Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mendorong anak cilik mengaji 1

Saya banyak mendapat permintaan untuk mengajar ngaji anak-anak yg masih kecil iaitu sekecil umur 2 tahun. Sejujurnya, saya agak kasihan jika anda menghantar anak sekecil ini untuk pergi mengaji di rumah orang lain. Sebenarnya usia sekecil ini hanya lebih suka bermain. Sebagai ibubapa, kita tak perlu terlampau memaksanya untuk pergi belajar. Kerana mereka punya masa yg lebih panjang lagi untuk menghabiskan usia mereka dengan belajar selepas ini. Ada baiknya, usia awal sebegini dibiarkan sahaja mereka bermain. Ya, dengan bermainlah mereka belajar!

Perjalanan seorang surirumah

Soalan yg diterima beberapa hari lalu oleh seorang kawan sekolah dahulu. Maaf kerana mengambil masa yg agak lama kali ini. Soalan 1 : Bila yg kak dah berubah menjadi ibu yg lebih hikmah berbanding kak dah yang 'dulu' ? (merujuk kpd status kak dah yg baru ni) Soalan ke 2: Bila dan apa yg mendorong perubahan ini? (wah interview tau). Thank u so much.. Jawapan : Soalan ini sebenarnya agak peribadi. Terharu sebenarnya bila ada orang ingin tahu apa yg sudah berlaku dalam hidup peribadi kita. Maka, saya rasakan ada baiknya saya nyatakan di dalam blog peribadi saya sendiri. Tak semua orang suka membaca kisah hidup orang lain. Saya rangkumkan saja jawapan bagi kedua-dua soalan ini. Saya hanyalah seorang surirumah. Ketika semua kawan-kawan seangkatan sudah menempatkan diri dalam bidang profesional masing-masing, saya bertanya diri saya berada di mana? Selalu mendengar orang di sekeliling berkata, "Ruginya kau belajar tinggi tapi tak kerja!" Hingga semasa saya mahu ...

Tulisan pertama Fathi.

Lagi 2 bulan Fathi akan masuk 4 tahun. 17 Disember 2012 Fathi dah pandai menulis huruf pertama. Alif Ba Ta! Bukan ABC.. Haha itu saja dulu buat masa ini.. Mula-mula Fathi nak tulis huruf Ya. Tapi Fathi tulis tu satu titik di bawah. Itu Ba! Kemudian, mak suruh Fathi tulis Alif. Fathi cakap tak tahu. Mak beritahu, ala, yang tegak macam pokok tu. Fathi cuba. Betul pun Alif tegak macam pokok! Lepas dah tulis Alif dan Ba, mak suruh Fathi tulis Ta. Fathi cakap tak tahu. Fathi minta contoh dari flash card tu. Mak tunjuk, inilah Ta! Ta ada 2 mata macam kita. Sekarang Fathi tiru tulisan ni. Fathi cuba perlahan-lahan. Senget pun sengetlah... Tadaaa! Jadi pun akhirnya Alif Ba Ta... 30 bintang untuk Fathi yeayyy! Ok, dah belajar menulis, sekarang masa untuk baca buku! Fathi cakap, nak nak nak! [Sebab Fathi nak dapat bintang lagi kannnn...] Fathi nak baca apa? Fathi ambil sendiri buku apa nak baca. Tengok-tengok Fathi ambil Kamus Bergambar. Fathi dan Fatihah ikut saja mak membunyikan ...

Spinal Tumor part 2

Sambungan daripada sebelum ini. Keesokan paginya (Jumaat) saya banyak mendapat respon daripada sahabat-sahabat suami. Banyak yang mendoakannya dan ada juga yang terus mahu mengumpul duit untuk sedikit sumbangan (cuma saya tak berikan no akaun saya kerana suami hanya senyap ketika saya minta keizinannya, maaf ya). Sejujurnya, apa yang saya kongsikan di FB itu hanyalah untuk memohon doa dari yang jauh mahupun dekat supaya ia menjadi kekuatan kepada saya mahupun suami sendiri. Di samping ahli keluarga sendiri, saya yakin kawan-kawan adalah sumber yang paling mujarab untuk memperoleh doa yang makbul. Saya amat terharu dengan respon yang diberi. Doa, kata-kata semangat, lawatan juga usaha untuk mengumpul sedikit dana itu amat membuatkan saya terharu. Tidak sangka suami mempunyai sahabat-sahabat yang amat baik dan prihatin. Sebenarnya, satu hari itu kalau boleh saya tak mahu berenggang dengan suami di hospital. Saya mahu berada di sisinya sebelum dia masuk ke dewan bedah selepas solat...

Menjadi Surirumah Mukmin yang Profesional

Nota awal : Tulisan ini sudah lama menjadi draf sebelum kejadian suami saya disahkan Spinal Tumor. Sudah lama blog ini sunyi. Tulisan ini tidak diedit. Harap mesej utama dapat disampaikan dengan baik ke dalam jiwa para pembaca sekalian. . Bekerja di rumah 24 jam bersama anak-anak punya cabarannya tersendiri. Hinggakan sedang bersolat pun terpaksa 'menjaga' anak. Teringat saya kepada satu ceramah Ustaz Don yang saya dengar di tv. Tak pasti apa tajuknya. Katanya, "Ketika kita sedang bersolat, dibolehkan untuk kita memberhentikan solat atas dua sebab 1) Ada orang datang beri salam. 2) Cerek kat dapur dah berbunyi.

Ia adalah ketumbuhan tulang belakang (Spinal Tumor)

Sudah sebulan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini. Melihatkan entri terakhir saya tulis adalah mengenai suami dan anak-anak. Saya tak pernah bercerita mengenai suami kerana suami saya sendiri tak berapa suka untuk dijadikan bahan cerita. Hatta, jika kerap saya bercerita tentang anak-anak juga suami minta dihadkan. Betapa besarnya kuasa Allah menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit peristiwa yang sudah berlaku itu di sini. Rupa-rupanya adalah sebagai catatan untuk saya renung kembali tanda-tanda terakhir sebelum suami jatuh sakit dan perilaku terakhir anak-anak dapat bermanja-manja dengan abahnya. SAKIT BELAKANG Sebenarnya, suami sudah lama mengadu sakit di pinggang dan belakangnya hingga sekitar pahanya menjadi tegang dan sukar untuk berjalan. Pernah sekali apabila datang sakitnya itu dia mengesot (bukan merangkak tapi MENGESOT) pergi ke bilik air selain dari berbaring sahaja. Untuk meredakan sakit, dia akan berbaring dan tidur dalam jangkamasa sehari suntuk. Kebiasaa...

Ragam-meragam

Rupa-rupanya menjadi ibu yang 24 jam bersama anak-anak mempunyai risiko-risiko tertentu. 1. Lambat mesra dengan orang yang tak dikenali. Semasa Fathi kecil, apabila balik kampung (Kelantan) paling lama masa diambilnya untuk 'panas enjin' sekitar 24 jam atau paling lama dalam dua hari. Kemudian, Fathi tak kesah pun dengan siapa. Dia tak kesah ikut nenek dia pergi ke rumah jiran sebelah atau ikut Tokcik dia berjalan-jalan tengok lembu atau ikut maksu ida dia ke kedai. Sebaliknya, Fatihah agak lebih lama pula! Sudah satu minggu di kampung pun nenek dan tokciknya tak boleh jamoh pun! Hmmm, hatta dengan sesiapa pun langsung taknak! Asyik melekat pada saya atau abahnya. Nak buat kerja rumah pun ke hulu ke hilir kena pegang dia. Mungkin sedikit masa lagi Fatihah akan berubah..