Langkau ke kandungan utama

Catatan

Anak manja?

Soalan : As Salam Puan Khadijah. Nak tanya. Saya sekarang bertunang dengan duda anak dua. Tapi yang tunang saya jaga cuma anak dia yang nombor dua. Perempuan. Awal2 dulu okay. Tak ada masalah. Tapi sekarang bila dia dah terlampau manja dengan papa dia, tak pernah ditegur bila buat salah, tak pernah dipukul bila buat salah, dia jadi makin degil. Sampai apa yang saya cakap pun dia tak nak dengar sebab dia tau papa dia akan back up dia. Saya memang jenis yang kurang sabar bila tengok budak berlari-lari dekat kedai makan ni. Makan pulak mesti nak ayam goreng atau telur goreng. Kadang-kadang saya belikan ikan goreng, dia tak makan pula. Mee goreng pun tak makan. Pendek kata setiap kali makan mesti nak nasi putih dengan ayam goreng/telur goreng sahaja. Berkuah pun tak nak. Sayur? Lagilah dia tak nak. Pernah tunang saya suruh juga dia cuba rasa carrot. Menangis-nangis tak nak makan. Jawapan : Anak perempuan no.2 memang ada perangai tertentu. Nak2 kalau atas dia abang dan dia lai...

Sindrom anak kedua

Kebanyakan ibubapa sangat mempercayai sindrom anak nombor 2. Saya pernah membacanya, memang ada kebenarannya. Namun, saya tidak mahu terlalu mempercayainya. Sehinggalah saya bertemu cara / teknik yg baru ini. Fathi (4 tahun) jika ditegah lebih senang mengikut. Fatihah pula (3 tahun) apabila ditegah makin suka buat lagi. Tak boleh cakap 'jangan', itulah yg akan dibuatnya berulangkali dan kemudian menyegih, ketawa dan berlari menyelamatkan diri. Satu hari, Fatihah mengetuk-ngetuk pintu bilik atoknya dengan sikat. Bising! Atok dan neneknya mahu tidur berehat. Adiknya, Fahmi yg demam pula baru saja terlena setelah lama saya berjalan-jalan dalam rumah menidurkannya. Kalau ikutkan hati, memanglah mahu rampas saja sikat itu dan suruhnya senyap. Atau menengking dan memarahinya jangan bermain dengan sikat atau dengan pintu. Saya tarik nafas dalam-dalam. Berfikir sejenak.. Jika saya jadi Fatihah...

Anak kuat merajuk.

Dari peti soalan. Soalan : salam khadijah..apa kaba?dl mula2 ingt khadijah kakak,upanya sy yg akak.mentaliti ni,kalo org lbh 1 ank,ingt lbh tua dr akak.pngl je k.emy.sbnrnya nk minta tips dr khadijah nk atasi hal ank yg cpt merajuk dn kck ati..bole share? Jawapan : Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tulis bagaimana. Anak-anak saya juga boleh tahan juga merajuknya. Hmm, saya pun baru perasan, dulu memang kuat merajuk. Sekarang, sudah kurang sikit. Si abang Fathi (4 tahun) kalau merajuk dulu suka masuk bilik. Sikit-sikit masuk bilik. Kalah anak perempuan saya Fatihah (3 tahun). Tiap kali dia masuk bilik saya tepuk dahi sekuat mungkin! Aduhaiii, apa nak jadi anak laki aku ni..Dalam hati.hehe.. Fatihah pula kalau merajuk akan diam sekejap. Diam daripada biasa. Lepas tu, dia akan mengamuk! Habis semua barang dibaling dan dilemparnya ke lantai sambil menjerit. Makin dekat, makin dipujuk makin kuat jeritannya sambil menghentak-hentak kaki..hehe..

Asah fokus anak kecil

Dahulu, saya sering berhadapan situasi anak-anak yg susah duduk diam di dalam kereta. Baca saja artikel dalam blog saya yg ditulis semasa Fathi dan Fatihah masing-masing berumur 3 dan 2 tahun. Semasa itu, mereka sangat lasak apabila di dalam kereta. Namun, pada satu hari Fathi memberi saya sekeping cd untuk dipasangkan dalam radio. Saya lihat oh, ini cd percuma yg saya dapat bersama pembelian Muqaddam Bergambar sedikit masa dahulu. Di mana Fathi dapat pun saya tak tahu. Dia yg selalu main-main kemudian entah ke mana. Ianya cd Juzuk 'Amma. Pertama kali memasangnya hati terus terpaut kerana lagu dan lenggok bacaannya sangat merdu sekali ditambah pula surah-surah dalam Juzuk 'Amma pendek-pendek dan sangat 'bermelodi'. Sejak itu, setiap kali masuk ke dalam kereta Fathi memasang sendiri cd itu. Selalu juga bergaduh apabila saya dan tuan suami mahu mendengar cd ceramah yg diupload. Namun, kebanyakan masa cd Juzuk 'Amma yg dipasang. Hingga sudah boleh menghafal lag...

Tentang sabar

Sedang saya menolong emak membuat karipap, Fatihah datang seperti biasa bertanya, "Mak tengah buat apa ni?" "Tolong nenek buat karipap. Nenek nak jual esok." "Nak tolong!" "Boleh. Tiha tolong mak jaga adik kat depan ok. Kalau adik tidur baru boleh mak buat kerja. Kalau adik bangun mak tak boleh siapkan karipap ni." Fatihah menjengah adiknya di luar. Beberapa minit kemudian dia datang semula. Terus panjat kerusi dan duduk atas meja. "Mak, lambatnya mak siapkan ni."

Anak kecil dan Selawat ke atas Nabi

Secara fitrahnya, manusia dilahirkan untuk belajar. Anak kecil (6 tahun ke bawah) akan belajar untuk mengetahui sesuatu melalui apa saja deria. Namun, kita selalu memandang bahawa mereka belajar hanya melalui mata. Fatihah (3 tahun) bertanya saya berulangkali. "Mak, marhaban tu apa?" Saya hanya mendiamkan diri buat beberapa minit kerana hilang suara akibat sakit tekak yg teruk dialami sejak 3 hari yg lalu. Tiba-tiba Fathi (4 tahun) terus menjawab, "Marhaban tu solawat pada Allah lah."

Mengurus cemburu anak

Dari peti soalan : Assalamualaikum puan khadijah.. Sy slh seorang pembaca hasil tulisan puan.. banyak ilmu yg sy dpt drpd pembacaan di profile dan blog puan.. di sini sy ingin meminta pendapat puan tentang cemburu anak.. Sy memiliki 2 org anak.. yg sulung (kakak) baru berusia 2 tahun dan baby 10 hari.. masih terlalu awal utk si kakak menerima hakikat terpaksa berkongsi kasih.. seminggu pertama, kakak x menunjukkan kemarahan.. masuk hari ke 8, pandangan nya pd sy setiap kali dia dimarahi sgt tajam.. pernah terjadi die menarik rambut baby semata2 kerana berada dlm pangkuan sy semasa kakak turut mahu menyusu.. setiap hari kakak akan menangis apabila kemahuan x diikut.. pd awalnya sy dan suami cuba ikut segala kemahuan kakak, tp bimbang dia akan naik lemak dan bertambah manja.. selalu juga kami terlepas laku dgn meninggi suara dan menghukum ( jentik telinga) apabila kakak buat perangai.. Sy sedar dlm usia 2 tahun, kakak masih kecil utk dijerkah.. tp sy gagal menahan perasaan apa...