Rabu, 25 April 2012

Dari pandangan mata...



Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.

Saya ambil contoh yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu PTPTN.

Abaikan samada PTPTN harus dimansuhkan atau tidak.

Abaikan samada perlu pendidikan percuma atau tidak.

Tumpukan kepada sistem PTPTN itu sendiri.


Ibarat sebatang pokok yang sangat besar dan berdaun lebat yang tumbuh di tepi jalan berdekatan rumah seseorang. Ia sangat rendang dan nyaman apabila orang ramai berhenti di bawahnya seketika agar tidak panas dek sinar mentari. Ia juga memberi pertolongan dengan khasiat dari daunnya dan buahnya yang tumbuh dari pokok itu yang membolehkan orang ramai mengambil kebaikan daripadanya. Ia juga kadangkala menjadi tempat persinggahan sementara kepada orang awam yang melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti maksiat di malam hari atau pertukaran jual beli haram di bawah pokok yang sangat rimbun itu kerana terlindung dan tidak nampak dek orang ramai. Namun, apabila permandangan sebegini makin kerap terjadi dan hanya tuan rumah saja yang nampak segala aktiviti yang mencurigakan itu berlaku di hadapan matanya maka, tuan rumah mengambil keputusan untuk memotongnya.



Ya... Buang segala ranting kayu dan daunan merimbun di sekitar pokok itu agar tempat itu tidak lagi menjadi sarang pertukaran aktiviti yang haram. Lalu pokok itu tidak dapat lagi menjadi pelindung orang yang mahu singgah dari terkena panahan mentari. Pokok itu juga tak dapat berkongsi khasiat dengan orang awam melalui buah dan daunannya. Hanya kerana ada manusia yang menyalahgunakan tempat yang nyaman dan redup itu!

Walaupun setelah segala ranting dan rimbunan daun sudah dibuang lama-kelamaan pokok itu tetap tumbuh merimbun semula kerana ianya masih hidup dan akarnya tetap teguh membesar di situ. Sekali lagi ia menjadi sarang maksiat kepada manusia yang mengambil kesempatan di atas kerimbunannya yang mendamaikan.

Lalu tuan rumah berfikir haruskah dibiarkan tumbuh saja pokok itu dan hanya trim beberapa tahun sekali atau musnahkan saja akarnya agar tak dapat hidup semula sekaligus tiada lagi kegiatan maksiat yang berlaku di depan mata?

Tak kisahlah siapa saja yang menanam benih asal pokok itu sehingga menjadi besar dan rimbun begini. Setelah ia membesar rupa-rupanya lebih ramai yang mengambil kesempatan dari memanfaatkan pokok itu. Jika dimusnahkan semua bagaimana orang awam lain ingin tumpang berteduh? Bagaimana jika ada anak orang miskin yang sakit dan boleh diubati melalui daunnya dan buahnya yang sangat berkhasiat?

Jika benar pokok ini sangat memberi manfaat kepada orang awam dan sayangkan pokoknya, ambillah sekali akarnya, pindah dan tanamkan semula ke tempat lain yang lebih praktikal, lebih strategik dan lebih terjaga dan mudah diawasi agar orang awam masih boleh dapat berlindung di bawahnya serta masih dapat memanfaatkan buah dan daunannya. Jangan lagi dibiarkan ia tumbuh dan membesar semberono di tepi jalanan yang tidak terjaga atau hanya membiarkan orang mengambil kesempatan melakukan maksiat di samping kebaikan yang ada padanya!

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.

Si A katakan, perhimpunan ini sangat menyusahkan orang ramai dan saya khuatir perniagaan saya akan terpaksa ditutup satu hari dan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit! Sangat memporak-perandakan negara sahaja!

Si B katakan, dengan adanya perhimpunan ini saya berharap lebih ramai orang yang akan datang ke kedai saya selepas perhimpunan itu nanti dan saya pasti akan mendapat untung berganda pada hari tersebut! Saya lihat dalam perhimpunan ini juga mereka semua masih boleh bersatu! Tiada masalah pun..

Si C katakan, saya tak sokong mana-mana. Lebih baik duduk di rumah saja makan-makan dan bersantai bersama keluarga. Lagipun buat apa bersesak-sesak dengan orang ramai dan silap haribulan kena bermalam di jel! Saya tak sanggup berpisah dengan katil empuk saya ini!

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.

Kawan 1 : Aku kecil hati dengan dia sebab layan aku macamni. Padahal pasal pen yang aku pinjam tu je pun nak jadi hal sampai tak bertegur sapa dan bermasam muka.

Kawan 2 : Aku bukan tak suka dia selalu pinjam pen aku. Tapi pen tu jelah satu-satunya peninggalan arwah nenek aku yang aku sayang. Kalau tak bagi pinjam dia kata aku lokek. Kalau bagi pinjam nanti dia terlupa pulangkan balik. Kalau hilang pen tu mana boleh ganti balik! Pergilah beli pen sendiri!

Kawan 3 : Janganlah bergaduh sampai macamni. Kita kan dah lama kawan. Dah macam darah daging sendiri. Bukan tak boleh cakap terus terang.. Bagitau jelah baik-baik. Kalau kau bagitau dia elok-elok barulah dia faham keadaan sebenar. Daripada kau mengungut je kat belakang dia, buat tambah dosa masalah pun tak setel. Bagitau je pun taknak, macamana dia nak faham dan takkan pinjam pen kau lagi?

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.

Mana mungkin kita harus terus menyalahkan si buta mata kanan hanya kerana kita buta mata kiri?

Dan lebih parah lagi, bagaimana kita harus bermusuhan dan membawa lara hati hanya kerana dia buta kedua-dua matanya atau kita terlupa untuk menyalahkan diri kita yang sudah mulai buta kedua-dua mata?

Kita bersetuju untuk tidak bersetuju...

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.





Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...