Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ia adalah ketumbuhan tulang belakang (Spinal Tumor)

Sudah sebulan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini. Melihatkan entri terakhir saya tulis adalah mengenai suami dan anak-anak. Saya tak pernah bercerita mengenai suami kerana suami saya sendiri tak berapa suka untuk dijadikan bahan cerita. Hatta, jika kerap saya bercerita tentang anak-anak juga suami minta dihadkan. Betapa besarnya kuasa Allah menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit peristiwa yang sudah berlaku itu di sini. Rupa-rupanya adalah sebagai catatan untuk saya renung kembali tanda-tanda terakhir sebelum suami jatuh sakit dan perilaku terakhir anak-anak dapat bermanja-manja dengan abahnya. SAKIT BELAKANG Sebenarnya, suami sudah lama mengadu sakit di pinggang dan belakangnya hingga sekitar pahanya menjadi tegang dan sukar untuk berjalan. Pernah sekali apabila datang sakitnya itu dia mengesot (bukan merangkak tapi MENGESOT) pergi ke bilik air selain dari berbaring sahaja. Untuk meredakan sakit, dia akan berbaring dan tidur dalam jangkamasa sehari suntuk. Kebiasaa...

Ragam-meragam

Rupa-rupanya menjadi ibu yang 24 jam bersama anak-anak mempunyai risiko-risiko tertentu. 1. Lambat mesra dengan orang yang tak dikenali. Semasa Fathi kecil, apabila balik kampung (Kelantan) paling lama masa diambilnya untuk 'panas enjin' sekitar 24 jam atau paling lama dalam dua hari. Kemudian, Fathi tak kesah pun dengan siapa. Dia tak kesah ikut nenek dia pergi ke rumah jiran sebelah atau ikut Tokcik dia berjalan-jalan tengok lembu atau ikut maksu ida dia ke kedai. Sebaliknya, Fatihah agak lebih lama pula! Sudah satu minggu di kampung pun nenek dan tokciknya tak boleh jamoh pun! Hmmm, hatta dengan sesiapa pun langsung taknak! Asyik melekat pada saya atau abahnya. Nak buat kerja rumah pun ke hulu ke hilir kena pegang dia. Mungkin sedikit masa lagi Fatihah akan berubah..

Anak

Entri ini sebenarnya mahu ditulis sempena Hari Ibu tapi sudah terlepas tarikhnya pula. Tak kisahlah tu. Setiap masa juga kita harus tetap menyayangi dan menghargai jasa ibu kita. Setuju? Mengapa pula Hari Ibu saya bercakap tentang anak?  Kerana anak adalah cermin ibu atau ayahnya. Apa yang keluar pada anak begitulah yang ada pada ibu atau ayahnya. Kadangkala, bukan kadangkala, selalunya anak-anak kita punya sikap-sikap tertentu yang sangat menjengkelkan pada setiap hari dan setiap masa. Itu sudah pasti. Tapi, jika anak seorang masih boleh dikawal lagi.  Jika anak-anak kita rapat usianya dan semuanya masih dalam umur 7 tahun ke bawah, para ibu akan mendapati sikap-sikap anak yang ada saja membuatkan kita meninggikan suara, mencubit sana sini (sebagai alternatif dari memukul), mengejar dan lain-lain reaksi spontan lagi hanya dalam beberapa jam setiap hari.  Pernah sekali suami mengambil alih tugas saya hanya untuk beberapa minit saja dan dia sudah menar...

Lollychoc Flower Bouquet

Maaflah, saya agak sibuk kebelakangan ini hingga tak sempat update blog kesayangan saya di sini.. Dalam sebulan yang lalu saya agak sibuk memulakan 2 cawangan perniagaan saya. BusanaSURI Telur Pindang Mak Mah ** Sila like ya. Terima kasih.. Jadi, secara santai dan bahan yang agak ringan saya ingin kongsikan buah tangan terbaru saya. Dah lama design benda ni dalam kepala. Nasib baik adik saya 'memaksa' saya untuk buat coklat untuk dihadiahkan kepada kawannya.. Dengan cara itu saja saya kebiasaannya akan terdorong untuk merealisasikan benda yang dah berlapok dalam kepala ini. Kesimpulannya, sesiapa yang nak beri hadiah atau apa saja tujuan yang sesuai dengan lollychoc flower bouquet ini, bolehlah 'on' kan saya bila-bila masa yang dikehendaki ok.

Dari pandangan mata...

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza. Saya ambil contoh yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu PTPTN. Abaikan samada PTPTN harus dimansuhkan atau tidak. Abaikan samada perlu pendidikan percuma atau tidak. Tumpukan kepada sistem PTPTN itu sendiri. Ibarat sebatang pokok yang sangat besar dan berdaun lebat yang tumbuh di tepi jalan berdekatan rumah seseorang. Ia sangat rendang dan nyaman apabila orang ramai berhenti di bawahnya seketika agar tidak panas dek sinar mentari. Ia juga memberi pertolongan dengan khasiat dari daunnya dan buahnya yang tumbuh dari pokok itu yang membolehkan orang ramai mengambil kebaikan daripadanya. Ia juga kadangkala menjadi tempat persinggahan sementara kepada orang awam yang melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti maksiat di malam hari atau pertukaran jual beli haram di bawah pokok yang sangat rimbun itu kerana terlindung dan tidak nampak dek orang ramai. N...

Best tak kerja dari rumah?

Gelagat anak-anak saya ketika bermain dan sesudah bermain. ------------------------------------------------------------------- Apabila seorang junior sekolah saya baru-baru ini menanyakan soalan ini (kerana katanya dia sedang memikirkan untuk berhenti kerja memandangkan sudah mengandung anak kedua dan akan lebih banyak kos ke rumah pengasuhan kelak iaitu 2orang = RM 600) saya mengimbau semula 4 tahun kerjaya saya sebagai surirumah dan membuat perniagaan sampingan dari rumah.

Perkembangan terbaharu. BusanaSURI.

Buat masa ini saya tak dapat menulis buah fikiran terbaru di sini. Sebenarnya, saya agak sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan kedai baju maya saya yang pertama. Busana suri. Rebranding baru bagi Butik Suri. Asalnya baju-baju ini adalah perniagaan ibu saudara saya, Puan Suria Kassim. Kini, beliau ingin menjual butiknya dengan harga RM 50k. Jika ada sesiapa berminat bolehlah beritahu saya ya. Dan saya membuka kedai baju maya ini adalah sebahagian usaha saya untuk merancakkan lagi 'title' saya sebagai usahawan. Lagipun, baju-bajunya cantik-cantik belaka! Saya tolong promosikan jelah.. Sebagai tanda sokongan anda yang mengenali saya melalui penulisan di [khadijahgani.blogspot.com] ini silalah 'like' fan page busanasuri dan 'share' kedai baju maya saya yang baru dilancarkan ini ya! http://busanasuri.blogspot.com Juga fan page di facebook taip [busanasuri].. Semuanya masih dalam proses pembikinan dan penambahbaikan lagi. Akan ada upgrading dari masa ke masa. M...