Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hydrocele & Fathi episod akhir.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sebenarnya saya agak tak sangka dengan perubahan Fathi. Selepas pembedahan pertama awal tahun lepas, Februari 2010, Fathi ok saja sehinggalah selepas sebulan pembedahan yang sebelah lagi membengkak pula. Oleh kerana saya sudah dimaklumkan awal yang 70% hidrosil akan jadi semula untuk di sebelahnya maka saya tak terkejut. Namun, saya nekad untuk tak mahu membedah lagi untuk kali keduanya. Pada mulanya saya terpaksa akur apabila yang sebelah kiri itu semakin besar macam dulu di sebelah kanannya. Saya sudah mengumpul duit untuk buat pembedahan kali kedua (jika terpaksa). Tapi, keajaiban terjadi. Saya hanya berdoa dan berusaha mengikut ilmu yang saya ada ini secara lebih konsisten (istiqamah setiap hari) dan lebih relaks (sangat berharap tapi tak tunggu, tak soal-menyoal dan tak ternanti-nanti bila nak sembuh). Maka, saya lebih berserah dan berbaik sangka atas rahmat Allah (usaha/produk hanyalah sebagai alat/asbab untuk membuktikan s...

Catatanku..

Menjadi seorang suri sepenuh masa bagi sebuah rumahtangga bukanlah seteruk mana. Pada mulanya, saya juga merasa sangat 'kecil diri' bila hanya dapat memegang status ini tatkala rakan dan kenalan lain sedang gah memegang 'title' yang lebih besar di sana sini. Hampir kesemua orang yang saya temui mengatakan perkara yang serupa dengan ayat yang hampir serupa. "Awak belajar sampai UIA buat apa dok rumah? Buat penat je belajar tinggi-tinggi, rugilah kalau tak kerja.. Kat luar sana ramai yang nak kerja bagus tapi takde ijazah. Awak boleh dapat kerja bagus kalau mintak." Ini contoh ayat yang agak sopan. "Abis ko punya ijazah tu buat bungkus nasi lemak jelah!" Ini pula contoh ayat yang buat saya tersentap dan 'makan dalam' untuk beberapa tahun (akhirnya orang ni jugaklah yang minta tolong saya uruskan 'rumahtangga' dia).

Perubatan Islam ke ni?

Mutakhir ini terlalu banyak jenis rawatan dan perubatan yang mengklasifikasikan dirinya sendiri sebagai perubatan Islam. Hanya kerana mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Namun, setiap kali muncul di kaca tv saya biasanya akan perhatikan bagaimana proses rawatan yang dijalankan. Kebiasaannya, oh mungkin saya boleh katakan kebanyakannya apabila wujudnya elemen 'bersentuhan antara pasien perempuan dan pengamal lelaki' hati saya tak semena-mena akan menyatakan 'seperti ada yang tak kena'.. Ya, walaupun dengan alasan "takpelah, untuk berubat.." Ataupun saya akan perhatikan seperti ada unsur yang menunjukkan kehebatan pengamal itu sendiri seperti semasa mendiagnos atau memberikan rawatan hanya dengan melalui tangan yang di bentuk-bentuk di udara. Bukan kelakar tapi hati saya akan berkata, "wah, ajaibnya! ni mesti teror orang nih! orang lain tak semua boleh buat macamni.." kerana nampak seperti sesuatu yang mistik dan ajaib. Maka, barulah saya  sedar yang ay...

Asam Pedas Ikan Mayong.

