya dari sudut positif dan sering bertanya pada diri kita apa yg Allah nak ajar aku sekarang? Lihat ke DALAM diri anak-anak. Jawapannya ada di situ.

4. Simpan dan tulis di BLOG bukan di fb. Kerana fb tidak kekal momentum pembacanya.

Menulislah dari hati. Jadilah diri kita sendiri. Gunakan bahasa dan tulisan yg penuh kerana bahasa jiwa bangsa. (Bila nak transfer menjadi buku sampai satu masa nanti kita sudah senang kerja.)

Jika boleh bersabar seperti apa yg akak lakukan selama 8 tahun yg lepas, boleh juga menyemai blog secara organik. Hanya update untuk makluman di FB yg blog kita ada entri baru. Kemudian, biarkan.

Atau tulis di FB kemudian salin semula di blog. Boleh juga.

Jangan sesekali mengharapkan orang Like atau Share apa yg kita tulis ini. Dapat Like sikit, sikitlah.
Tapi bila dapat Like banyak pun tak menjejaskan apa-apa. Rileks saja.

Cuma, bila ada orang Share, baru lihat semula tulisan jenis apakah yg orang suka baca dan mahu share. Ia menunjukkan itulah tulisan yg orang mahu baca.

Cara akak ini tiada nama. Ia adalah sesuka hati akak. Haha..

 Jika mahu cepat naik dan hype, eloklah berguru dengan celebriti blogger yg lain yg sudah berjaya. Tiada salahnya.





5. Semasa anak dua, akak ikut kuliah tafsir seorang ustaz. Katanya,

"Zaman ini kalau kita nak anak kita seorang yg pandai, yg baik, yg bijak, yg beradab, dah tak boleh dah. Jangan pentingkan diri sendiri! Kerana sampai satu masa anak-anak kita membesar mereka akan perlukan kawan. 
Siapa yg akan jadi kawan-kawan kepada anak-anak kita? Elokkah akhlaknya? Cukupkah solatnya? Bolehkah dipercayai agamanya? 
Mula berfikir tentang anak-anak orang lain juga mulai hari ini! Dia keluar daripada pintu rumah kelak, siapakah yg akan dia bergaul dahulu? Ya, jiran-jirannya.." 

Deep.

Iyalah. Semasa anak pertama dulu, akak ini jenis mahu buat semua benda. Memang dah pasang angan-angan nak homeschool saja anak nih. Duduk rumah pun jaga anak temanya kan. Lagipun, akak takut juga nak biar dia bergaul entah dengan sesiapa. Itu fikiran masa tulah.. Padahal anak kecil lagi ni.. Hihi.. Jadi, bila anak kedua lahir rapat jarak 1.5 tahun lagilah akak bersemangat untuk homeschool saja anak berdua ini. Ajar akhlak yg cukup. Bagi makan baik-baik. Bak kata pepatah, kita jaga anak-anak kita elok-elok sudahlah. Anak orang lain, lantak pilah...

Astaghfirullahal 'aziimm..


Memang akak sentap...! Nasib baik gagahkan diri dengan anak berdua dan neneknya pergi kuliah tafsir haritu. Mulai saat itulah akak bertukar prinsip hidup.


Menjadi surirumah ni bahayanya sebegini rupa adanya. Bila kita tidak bergaul dengan rakan lain atau ibubapa lain, kita akan mudah mempunyai pemikiran yg jumud. Maaf cakap. Kita suka zon selesa kita lalu memandang rendah orang lain yg tidak ada kena mengena dengan kita.

Walhal, hidup di dunia ini tujuan manusia dihidupkan adalah untuk saling melengkapi.

Jika kita mahukan anak-anak kita baik, didik yg sama untuk jadikan anak orang lain juga baik dan soleh. Taat pada agama. Berfikir secara kolektif (ummah) bukan seacara individu.

Sejak itu, barulah akak ambil keputusan mahu mengajar mengaji bermula dengan anak-anak jiran.


Dan akak mulakan tanpa bayaran. Walhal, boleh saja ambil upah mengajar mengaji kerana masa kita dengan anak-anak kecil lagi. Tapi, suami akak kata tak payah ambil. Dia percaya akan ada jalan lain yg boleh bayar masa akak sekarang ni sebagai upah dengan berkali ganda. Akak tak faham juga masa itu tapi taat sajalah kata-kata suami.

Selepas 6 tahun, baru akak faham dan nampak melalui penerbitan Kad Imbas Khadijah. Subhanallah!


6. Sentiasa mengejar ilmu. Pergilah mengikuti kuliah tafsir, tajweed, tahsin solat, bisnes, kursus penulisan (rujuk kursuspenulisan.com), ilmu parenting, ilmu penyusuan susu ibu dan belajar lagi membaca al-Quran secara talaqqi di masjid berhampiran. Apa jua yg berkaitan dengan rutin kita, belajarlah, carilah guru. Bukan sekadar belajar dan membaca di internet.

Jadikan salah satu aspek hidup kita sebagai kerjaya profesional. Iaitulah dengan berguru dan mempunyai sijil perakuan. Sijil itu bukanlah tujuan utama. Apa yg lebih penting adalah belajar dengan berguru bukan sekadar ikut-ikutan atau maintain dengan ilmu yg lama tanpa perubahan.


7. Banyakkan membaca pada saat senggang. Apa yg kita baca olah semula dalam pemikiran kritis dan terjemahkannya dalam didikan yg kreatif ke atas anak-anak. Juga kepada anak orang lain.

Ingat, berfikirlah secara kolektif bukan diri kita saja. Tanyakan apakah yg aku boleh sumbangkan pada masyarakat? Niatkan ia sebagai jariah kita yg berpanjangan.


8. Sentiasa ingat mati pada bila-bila masa. Apakah bekalan yg kita akan bawa?

.
.
.

Ya. Erti hidup ini pada apa yg kita berikan kepada orang lain.

Ada.

Beri.

Dapat.

Apabila sudah terbiasa memberi, sampai satu peringkat kita sudah  tidak kisah untuk mendapat apa-apa balasan. Kita hanya rasa lebih bahagia dengan banyak memberi. Jika tidak dapat apa-apapun tidak mengapa.

Percayalah, apabila kita hanya berfikir apa yg kita mahu berikan kepada ummah, Allah akan lorongkan jalan hidup kita ke arahnya dengan cara yg misteri lagi unik. Akan lebih banyak perkara tak terduga akan terjadi dalam hidup kita.

Sentiasa berdoa untuk diri kita dan anak-anak ahli keluarga kita juga anak-anak jiran kita hingga seluruh ummah.

Jika kita mahu anak-anak kita baik, berakhlak dan teguh agamanya, doakan yg serupa kepada anak orang lain. Inilah prinsip akak dalam berdoa selama ini juga akak pasakkan kepada anak-anak.

 Doakan kaum kerabat kita, rakan-rakan jauh atau dekat dan sesiapa saja yg terlintas di fikiran kita tanpa mereka tahu kita mendoakannya.

Apa yg kita doakan itu, malaikat akan mendoakan yg sama buat diri kita dan anak-anak. Itulah rahsia doa sebenar.

Akhirnya, berpeganglah..

Biar tidak dikenali di dunia asalkan saja Allah dan RasulNya serta para malaikat menanti-nanti kehadiran jiwa kita di atas sana.

Untuk menjadi sebutan di alam sana, apakah yg akan kita bawa? Dan apakah yg akan kita tinggalkan?


Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor