رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Isnin, 17 September 2012

# keibubapaan # keluarga

Menjadi Surirumah Mukmin yang Profesional

Nota awal : Tulisan ini sudah lama menjadi draf sebelum kejadian suami saya disahkan Spinal Tumor. Sudah lama blog ini sunyi. Tulisan ini tidak diedit. Harap mesej utama dapat disampaikan dengan baik ke dalam jiwa para pembaca sekalian.



.



Bekerja di rumah 24 jam bersama anak-anak punya cabarannya tersendiri. Hinggakan sedang bersolat pun terpaksa 'menjaga' anak. Teringat saya kepada satu ceramah Ustaz Don yang saya dengar di tv. Tak pasti apa tajuknya. Katanya, "Ketika kita sedang bersolat, dibolehkan untuk kita memberhentikan solat atas dua sebab 1) Ada orang datang beri salam. 2) Cerek kat dapur dah berbunyi.



Dengan pantasnya saya menambah! Nak solat, takdenya nak masak apa-apa kat dapur.. Ada lagi satu la ustaz - Ketika anak tiba-tiba mencapai penyapu dan bermain dengan penyapu itu hingga memukul kepala anak lain! (Ustaz Don, cepatlah berkahwin!hehe..)

Ya, begitulah keadaannya ketika saya sedang bersolat Dhuha hari itu. Di hari yang lain pula, kedua-dua anak memanjat kotak pakaiannya dan menghayun-hayunkan apa yang dipegangnya. Seorang mengambil serpihan kayu yang dia kutil dari karpet yang sudah tercabut, seorang lagi mengambil kayu gelek roti dari dapur yang saya pada ketika itu baru selesai rakaat pertama. Padahal sebelum takbiratul ihram tadi saya tinggalkan mereka berdua aman damai menonton kartun kesukaannya untuk 30 minit sahaja. Arghhh, saya yang jadi 'ngeri' ketika bersolat! Pelik tak?

Empat tahun menjadi surirumah, banyak yang saya belajar dan banyak juga saya berubah. Awalnya dulu, memang seronok kerana walaupun penat, apabila memandang wajah anak yang comel hilang segala kepenatan (eh, masa tu anak baru satu). Bila tahun kedua anak sudah menjadi dua, saya agak kalut menguruskan dua anak kecil yang rapat usianya.

Semasa anak kedua baru lahir, anak pertama saya berusia satu setengah tahun. Ok lagilah nak uruskan bayi dalam hari. Tapi, bila anak kedua sudah sampai umur harus sentiasa kena jaga (dalam 6 bulan ke atas), keadaan selalu menjadi tegang.  Ia sama sekali tak sama bila anak pertama itu sudah besar seperti 4 tahun dengan baru lahir. Di usia 3 tahun sebenarnya anak boleh berdikari dan memahami arahan. Tapi, apabila anak masih 1 tahun lebih dan baru dapat anak kecil lagi, kita seperti mendapat anak kembar (yang lahir selepas setahun kemudian hehe).. Ditambah pula, semasa anak kedua saya berusia satu setengah tahun, saya pula menjaga anak abang saya berusia 3 bulan ketika itu, saya rasa seperti punya anak kembar 3! Sekarang, bila saya deretkan kena sangatlah - 3 tahun - 2 tahun - 1 tahun. Fuh, mencabar!

Kalau saya ke kedai, saya akan bawa kedua anak-anak. Jangan ceritalah bagaimana membawa budak 3 dan 2 tahun ke pasar! Jika saya menghantar nasi ke rumah atok pun saya akan membawa ketiga-tiganya sekali! Mak, lebih rela memandu kereta daripada duduk di belakang dan mengawal ketiga-tiganya sekali. Mana taknya, seorang dipangku tapi tak boleh duduk diam. Lagi dua tu kejap ke depan kejap ke belakang. Gear automatik Kenari tu dah berapa banyak kali tertukar dari D ke N bila salah seorang budak duduk di kerusi depan sebelah pemandu. Di tengah jalan boleh menjerit sebab kaki tak reti diam. Mak kata, bila tiga2 budak dalam kereta macam ikan yang melompat-lompat nak keluar!haha..