SALAM PERKENALAN Ruangan resepi ini dibuat khas untuk ibunda saya yang disayangi, Puan Salmah bt Kassim. Atau lebih mesra dipanggil Mak Mah. Emak sebenarnya dah lama menyuruh saya menulis dan membukukan resepi tradisionalnya tersendiri yang terdiri daripada lauk-pauk dan kuih-muih. Inspirasi emak ini sudah lama sebenarnya hasil daripada idea dan pengalamannya serta ilmu sedikit sebanyak yang diperolehi daripada bermacam-macam rancangan masakan. Yang terbaharu, mak suka sangat dengan rancangan Masterchef Malaysia di Astro Ria. Begitu juga slot bersama Chef Sabri di Ikim.fm setiap hari Jumaat jam 10 pagi mesti mak tak lupa! Oleh kerana proses membukukan resepi tradisional mak agak memakan masa dan memerlukan 'test market' terlebih dahulu maka, saya fikir baik saya 'joint venture' saja ke dalam blog saya ini sekadar memulakan apa yang saya ada dan apa yang saya mampu. Mak juga tahu saya adalah seorang blogger aktif. Jadi, mak pula yang bersemangat untuk mengaktifkan r...

Kecek-kecek malam hari 2.

Situasi 1 , slot bersama Puan Jasmin dalam Ikim.fm pada hari Selasa jam 10 pagi. Etika anak-anak di rumah. "Jadi ibu, jangan sesekali marah anak menjerit-jerit, mengherdik anak. Cuba gunakan frasa indah masa memanggil si anak. Contohnya, "Wahai bulan purnamaku Mohd Syafik, turunlah dari pokok itu! Ibu amat merinduimu dan ingin memelukmu.." Jangan sesekali tengking anak depan kawan-kawan dia. Bila kita guna bahasa yang bersopan dan berlemah lembut, akan datang dia pun akan guna perkataan yang bersopan bila bercakap dengan orang lain jugak. Kena ingat anak-anak ni takkan gagal meniru setiap tindak tanduk dan percakapan ibu ayahnya sendiri." Situasi 2 , di gerai burger. Pakcik : Abanggg, dah besar nanti rajin pergi sekolah ye belajar pandai-pandai boleh jadi doktor. Fathi : (tarik muka).. Saya : Sorilah pakcik. Budak ni memang malu sikit pakcik. Pakcik : Takpe, biasalah tu budak.. Anak sulung ke? Saya : Ha ah. Pakcik : Cucu pakcik semuanya perempuan! Lel...

Coklat Cenderahati Esklusif.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat lama saya, Nurul Asyikin Ngadiso atas kepercayaan dan peluang yang beliau berikan. Saya baru saja menyiapkan coklat untuk dijadikan souvenir kepada International visitors dari UK. Saya tak ingat pelawat itu dari universiti apa tapi mereka adalah pelawat UTM dan Ikin memberikan ruang untuk saya mempromosikan coklat saya ini (walaupun saya rasa masih hijau lagi). Jadi, saya bertungkus lumus untuk menampakkan coklat buatan Pulai Utama ini kelihatan setanding antarabangsa tapi masih dalam sentuhan tersendiri. Inilah hasilnya.. 1. Love : Almond white choc / Almond dark choc. 2. White choc with strawberry filling. 3. Rose : White choc with crunched wafer. 4. Almond coffee dark choc.

Menuju Hidayah Taufiq ~Doakan yang lain.

Dahulu, saya pernah merasakan saya sudah punya banyak ilmu. Saya boleh bercakap tentang apa saja. Dahulu, saya pernah ingin merasakan erti kebebasan untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Dan mencari ketenangan pada waktu malam. Dahulu, saya gemar berbalah semta-mata untuk menegakkan apa yang saya rasakan betul dan mencantas pandangan rakan yang lain. Rupa-rupanya dahulu, tanpa saya sedari saya seorang yang sombong dan selalu saja melakukan dosa. Itu bukanlah sesuatu yang membanggakan. Patutlah segala apa yang saya pohon dan doakan tidak menjadi sepertinya. Padan muka saya. Sehinggalah saya diuji dengan kesakitan (sakit telinga hingga hilang pendengaran agak teruk), kekecewaan (sering tak lulus interview kerja yang saya nak) dan kesedihan (trauma mencari cinta). Ianya berlaku serentak! Sangat perit!