Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dari pandangan mata...

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza. Saya ambil contoh yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu PTPTN. Abaikan samada PTPTN harus dimansuhkan atau tidak. Abaikan samada perlu pendidikan percuma atau tidak. Tumpukan kepada sistem PTPTN itu sendiri. Ibarat sebatang pokok yang sangat besar dan berdaun lebat yang tumbuh di tepi jalan berdekatan rumah seseorang. Ia sangat rendang dan nyaman apabila orang ramai berhenti di bawahnya seketika agar tidak panas dek sinar mentari. Ia juga memberi pertolongan dengan khasiat dari daunnya dan buahnya yang tumbuh dari pokok itu yang membolehkan orang ramai mengambil kebaikan daripadanya. Ia juga kadangkala menjadi tempat persinggahan sementara kepada orang awam yang melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti maksiat di malam hari atau pertukaran jual beli haram di bawah pokok yang sangat rimbun itu kerana terlindung dan tidak nampak dek orang ramai. N...

Best tak kerja dari rumah?

Gelagat anak-anak saya ketika bermain dan sesudah bermain. ------------------------------------------------------------------- Apabila seorang junior sekolah saya baru-baru ini menanyakan soalan ini (kerana katanya dia sedang memikirkan untuk berhenti kerja memandangkan sudah mengandung anak kedua dan akan lebih banyak kos ke rumah pengasuhan kelak iaitu 2orang = RM 600) saya mengimbau semula 4 tahun kerjaya saya sebagai surirumah dan membuat perniagaan sampingan dari rumah.

Perkembangan terbaharu. BusanaSURI.

Buat masa ini saya tak dapat menulis buah fikiran terbaru di sini. Sebenarnya, saya agak sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan kedai baju maya saya yang pertama. Busana suri. Rebranding baru bagi Butik Suri. Asalnya baju-baju ini adalah perniagaan ibu saudara saya, Puan Suria Kassim. Kini, beliau ingin menjual butiknya dengan harga RM 50k. Jika ada sesiapa berminat bolehlah beritahu saya ya. Dan saya membuka kedai baju maya ini adalah sebahagian usaha saya untuk merancakkan lagi 'title' saya sebagai usahawan. Lagipun, baju-bajunya cantik-cantik belaka! Saya tolong promosikan jelah.. Sebagai tanda sokongan anda yang mengenali saya melalui penulisan di [khadijahgani.blogspot.com] ini silalah 'like' fan page busanasuri dan 'share' kedai baju maya saya yang baru dilancarkan ini ya! http://busanasuri.blogspot.com Juga fan page di facebook taip [busanasuri].. Semuanya masih dalam proses pembikinan dan penambahbaikan lagi. Akan ada upgrading dari masa ke masa. M...

Nilai menjadi ibu ayah.

Menjadi ibubapa yang baik seterusnya dapat membentuk satu keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mempunyai ketenangan merupakan impian semua ibubapa di dunia. Agak-agak ada tak orangtua yang berfikir, biarlah apapun nak jadi dengan anak aku ni. Asalkan dia cukup makan pakai dah memadai. Persoalan utama. Bagaimana keluarga yang harmoni ini dapat dibentuk jika tunggak utamanya tidak terbentuk terlebih dahulu? Adakah ia boleh terbentuk dengan sendirinya tanpa berbuat apa-apa mahupun tanpa sebarang usaha? Ataukah harus berfikiran begini. 'Aku dulu pun bukan baik sangat nak didik anak jadi baik pulak hipokritnya aku!'. Hanya kerana masa silam kita yang tidak baik maka hari muka kita juga tetap akan menjadi seperti diri kita yang tak mampu berubah menjadi baik walaupun status sudah bertukar menjadi seorang ibu? Benarlah apa yang Islam gariskan. Jika mahukan penyambung zuriat kita yang baik maka pilihlah ibunya yang baik terlebih dahulu. Persoalan utama, adakah semestin...

Fathi 3 tahun hari ini.

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun Fathi dipinjamkan oleh Allah s.w.t. untuk saya dan suami. Tak tahu berapa lama lagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. Bila-bila masa saya atau dia atau sesiapa sahaja boleh diambil semula oleh Allah yang menciptakan kita. Tidak dicepatkan tidak pula dilambatkan. Mengingati hari kelahirannya adalah suatu detik yang sangat indah walaupun sakit. Betapa semua kesakitan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang. Mula-mula ingat nak tulis pasal Fathi dan betapa cerewetnya dia tentang makanan dan revolusi pemakanannya sepanjang 3 tahun ini. Tapi bila selak balik album lama kat facebook tu fikir nak tukar cerita la pulak. Takyah tulis panjang-panjang. Mengenang kembali revolusi tumbesaran dan perkembangan Fathi. Bab makanan tu nanti saya akan kongsikan di lain waktu ya. Jadi, silakan tersenyum! :)

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi.  Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini.  Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong.  Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...