Masuk tahun ketiga, perasaan bertahan dan seronok itu sudah bertukar! Ya, saya tak sangka langsung beginilah perasaannya.. Apa saja yang dilakukan anak, kita akan menjadi cepat tension dan mahu marah saja! Di saat inilah saya banyak membaca dan suka berkongsi ilmu dengan orang yang lebih lama dalam mendidik anak-anak secara betul. Saya rasakan, hidup saya sudah tak betul dan sangat depress kerana saya asyik marah anak saja. Padahal, sebenarnya saya tak mahu pun marah-marah ni dan saya tahu itu tak bagus untuk tumbesaran anak. Tapi, sungguh! Saya tak dapat mengawalnya! Kerana itu, salah satu cara saya mengurangkan sedikit rasa stress dan kecewa itu melalui blog ini atau berinteraksi di Facebook saja.hehe.. Tapi, sebenarnya kebanyakan masa saya mencari input mengenai teknik pengurusan anak yang betul dan selalu bertanya soalan. Kebanyakan input saya perolehi daripada Puan Ainon Mohd dan Puan Suhaili Ikhsan. Anda juga boleh add mereka jika inginkan ilmu yang sama seperti saya. Ya, itu motif utama saya berFacebook. Saya tak berapa gemar chatting. Hanya emel saja saya pasti jawab!

Saya pelajar yang cepat dan pantas. Tahun keempat ini, saya sudah mulai kebal dan lali. Apa saja kesalahan yang dilakukan anak, saya tak marah lagi. Saya hanya membiarkannya. Tidak menegur kesalahan kecil yang dilakukan anak-anak. Buat sajalah sesuka hatimu wahai anak. Air tumpah mak akan lap. Nasi bersepah mak akan sapu (tapi saya perasan anak sulung saya sudah mula rajin menolong dan membantu. Dia sudah tahu air tumpah ambil kain lap, nasi bersepah dia akan ambil penyapu kecil dan sapu. Jangan terkejut, bersih jugalah!) Rumah berselerak itu sudah semestinya. Biarkan saja. Tapi, biasanya mak saya pula yang bising sebab asyik terpijak mainan kecil. Nak taknak, kena kemaslah juga untuk beberapa kali dalam sehari. Kamu bermain memukul kepala mak ketika sedang bersolat pun, mak meneruskan solat seperti biasa. Tapi, jika ia sudah jadi sangat melampau, saya akan menegur dan menerangkan apa yang elok dan apa yang tidak elok. Jika perkara itu biasa saja saya akan membiarkannya. Nak harap kesempurnaan apa dari seorang budak kecil?

Cuma sejak Fathi berumur 3 tahun ini dan Fatihah 2 tahun, saya rasa perangainya semakin menjadi-jadi. Saya tak pernah menyebutnya sebagai kenakalan kerana anak-anak tidak nakal. Cuma saya tahu itu hanya 'perangai'nya membesar sebahagian daripada proses pembelajaran tak formal. Bila begitu, kadangkala saya masih boleh bertahan amarahnya. Kerap juga terbabas!haha... Saya juga tak sempurna mana pun..

Contohnya, bila anak bermain air dlm tandas dan siram ke arah najisnya habis bersepah najis di sana sini - saya sudah kebal.

Bila berulangkali cakap jgn bermain di tempat yg penuh dgn wayar sana sini tapi tulah tempat dia suka main tekan plug sana sini, tarik wayar sana sini (tengah on) - dengan spontan saya akan cepat tangkap tangannya dan marah!

Bila anak bermain dengan botol yang berisi air manis diterbalikkan dan dibuat seperti botol kicap - saya sudah kebal.

Bila anak bermain di peti sejuk seperti seorang baru saja mengeluarkan kek sendiri dan nak potong sendiri dan kemudia memasukkan semula kek ke dalam peti sejuk SENDIRI manakala seorang lagi keluarkan kek yang sama dari peti sejuk dan mahu membuat perkara yang sama seperti si abang - saya tak boleh tahan! Dan pada ketika itu saya sedang memasak pula tu - memang tak boleh kawal lagi.hehe...

Bila sedang tengok kartun jika tiba-tiba iklan pun merengek dan menangis nak tengok kartun tu sekarang juga - memang masak la saya. Sudah diterangkan iklan hanya sekejap nanti akan sambung lagi, dia angguk faham tapi bila iklan tak abis lagi sambung merengek semula! Alahaiii..

Cuma tinggal satu perkara saja yang saya cuba untuk kawal iaitu saya akan cepat kecewa dan marah apabila anak tidak makan!

