Selasa, 3 Januari 2017

Tips memilih bakal suami bagi yang tidak pasti



Sudah lama saya memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa lagi mengenai isu anak luar nikah.

Bukan apa..

Saya cuma merasakan tak mampu menjawab semua soalan yg singgah di komen mahupun di emel. Terlalu banyak cerita belakangnya yg membuatkan saya tidak begitu kuat memberi nasihat tentang masa depan seseorang. 

Saya tidak tahu masa hadapan manusia.

Tapi yg satu ini ditulis dengan penuh kejujuran dan tatabahasa yg baik. Bikin hati saya terpanggil untuk menghulurkan sedikit nasihat yg tidak seberapa.

Anggaplah ini nasihat dari seorang kakak buat semua yg masih mencari-cari bakal suami atau yg sedang menuju gerbang perkahwinan secara umumnya.

Moga ia dimanfaatkan sebaiknya.


Soalan :

Assalamualaikum kak khadijah,

Saya ada masalah dan memerlukan nasihat daripada akak..saya perlu buat keputusan tapi saya tak tahu kat mana saya perlu rujuk..saya terbaca blog akak dan rasanya akak boleh membantu saya dalam memberikan pendapat.

Saya akan berkahwin sebulan dari sekarang..untuk pengetahuan, tunang saya pada awal tahun lepas telah ditangkap kerana mengambil dadah..dia telah berubah tapi akhir-akhir ini saya rasakan ada perubahan dalam diri dia..saya beranggapan dia telah menagih kembali..oleh sebab itu, keyakinan saya untuk berkahwin dengan dia semakin berkurang..tetapi, setiap kali ingin mengatakan perkara tersebut kepada dia, saya tidak sampai hati..sebb jauh dalam sudut hati saya mengatakan dia memerlukan bimbingan..dan dia perlukan seseorang untuk memberikan kekuatan kepada dia untuk berubah..

saya telah menyatakan ketidak yakinan saya untuk berkahwin dengan dia kepada bakal mertua saya..bakal mertua saya menerima jika itu keputusan saya tetapi dia ada menyatakan apa nak jadi dengan tunang saya, biarlah dia sorang-sorang yang menanggung..ibu tunang saya sudah putus asa atas tunang saya dan saya takut tidak akan ada orang yang akan membimbing dia selepas saya tinggalkan dia..saya tahu dia baik..dia hormat orang tua..

salah satu sebab kenapa hati saya berbelah bahagi adalah kerana kami pernah terlanjur dan mendapat seorang anak perempuan yang muka saling tak tumpah dengan tunang saya dan sangat pandai. keluarga kedua-dua pihak tidak tahu menahu mengenai hal ini..semasa saya sarat, dia yang menjaga saya dan dia yang carikan keluarga angkat untuk anak kami..alhamdulillah, keluarga angkat sgt menyayangi anak saya malahan baru-baru ini telah membawa anak saya ke tanah suci..kami juga tidak dihalang untuk bertemu dengan anak kami..anak saya sudah berumur 7 tahun.

sebenarnya, selepas melahirkan anak dan kembali belajar, kami sudah tidak berhubung. dalam hati saya menyatakan dia sudah tidak mahukan saya dan oleh kerana tiada apa-apa masalah, saya hanya menerima kehilangan dia..kampung kami bersebelahan dan ibu kami adalah kawan dan kenal antara satu sama lain. setiap apa yang terjadi kepada dia saya dapat tahu daripada ibu ataupun adik..tunang saya tidak menamatkan pembelajaran beliau atas sebab-sebab tertentu dan sekarang bekerja dengan pakcik dia.

Tapi setelah sekian lama tidak berhubung, pada Hari Raya Puasa tahun lepas, saya telah berjumpa dengan dia dan dia mengajak saya bertunang dan ingin berkahwin dengan saya..pada masa tersebut, saya telah mempunyai teman lelaki..tetapi sy tetap menerima dia dan akhirnya kami bertunang..saya pernah bertanyakan kepada dia kenapa tinggalkan saya dahulu dan jawabnya..dia tak nak saya hidup susah dengan dia memandangkan dia tidak berjaya dalam pelajaran dan tiada masa depan..tapi selepas dia bekerja dengan pakcik dia dan merasakan dia boleh memberikan kebahagiaan kepada saya, sebb itulah dia ajak saya kahwin..dan kenapa dia tidak dapat meneruskan pembelajaran beliau kerana dia rasa bersalah dan tertekan dengan apa yang dia telah lakukan kepada saya dan anak..

saya yakin jika perkara ini (tunang saya menghisap lagi) diketahui oleh ibu saya, dia tidak akan membenarkan saya meneruskan perkahwinan kami..tetapi, dalam hati saya, dengan berkahwin dengan tunang saya, kami dapat menebus semula kesalahan kami yang dulu dan kami berhasrat untuk memberitahu mereka selepas kami berkahwin..saya juga dengan izin Allah akan cuba membantu dia dalam permasalahan ketagihan dia..walaupun saya byk membaca yang orang mcm dia susah untuk berubah..

Daripada cerita saya diatas, saya memerlukan nasihat dan bimbingan apa yang harus saya lakukan. Adakah saya perlu membatalkan perkahwinan ini atau sebaliknya? dan adakah saya perlu merahsiakan kehadiran anak saya daripada keluarga sampai bila-bila..walaupun setiap kali memohon maaf kepada ibu, saya tetap tidak rasa tenang..ataupun, perlukan saya memberitahu keluarga mengenai anak saya dahulu dan seterusnya membiarkan mereka membuat keputusan untuk meneruskan atau membatalkan perkahwinan kami..

hati saya tidak terbuka kepada sesiapa selain tunang saya sebb saya tak mahu keturunan saya bercelaru. anak saya pun sudah kenal ayah dia yang sebenar..dengan berkahwin dengan tunang saya, tiada apa yang saya perlu fikirkan lagi dan anak saya tidak akan ada masalah identiti keluarga suatu hari nanti..dan dengan cara itu saya mungkin dapat meneruskan hidup saya dengan lebih tenang tanpa takut keluarga akan ketahui tentang masa silam saya suatu hari nnt..

saya tahu akak sudah tidak menjawab soalan-soalan berkaitan permasalahan yang saya ajukan..tetapi saya amat memerlukan nasihat dan pandangan dari akak apa yang saya perlu lakukan. saya ucapkan terima kasih.

Insan Keliru..


.


Jawapan.

Wa alaikumussalam w.b.t

Akak terkesan dengan kejujuran Adik.

Apa yg boleh akak nasihatkan, lakukan dulu solat istikharah. Buatlah 7 malam berturut turut. Dan nilaikan sendiri. 

Jika ia tak datang dalam bentuk mimpi, petanda akan hadir dalam bentuk emosi yg Adik rasakan. Apa yg menenangkan Adik, itulah jalan keluarnya.

Dalam memilih pasangan hidup semua orang mempertaruhkan risiko2 tertentu. Walau awalnya baik tapi selepas 5-10 tahun perkahwinan Baru kita akan terasa badainya yg sebenar. Jangan mendabik dada mengatakan kita bahagia pabila umur perkahwinan baru setahun dua.

Jika adik pilih dia, tetapkan beberapa syarat terlebih dahulu sbg jaminan.

Antaranya, setiap hari perlu cuba solat berjemaah di masjid. Tak perlu pendidikan tinggi cukup iman di jiwa. Tapi iman itu sungguh subjektif adanya.

Selain itu berjanjilah utk sama2 hadir ke majlis ilmu sekerap mungkin di masjid atau mana2 sekalipun. Sebaiknya seminggu sekali. Kalau tak dapatpun sebulan sekali memadai.

Berjanjilah juga utk sama2 belajar baca al Quran dari seorang guru sehingga khatam.

Jika syarat2 ini sudi dia penuhi, insha Allah kata hati Adik mungkin ada betulnya dan apa yg menenangkan itu mungkin jalannya.

Akak tak tahu banyak. Tapi ITU saja yg akak boleh nasihatkan.

Kerana akak percaya orang yg sentiasa hadir dalam majlis ilmu akan lembut hatinya kerana iman kita ini ada turun naiknya. Di kala datang pancaroba komunikasi bersama pasangan Sgt penting. Dan hidayah Allah lebih mengatasi segalanya.

Sentiasa berada dalam taman taman syurga insha Allah di situ ada rahmatNya.

Moga Allah bimbing hati adik , pasangan Adik & kita semua. Insha Allah.


Oh ya.. Jika boleh akak menambah sikit. Nasihat Dari sudut pandang orang lelaki pula. Suami akak.

Katanya, jangan buat keputusan berdasarkan masa lalu. Tak perlu ada rasa kasihan dalam memilih pasangan. Dan jangan tiada gunanya teruskan hubungan bila sudah ada rasa tak yakin.

Menagih ini perlukan rawatan utk sembuh normal kembali. Ia tak semudah memberi janji manis. Atau harapan yg belum pasti.. Ia perlukan kekuatan & rawatan yg betul. Dan baginya amat sukar utk seorang wanita membimbing seorang lelaki bila sudah berkahwin nanti. Sebaliknya, wanitalah yg memerlukan bimbingan dari seorang suami. Perkara2 begini perlu Adik fikirkan semasak2nya..

Kerana hak kita sepenuhnya sebelum kawin. Tapi bila kita dah kawin hak sepenuhnya jatuh dalam tangan suami.

Jika anak luar nikah Adik dan dia tidak pernah terjadi, adakah Adik sanggup terima dia kembali yg menunjukkan tanda2 menagih semula?

Kami orang luar hanya dpt beri rasionaliti yg realistik. Bukan atas dasar emosi. Tapi dalam perhubungan, akak sedar yg emosional mengatasi segalanya. Beristikharahlah.

Dan paling penting, berat atau tidak, suka atau tidak, beritahu keluarga tentang anak luar nikah Adik itu. Dia darah daging keluarga Adik. Mereka berhak tahu. Kelak, jika timbul masalah di kemudian hari, keluargalah yg akan jadi penyokong kita tempat kita minta bantuan.

Dan buatlah wasiat menyatakan kedudukan anak itu. Ini sangat penting samada keluarga tahu atau tidak tentang kewujudannya.

Jawapan balas.

Assalamualaikum kak..terima kasih atas nasihat dan pandangan yang akak dan suami berikan kepada saya..saya akan buat seperti mana yang dicadangkan oleh akak terutama sekali tentang istikarah, bagitahu tentang anak kepada keluarga dan juga wasiat..

Untuk bakal suami, akak doakan saya akan buat dan pilih yang terbaik untuk diri saya..saya telah meceritakan serba sedikit mengenai perubahan tunang saya kepada ibu tetapi saya amat terkejut dengan penerimaan ibu saya..ibu saya dengan tenang mengatakan kepada saya mmg susah untuk orang yang sudah terjebak berhenti serta-merta..bantulah dia..tapi, kena ambil kira kemudian hari apa yang bakal ditempuh..apa yang ibu tekankan kepada saya, jangan sesekali berhenti kerja sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku dan berdoa yang sebaiknya..Ibu macam tahu apa yang ada dalam fikiran saya..

In Shaa Allah, saya akan cuba selesaikan masalah ini dengan baik..Doakan saya..
Terima kasih kak..



















Tiada ulasan:

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...