Throwback. Setahun yg lalu. Seperti biasa, kesesakan lalulintas setiap petang membolehkan saya menjadi pendengar setia Ikim.fm setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis. Setiap ahad petang jam 6, satu segmen berbahasa inggeris membicarakan satu tajuk yang biasa biasa namun, kupasannya luar biasa! Ilmu baru untuk saya mencerap pengetahuan. Surah Maryam. Biasa dibaca dan pernah mendengar kupasan mengenai surah ini. Sungguh, ilmu Allah maha luas. Kupasan dan sudut pandang berbeza dapat difahami kali ini. 4 perkara utama yang harus dipelajari dari kisah Maryam. Wanita terbaik sepanjang zaman (wanita terpilih melalui ujian sebegini bagi keseluruhan penciptaan manusia). 1. Ada 2 komponen penting dari kisah Maryam yang juga boleh dijadikan asas pendidikan anak anak dan keluarga menjadi insan hebat di dunia juga akhirat. I) Rasa kebergantungan yang tinggi kepada Allah Ta 'ala dan amal ibadahnya. II) Menanamkan sifat kerja sukarelawan (voluntary mission) dalam masyarak...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.