Baru-baru ini Fathi tak mahu jamah nasi dalam 7 hari. Selama 6 hari itu saya boleh lagi kawal amarah. Mula-mula saya hanya membiarkannya tak makan nasi tapi saya belikan dia sate (satu-satunya kegemarannya selain jagung yang akan membuatkan dia susah nak berak). Dia makan sate habis. Dan banyak! Tapi takkanlah nak makan sate setiap hari. Pokailah.. Saya masak macam-macam menu. Nasi goreng biasanya dia suka juga tak dijamahnya. Saya buat puding jagung, agar-agar, aiskrim itulah yang dia makan banyak! Satunya Fathi ni memang agak 'pandai memilih' sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan, saya masakkan bubur dan makan tengahari seperti biasa dia akan habis makan tapi ada satu hari tu dia tarik mukanya tak mahu disuapkan. Bila saya rasa patutlah.... Masin rupanya!

Semasa dia berumur 1 tahun lebih dia sudah tahu beza telur goreng dengan telur rebus. Jika saya kata sama saja, dia kat tak!  Dia yang bagi arahan pada saya macamana telur goreng, macamana masak telur rebus! Fathi juga taknak makan sayur. Juga tak suka berkuah seperti sup. Jika nasinya 'berair' atau nampak hijau atau nampak cebisan ikan dalam pinggan, dia terus putus selera. Mahu betulkan semula menu pun dan suap kembali dah tak lalu, terus melarikan diri! Jadi, menu dalam buku masakan kanak-kanak yang melibatkan keju, sup, ikan memang tak boleh pakailah untuk anak saya.

Kerana itu saya belajar buat perapan sate. Saya hanya mencuba-cuba akhirnya berjaya! Dia sate buatan saya sendiri. Saya advancekan, saya buat roti poket seperti Pokkits KFC. Guna roti nan dan masukkan dalamnya daging ayam sate serta tambah sedikit sos. Saya letakkan juga tomato tapi dia buangnya sendiri dan cakap taknak tomato!

Hari itu, bila dia cakap nak makan roti, saya buatkan. Waktu maghrib pulak tu. Menangis-nangis paksa saya bakar roti. Waktu itu saya belum mandi lagi dan belum lagi bersolat. Dengan ketiga-tiganya merengek mahu itu ini, saya sudah panas! Bila roti dah siap Fathi makan sikit dan lainnya dibuang! Petang tadi pun begitu juga. Makan 2-3 gigit, dan buang! Bila malam itu dia tak mahu makan nasi lagi saya sudah tak boleh bertahan lagi!

Malam itu, saya memang PERANG BESAR dengan anak sendiri. Sebelum tidur, dia datang meminta maaf kepada saya dan mencium tangan. Sebab abahnya suruh.hehe.. [Yang mengejutkan saya, abahnya menyuruh berkali-kali hingga memandang tajam kepadanya supaya meminta maaf cepat daripada saya tapi dia buat tak endah seperti menunjukkan egonya. Namun, bila abahnya masuk ke bilik air dan bila saya dengar pintu tandas ditutup, dia segera datang sebelah saya dan angkat tangan saya dan menciumnya sambil berkata 'aaf mak' - maaf mak.]

Saya perhatikan emosinya terluka. Dalam masa yang sama dia mendapat sebesar-besar pengajaran. Hingga kini, jika waktu makan dia akan mengulang-ngulang ayat saya memarahinya dan dia cakap itu kepada adiknya seperti saya memarahinya.. Arghhh, malu betul saya dengan insiden itu sebenarnya.

Walaupun sudah 4 tahun menjadi surirumah sepenuhmasa, hingga kini ada saja perkara baru yang saya belajar daripada anak yang kecil. Ada saja perangai saya yang berubah demi si kecil. Apa yang saya belajar? Boleh baca dari status fb saya ini.


Menjadi surirumah bukanlah tugas semudah menyebut perkataan ini. Bukan juga seronok dan bahagia seperti yang disangka atau diharapkan. Tidak semua orang boleh menjadi ibu surirumah sepenuh masa. Begitu juga tak semua orang boleh menjadi doktor pakar yang baik.

Kerjaya surirumah sama seperti kerjaya yang lain. Ia harus dipandang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain. Jika anda mengatakan kerja anda sangat stres, kerja ini juga ada stres, hanya apabila anda menjadi surirumah memasuki tahun ketiga! Jika bawah 3 tahun, apa yang anda rasakan iru hanyalah ilusi. Jika kerja anda mencabar, kerja ini pun boleh tahan cabarannya! Sama saja.. Tapi, perlu diingat yang kerja anda di luar sana berbayar mengikut kelulusan dan pencapaian yang anda lakukan. Manakala, ibu surirumah belum tentu mendapat bayaran yang setimpal dengan kelulusan juga pencapaian. Jadi, perlukah anda lewa dalam menjaga anak-anak kerana tiada tangga gaji atau majlis anugerah khas untuk surirumahtangga? Apalagi tiada cuti khas menyambut Hari Surirumah?

Pendapat saya, jika anda mahu berhenti kerja dan menukar profesyen menjadi surirumah, anda haruslah mempunyai niat yang betul dan matlamat yang jitu. Kerana semakin lama anda bekerja hanya di dalam rumah, perangai anak-anak akan membuatkan anda cepat hilang fokus di samping kepenatan yang tak pernah hilang. Setiap hari perlu betulkan niat dan stabilkan emosi. Jika tidak, boleh jadi jiwa kacau! Oh ya, ada satu blog mengenai kehidupan surirumah sepenuhmasa yang sangat menarik di sini. Suami kongsikan pada saya sebagai rujukan supaya berinspirasi lebih tinggi seperti penulis blog ini. Abaikan sahaja kepercayaan agamanya tapi dia punya sudut pandang yang baik tentang keibubapaan. Sepatutnya orang Islamlah yang harus begitu!

Perlu mencari saluran yang baik untuk berkongsi perasaan dan bertukar-tukar pendapat. Punya semangat motivasi yang mudah dibentuk dari dalam diri sendiri daripada mendapatnya di luar. Tahu dan jelas dengan visi dan misi dalam membentuk anak-anak menjadi apa dan apa serta untuk tujuan yang bagaimana. Dalam masa yang sama, anda juga harus punya target untuk anda mencapai apa dalam 5 - 10 - 15 tahun akan datang. Yang paling penting punya aktiviti yang baru dan menyeronokkan sebagai modul pendidikan di rumah sendiri yang akan membuat mereka belajar dari banyak masa menonton kartun saja. Tiada siapa yang suruh. Tiada dateline juga. Dan tidak perlu pengesahan dari sesiapa. Semuanya bergantung kepada kita yang sedang memegang stereng kapal yang besar ini. Bukan hanya duduk di rumah goyang kaki, dan melakukan rutin harian seadanya masa berlalu pergi.. Jika kita sendiri berlengah-lengah dan membuat hal kita sendiri walhal matlamat utama, menjaga anak itu dilonggokkan di hadapan tv anda hanyalah tipikal surirumah dan lebih baik anda bekerja di bawah arahan orang yang mempunyai matlamat yang lebih besar saja. Berilah anak anda itu kepada yang lebih punya banyak perancangan untuk anak-anak masa hadapan ini. Yang bakal mewarisi negara!

Saya tegaskan di sini bahawa dengan menjadi surirumah dan niat anda untuk menjaga anak-anak itu bukanlah bukti yang menunjukkan anda seorang ibu yang baik dan penuh tanggungjawab kerana sanggup berkorban demi anak-anak. Dalam masa yang sama, ibu yang masih bekerjaya itu dilihat tidak mengendahkan tanggungjawab utama berkeluarga dan tak sanggup berkorban demi anak-anak (baik seperti anda). Salah sama sekali!

Saya tidak memandang berkorban menjadi surirumah itu lebih baik daripada ibu yang tak mahu berhenti kerja dan menjaga anak. Malah, saya lebih memandang tinggi ibu yang bekerjaya tapi mengakui kelemahan diri dalam memberi perancangan yang baik dalam pendidikan awal anak-anak. Jika tidak mampu, serahkan pada yang pakar. Tapi sekiranya anda mampu dan mahu buat tak sama seperti ibubapa lain (tahu corak apa yang digunakan untuk membentuk anak), silakan menjadi ibu surirumah yang profesional! Mula-mula tak tahu tak mengapa, asalkan anda mahu belajar, tahu dan jelas dengan matlamat diri anda dan anak serta berkawan dengan yang pakar itu sudah cukup untuk langkah awalan (bukan hanya bersenang lenang dan bermain-main di fb saja).

Menjadi surirumah yang profesional haruslah berilmu. Ilmu yang sentiasa di 'upgrade' setiap masa tanpa henti. Bukan setakat ilmu yang mahir dalam bidang yang kita 'major' dahulu semasa di universiti. Surirumah profesional harus multi-tasking. Tahu tentang psikologi, komunikasi yang berkesan, masakan, perubatan dan kesihatan, bisnes, membaca peta, tahu bagaimana mengurus stres serta tingkahlaku anak-anak, hiasan dalaman, kereta, hal ehwal negara, sejarah, fizik, kimia, matematik, hiburan, seni, ekonomi dan kesemua bidang yang ada dalam dunia ini. Apa yang penting ia 'master' dalam bidang agama. Di sinilah menjadikannya seorang surirumah profesional yang mukmin!

