رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Selasa, 19 Jun 2012

# keibubapaan # keluarga

Ragam-meragam


Rupa-rupanya menjadi ibu yang 24 jam bersama anak-anak mempunyai risiko-risiko tertentu.

1. Lambat mesra dengan orang yang tak dikenali. Semasa Fathi kecil, apabila balik kampung (Kelantan) paling lama masa diambilnya untuk 'panas enjin' sekitar 24 jam atau paling lama dalam dua hari. Kemudian, Fathi tak kesah pun dengan siapa. Dia tak kesah ikut nenek dia pergi ke rumah jiran sebelah atau ikut Tokcik dia berjalan-jalan tengok lembu atau ikut maksu ida dia ke kedai. Sebaliknya, Fatihah agak lebih lama pula! Sudah satu minggu di kampung pun nenek dan tokciknya tak boleh jamoh pun! Hmmm, hatta dengan sesiapa pun langsung taknak! Asyik melekat pada saya atau abahnya. Nak buat kerja rumah pun ke hulu ke hilir kena pegang dia.

Mungkin sedikit masa lagi Fatihah akan berubah..



2. Apabila ada orang lain yang 'rajin' melayan dia, saya akan disisihkan 100%! Terus jadi seperti orang yang tak dikenali. Agaknya boring tengok muka saya 24/7 jadi bila ada orang lain, dia mula 'geng' dengan yang lain dan melupakan saya. Di sini, ada baiknya juga Fatihah tak berapa nak melupakan saya keseorangan...hehe..

3. Apabila suami outstation, sesudah balik ke rumah semua aktiviti mahu abahnya sahaja. Mandi dengan abah, main dengan abah, makan dengan abah, pakai baju dengan abah, semuanya abahnya hingga abahnya tak boleh gerak ke mana-mana langsung! Saya? Tak pandang punnnn..... Ya, nasib baik abahnya outstation hanya 3 hari. Fathi tak makan nasi pun dalam 3 hari itu. Lepas abahnya balik, makan duduk ambil pinggan sendiri sebelah abahnya dan tambah nasi 3 kali lagi! Terasa tak, terasa tak????!

Itu di antara sikap anak-anak yang menyentakkan saya buat beberapa jam. Mereka, tetap anak-anak kecil yang sangat jujur dengan perasaan masing-masing. Mula menghargai orang yang hadir dalam kehidupan mereka. Apalagi menghargai ke'beradaan' abahnya di samping saya. Walaupun sikapnya yang kadangkala saya berasa tersisih, tapi malam mesti nak tidur di sebelah saya.hehe..

Di samping risiko-risiko yang timbul, tentu saja ada banyak lagi kebaikan apabila kami sentiasa bersama.

1. Saya pantau kartun apa yang ditonton dan berapa lama dia menonton. Semasa menonton pula kadangkala saya ada di tepinya untuk memberitahu apa yang elok dan apa yang tak bagus untuk ikut. Setiap kali sessi pengajaran, saya akan tanya, faham tak fathi, faham tak fatihah, mereka sudah terbiasa dengan jawapan elok - faham mak! (salah satu modul awal semasa mereka masuk umur 1 tahun edisi jawapan / panggilan yang baik).

2. Saya sentiasa dapat mengajarnya sesuatu secara tiba-tiba dan bila-bila masa walaupun ianya sekecil-kecil tindakan/aktiviti. Seperti apabila dia bergurau memukul neneknya, saya akan ingatkan dia dan menyuruh dia meminta maaf daripada nenek.

3. Setiap masa juga saya ada di tepinya tiap kali dia kesakitan atau kesedihan. Saya akan cepat tegur dia dan bertanyakan masalahnya jika saya nampak dia monyok saja tak mahu bermain. Ini jarang berlaku tapi apabila berlaku biasanya akibat kesalahan saya samada 'melebihkan' salah seorang sebagai tanda protesnya kerana layanan saya yang berat sebelah. Ini sering terjadi semasa Fatihah masih lagi bayi (sebelum 1 tahun) dahulu. Ya, budak seawal 1-2 tahun kerap 'terasa' apabila kita mula memberikan layanan berbeza kepadanya. Sebagai ibu, harus sensitif dan segera mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Sedikit sebanyak perkara semacam ini memberi tekanan emosi kepada anak itu sendiri. Banyakkan berbual. Jika anak belum pandai bercakap, gunakan 'sixth sense' kita sebagai ibu untuk 'berkomunikasi' dengan anak yang kita nampak tidak stabil emosinya. Jika saya mampu, anda sebagai ibu juga semestinya harus mampu juga.

Saya merasakan walaupun pelbagai sikap mereka yang kadangkala agak membuat saya terasa atau merasa jengkel dengan perangai tak semena-mena mereka, saya masih lagi tetap ada di tepi mereka dan cepat dapat merasai di segenap perubahan mereka. Ya, masa anak-anak kecil inilah waktu yang paling pantas berlaku dalam hidup dewasa kita.

Dengan adanya anak kecil, masa akan lebih pantas berlalu.

Namun perlu diingatkan, kehadiran anak-anak bukanlah untuk menjadi pelengkap kepada sebuah rumahtangga sahaja. Mereka juga bukan hanya sekadar penyeri kepada rumahtangga. Bukan juga untuk menjadi bukti cinta kita kepada pasangan yang kita mahu hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Yang pasti, anak-anak bukan jaminan kita untuk tidak merasa sunyi apabila kita tua kelak!

Anak-anak didatangkan kepada kita daripada Zat yang Maha Menjadikan Sesuatu dengan satu amanah dan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab itu bukan sekadar duit/material yang harus kita penuhi dan letakkan dalam jiwanya. Amanah dan tanggungjawab itu ada sekali di dalamnya keterbukaan kita dalam menilai sesuatu dalam hidup ini, kesediaan kita untuk berubah dan mencorak anak-anak ini mengikut acuan yang sepatutnya. Jika sepatutnya itu kita melakarkan di atas paksi kita sendiri, maka kita adalah golongan orang yang tidak bersyukur. Jika sepatutnya itu kita lakarkan atas paksi agama yang syumul ini, maka berbahagialah kerana dengan anak-anak kita menjadi orang yang paling untung di dunia juga di akhirat kelak! Dengan izin Allah..


Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor