Rabu, 25 Disember 2013

Anak manja?


Soalan :

As Salam Puan Khadijah.

Nak tanya. Saya sekarang bertunang dengan duda anak dua. Tapi yang tunang saya jaga cuma anak dia yang nombor dua. Perempuan.

Awal2 dulu okay. Tak ada masalah. Tapi sekarang bila dia dah terlampau manja dengan papa dia, tak pernah ditegur bila buat salah, tak pernah dipukul bila buat salah, dia jadi makin degil. Sampai apa yang saya cakap pun dia tak nak dengar sebab dia tau papa dia akan back up dia. Saya memang jenis yang kurang sabar bila tengok budak berlari-lari dekat kedai makan ni.

Makan pulak mesti nak ayam goreng atau telur goreng. Kadang-kadang saya belikan ikan goreng, dia tak makan pula. Mee goreng pun tak makan. Pendek kata setiap kali makan mesti nak nasi putih dengan ayam goreng/telur goreng sahaja. Berkuah pun tak nak. Sayur? Lagilah dia tak nak. Pernah tunang saya suruh juga dia cuba rasa carrot. Menangis-nangis tak nak makan.

Jawapan :

Anak perempuan no.2 memang ada perangai tertentu. Nak2 kalau atas dia abang dan dia lain jantina. Cuma, ada beberapa perkara yg perlu disemat dalam hati untuk berhadapan dengan anak kecil ni. Ia bukan isu manja atau tidak. Atau bukan juga isu perlu garang atau tidak.

1. Anak kecil akan sentiasa berasa keseorangan dan sunyi bila dia seorang diri samada terpisah dari adik beradik lain atau belum dapat adik lain. Ini kerana dia semakin membesar, dia perlukan teman bermain. Sama seperti kita juga yg dewasa. Itu lumrah manusia. Bila dia dah bosan, dia akan banyak buat perangai utk dapatkan perhatian. Inilah yg dia mahu ibubapanya tahu tapi dia tak pandai memberitahu.



2. Perhatian bagi anak2 sangat penting tujuannya supaya dia merasa diri mereka disayangi dan diperlukan dalam dunia ini. Jika tiada kawan lain, dia mengharapkan ibubapanya menyedari dan berkawan dengannya, meluangkan banyak masa dengannya. Apabila dia 'hilang' salah seorang yg sangat rapat dengannya satu ketika dulu, dia akan protes. Kerana itu, jangan terkejut bila macam2 perangai dia boleh buat dan ada saja isu yg dia akan perbesarkan walaupun kita nampak entah apa2.. Apalagi utk mendapatkan perhatian ayahnya.

3. Jika kita (orang luar) yg tiba2 hadir dalam hidupnya kerap masuk campur dalam urusannya dalam cara yg dia tidak suka atau dia tak boleh terima bermakna dia sudah terima isyarat bahawa kita adalah 'saingan'nya jadi dia cenderung 'berlawan' dengan kita semata2 mendapatkan perhatian dan kasih sayang ayahnya. Dia tidak mahu kekurangan sikitpun. Kerana dia lebih lama bersama dengan ayahnya berbanding kita.

4. Datang dan memperkenalkan diri seterusnya membuatkan kanak2 suka pada kita ada caranya yg lembut dan berhikmah. Dengan memberi arahan atau suruh2 yg akhirnya dia kena marah semula tak mendatangkan apa2 faedah. Seolah2 kita (orang luar) mahu menggantikan tempat ibunya. Bagi anak kecil isu ini sangat sensitif. Malah, sangat sangat sangat sensitif! Ia sama sekali tak boleh disamakan dengan pemikiran kita orang dewasa yg boleh jadi lebih terbuka. Bagi mereka, ibu yg melahirkan mereka adalah ibunya seorang tiada ganti. Ini lebih kepada kesan ke atas anak mangsa penceraian atau kematian ibu. Inilah yg harus difahami. Kadangkala, ini bukan salah sesiapa. Ianya lebih pada akibat dan kesan semerta suatu peristiwa besar dalam keluarga asal.

5. Tiap anak2 ada perangainya yg memang tak suka makan atau memilih makan. Terus terang, anak ini sudah cukup bagus mahu makan ayam goreng dengan nasi. Sekurang2nya dia mahu makan. Anak saya mahu makan telur goreng saja. Nasi pun kadangkala tak mahu. Lain2 lauk jangan haraplah. Ada anak orang lain pula makan biskut saja. Telur goreng apalagi ayam goreng tidak mahu dijamahnya langsung. Saya kira isu makan ini tak menjadi hal bila kita sudah ada anak ramai (lebih 2 org) kita akan tahu betapa susah dan merananya kita mahu anak kita makan yg terbaik. Dalam masa yg sama terpaksa menelan realiti kekurangan anak kita yg dia memang tak suka dan tak boleh makan selain yg dia boleh makan itu. Paksa macamanapun tetap begitu juga. Dalam kes anak sejak kecil makan biskut tu, bila dah besar dia boleh hidup macam biasa dan sampai satu umur, dia boleh makan nasi seperti orang lain juga. Namun, tak bermakna kita boleh putus asa dengan usaha kita. Teruskan saja usaha memujuknya makan yg lain2 cuma jangan terlalu memaksa dan garang. Takut2 dia jadi tidak selesa dan terus tidak mahu percaya pada kita langsung.

Anak2 tak suka bebelan dan arahan yg keras. Apalagi, anak yg tak boleh disebut 'jangan/tak boleh', itulah yg makin dia suka buat. Kebanyakan anak no.2 inilah yg selalu ada sindrom ini.

