Langkau ke kandungan utama

Sindrom anak kedua


Kebanyakan ibubapa sangat mempercayai sindrom anak nombor 2. Saya pernah membacanya, memang ada kebenarannya. Namun, saya tidak mahu terlalu mempercayainya. Sehinggalah saya bertemu cara / teknik yg baru ini.

Fathi (4 tahun) jika ditegah lebih senang mengikut.

Fatihah pula (3 tahun) apabila ditegah makin suka buat lagi. Tak boleh cakap 'jangan', itulah yg akan dibuatnya berulangkali dan kemudian menyegih, ketawa dan berlari menyelamatkan diri.

Satu hari, Fatihah mengetuk-ngetuk pintu bilik atoknya dengan sikat. Bising! Atok dan neneknya mahu tidur berehat. Adiknya, Fahmi yg demam pula baru saja terlena setelah lama saya berjalan-jalan dalam rumah menidurkannya. Kalau ikutkan hati, memanglah mahu rampas saja sikat itu dan suruhnya senyap. Atau menengking dan memarahinya jangan bermain dengan sikat atau dengan pintu.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Berfikir sejenak.. Jika saya jadi Fatihah...



"Main dengan sikat pun salah ke?"
"Main dengan pintu pun salah ke?"
"Kalau main tapi senyap kira itu main ke senyap?"
"Ada ke orang bermain senyap?"

Lalu, bagaimana saya mahu mengalihkan sikat itu terus diketuk-ketuk di pintu seterusnya tiada bunyi lagi yg dihasilkan akibat pertemuan sikat dan pintu itu?

Saya pun memanggilnya dengan baik. "Fatihah, rambut mak ni tak cantiklah. Mak pinjam sikat Tiha kejap boleh? Mak nak sikat rambut nanti rambut mak cantik macam Tiha."

Oh, mudah saja Fatihah memberikan sikat itu kepada saya. Selesai masalah. Tiada bunyi lagi dan dia bermain anak-anak pula. Tak perlu dimarah atau dicubit anak itu.

Nota : Saya tak tahu apa nama tekniknya ini. Cuma pengajaran yg saya belajar ini adalah tidak perlu berkata 'jangan' kepada anak-anak yg perangainya 'makin dilarang makin dibuat'. Dan tak perlu dicubit atau dimarah apalagi ditengking-tengking anak yg tidak mahu mengikut atau mendengar cakap kita. Ada masalah, selesaikan ikut cara lain. Tidak semestinya hanya menyuruh si anak diam dan senyap masalah akan selesai. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...