Ia bukan semudah yang disangka dan bukan seindah yang dirasa..






10 ulasan:

Abid berkata...

Assalamualaikum kak dah>...:)

Seronok membaca blog kak dah ni..byk info dan ilmu jugak..FYI setelah 6 tahun bekerja dan dikurniakan 3 anak, inilah cita2 saya..hehehe...insyallah sampai masanye nnt minta kongsi ilmu ye kak dah...wassalam

Khadijah Gani berkata...

Moga dipermudahkan apa yg terbaik buat Abid. Terima kasih kerana sudi menjenguk. ;)

Nas berkata...

Terima kasih kak.. Byk info dpt dr blog akak :)

Tanpa Nama berkata...

Saya punya 4 anak dan menguruskan nya seorg diri. Penat sgt2. Smpai satu saat saya terduduk dan menangis...kerana saya dah tak sanggup lagi....kadang2 hati kecil saya berbisik utk lari aje. Bkn saya tak syg anak2...tapi tahap keletihan saya tidak tertahan lagi.... (menangis...)

Khadijah Gani berkata...

Puan "Tanpa Nama" yg dirahmati Allah.

Minta bantuan suami mengambil alih sebentar utk 1 hari tugas2 puan. Keluarlah dan luangkan masa utk diri sendiri.

Jika puan tidak berkemampuan, banyakkan membaca Al-Quran dan niatkan utk terapi diri. Bacalah al-Quran semasa mahu menidurkan anak2 hingga anak2 semua sudah tertidur. Tutup al-Quran dan kemudian ciumlah anak2 seorang demi seorang dan peluklah mereka. Katakan pada mereka yg puan sedang berusaha..

: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar." (Surah At-Taubah : 129)

shakiey's berkata...

terima kasih atas perkongsian ini..sememangnya saya kagum kepada surirumah sepenuh masa ini kerana ianya bukan 1 tugas yg mudah.saya pernah mencuba utk menjaga seorang anak sya yg berusia 2 thn selama 2 mggu shj sepenuh masa.saya nak try samada sya mampu utk menjadi surirumah ataupun tidak.mmg sgt2 mencabar dan memerlukan kekuatan yg tinggi.akhirnya sya hantar ke nursery dan sambung bekerja semula kerana sya tidak mampu berbuat demikian.tahniah kpd mereka yg berjaya dan teruskan usaha dn berkongsi ilmu.

Tanpa Nama berkata...

membaca cerita puan ttg penyakit suami membuatkan sy terharu kerana sy juga mempunyai masalah seperti itu, cuma suami tidaklah ada ketumbuhan ttp tulang belakangnya ada masalah yg mengakibatkannya tidak dapat bekerja dan memandu jarak jauh. lebih tertekan kerana majikan seakan menganiayainya dgn membuangnya kerja tanpa sebarang pampasan. dengan kos hidup yg semakin meningkat, situasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi kestabilan rumah tangga apatah lg anak2 sedang membesar dan memerlukan perbelanjaan yg tidak sedikit. kekuatan dan ketabahan puan mengkagumkan sy n semoga sy juga mampu menghadapi ujian ini.

mizzleenaothman berkata...

Salam.Seronok baca entry u ni.hehe mengimbau kenagan dulu masa anak2 i masih kecil tapi im still working that time.Sekarang anak dah besar baru jadi working at home mom .Jemput dtg blog i yer.Semoga boleh buat banyak sharing.tq

Zura Mien berkata...

syukur, setelah hampir 10tahun di alam pekerjaan saya dimurahkan rezeki dapat menjaga anak2 sendiri. seronok baca entri ni. tq for sharing... salam perkenalan dari saya. jemput singgah ke teratak maya saya ye. http://umminuma.blogspot.com/

aku la... berkata...

sangat hebat. saya ada 2 anak lelaki dan saya bekerja. kadang2 bila terperangkap dlm jem dalam tempoh yang lama semasa membawa mereka pulang ke rumah amat menekan perasaan. kadang2 saya menangis bersama mereka. hihi itulah pengalaman

#jdtblogger #teambloggerjohor