Ingat, anak kecil tidak suka orang lain mengambil alih tempat ibunya. Elakkan suruh-menyuruh. Jika mahu mengajarnya, ajaknya bersama-sama kita. Dan dia akan belajar jika kita buat bersama dengannya.

6. Akhirnya, kita terpaksa menerima dan menelan realiti bahawa untuk mengahwini seseorang yg sudah ada anak dan anak itu masih kecil tidak memahami beberapa perkara mengenai hal orang dewasa memang memerlukan hikmah dan kebijaksanaan yg tinggi bagi memenangi hati ramai orang. Hati kita? Kita selesaikan sendiri.

7. Ada 1 perkara yg perlu semua orang tahu. Apabila kita sudah berkahwin seterusnya beranak pinak, semua urusan menjadi tanggungjawab kita. Semua perkara akan kembali kepada kita. Semua jari akan mencari kita. Itulah istimewanya seorang wanita. Ysng sakit kita, yg suka pun kita, yg bahagia pun asasnya pada kita. Apabila sudah berumahtangga, soal 'hati saya siapa nak jaga' sudah tiada isu. Ia berlaku hanya ketika kita sudah mula ada anak.

8. Sabar. Sabar. Sabar. Walaupun hakikatnya kita tak boleh sabar dan satu2 perkara/perangai yg kita lihat pada seseorang itu menjadi 'pantang besar' dlm hidup kita sebelum berkahwin dulu. Bila sudah ada anak, kita terpaksa menerima hakikat. Belajar bersabar dgn lebih gigih lagi.

Budak berlari2 itu perkara biasa pada anak2. Cuma perlu kawalan daripada ibubapa supaya jangan sampai terlanggar orang lain atau meja orang yg sedang makan. Jika ada kawasan lapang, barulah boleh benarkan dia berlari sesuka hati. Berikan dia kebebasan dan sedikit ruang utk tumbesaran dirinya sendiri. Seperti dalam perkongsian saya di wall sebelum ini.

9. Peluk anak apabila dipanggil tak mahu datang. Peluk dia dan bawanya duduk di sebelah kita sambil bercerita. Cerita apa saja yg boleh dijadikan isu. Dengan marah2 atau cubit2 (apabila anak yg dipanggil dan suruh duduk tak mahu ikut cakap) dia akan lebih melenting dan tidak berkesan langsung. Lain hari dia akan buat lagi. Tiada kesudahannya kerana dia tidak dapat belajar apa2 yg baik dan perlu melalui kemarahan. Malah, inilah yg akan menjadikan dia jadi lebih pemarah. Dia belajar marah daripada kita. Dia belajar cubit daripada kita. Berapa darjah dan ketebalan isi yg perlu dicubit utk menghasilkan sakit yg berpanjangan sepanjang hari.. Di waktu lain, bila dia marah, dia akan hilang kawalan dan kita juga hilang kawalan ke atasnya.

Memujuk anak kecil perlu penuh dengan kesabaran dan idea. Berdiplomasi. Dia akan belajar cara berdiplomasi dengan kita semula.

Contoh : "Sayang, jom duduk dgn aunty.. Eh, lawalah baju sayang pakai ni. Siapa yg belikan? Sayang suka eh baju macamni? Beli kat mana? Sayang suka warna apa bla bla bla?"

Boleh juga begini. Contoh : "Sayang, kalau lari2 kat restoran nanti jatuh, kena meja orang kan sakit. Meh duduk sini dgn aunty. (peluk) . Dalam banyak benda dalam dunia ni sayang suka apa? Suka membaca tak? Aunty suka baca buka pasal haiwan. Ada gajah, zirafah, kura2.. Sayang suka haiwan tak? bla bla bla.."

Contoh lain : "Sayang, tengok meja ni ada gambarlah. Aunty rasa ni macam... apa ek? (walaupun tahu, buat2 tak tahu). Sayang rasa ini gambar apa? Ada warna merah, kuning, hitam, coklat..bla bla bla..."
Contoh2 di atas semua boleh dijadikan modal utk berbual bersama ketika di meja makan. Dengan berbual dan bercerita, fokus anak kecil akan terarah kepada cerita kita dan dengan sendirinya dia tidak berminat utk berlari2an ke sana ke mari.

Yang menjadi masalah utama kita orang dewasa ialah membawa anak2 ke restoran bagi tujuan makan bersama tapi tidak untuk berbual bersama. Duduk di kerusi saja masing2 mengeluarkan telefon/tab dan segala yg pintar dan kemudian membuat hal masing2.

Apabila kita berjaya mengambil hati anak kecil, mudah saja dia akan menuruti kata2 kita selepas itu. Asalkan saja kita ambil tahu dan mahu tahu apa perasaannya, apa yg dia suka, apa permainan kesukaannya dan apa kartun kegemarannya, dia akan belajar utk ambil tahu dan mahu tahu perasaan kita juga.

Seek understanding first then to be understood.

Anak yg berumur 0-7 tahun adalah masa untuk mereka bermain. Kesalahannya perlu dibetulkan dengan kasih sayang dan bukan pukulan. Namun, tak bermakna yg salah itu kita diamkan atau benarkan. Ada cara untuk membetulkan salahnya. Yang penting bagaimana dia boleh belajar dari kesalahannya, bukan dengan memanjakannya bukan pula dengan menghukumnya..

Anak2 merupakan khalifah kecil yang menjadi penyebab dan peringatan untuk orang dewasa memahami erti hidup ini seterusnya memperbaiki diri dari masa ke masa. Anak-anak bukanlah penghibur atau penyeri sesebuah rumahtangga sebaliknya, anak-anak sebenarnya jalan utama sebuah rumahtangga itu memperoleh TaufiqNya dalam musafir menuju syurgaNya.


Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...