Langkau ke kandungan utama

Catatan

Coklat Cenderahati Esklusif.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat lama saya, Nurul Asyikin Ngadiso atas kepercayaan dan peluang yang beliau berikan. Saya baru saja menyiapkan coklat untuk dijadikan souvenir kepada International visitors dari UK. Saya tak ingat pelawat itu dari universiti apa tapi mereka adalah pelawat UTM dan Ikin memberikan ruang untuk saya mempromosikan coklat saya ini (walaupun saya rasa masih hijau lagi). Jadi, saya bertungkus lumus untuk menampakkan coklat buatan Pulai Utama ini kelihatan setanding antarabangsa tapi masih dalam sentuhan tersendiri. Inilah hasilnya.. 1. Love : Almond white choc / Almond dark choc. 2. White choc with strawberry filling. 3. Rose : White choc with crunched wafer. 4. Almond coffee dark choc.

Menuju Hidayah Taufiq ~Doakan yang lain.

Dahulu, saya pernah merasakan saya sudah punya banyak ilmu. Saya boleh bercakap tentang apa saja. Dahulu, saya pernah ingin merasakan erti kebebasan untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Dan mencari ketenangan pada waktu malam. Dahulu, saya gemar berbalah semta-mata untuk menegakkan apa yang saya rasakan betul dan mencantas pandangan rakan yang lain. Rupa-rupanya dahulu, tanpa saya sedari saya seorang yang sombong dan selalu saja melakukan dosa. Itu bukanlah sesuatu yang membanggakan. Patutlah segala apa yang saya pohon dan doakan tidak menjadi sepertinya. Padan muka saya. Sehinggalah saya diuji dengan kesakitan (sakit telinga hingga hilang pendengaran agak teruk), kekecewaan (sering tak lulus interview kerja yang saya nak) dan kesedihan (trauma mencari cinta). Ianya berlaku serentak! Sangat perit!

Coklat Loli (Lollychoc)

Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti sudah sedia maklum dengan 'situasi' saya dan bisnes coklat ini melalui entri saya sebelum ini. Alhamdulillah.. Kesihatan mak dah makin baik. Jadi, saya boleh teruskan bisnes coklat saya ini seperti biasa. Ya, untuk coklat dalam kotak hantaran memang agak mahal. Saya tak nafikan. Begitu juga coklat yang saya letak di JUSCO itu juga agak mahal setelah pekedai meletakkan harga untuk keuntungan tempatnya juga. Saya lebih suka jika anda tempah direct dengan saya kerana kebiasaannya saya akan lebihkan coklat anda dan jika minta kurang harga, saya akan faham dengan keadaan itu.

Rasa - fikir - nilai - bertindak!

"Manusia bertindak berdasarkan apa yang dia rasa BUKAN apa yang dia fikirkan." Selain daripada slot bersama Prof. Dr. Muhaya pada setiap hari Rabu jam 10 pagi, saya juga sangat suka mendengar slot bersama Ustaz Pahrol Juoi jam 5.15 petang setiap hari Isnin di IKIM.fm (106.20MHz = Johor). Dua minggu lepas topik perbincangannya sangat terkesan di hati saya. Kerana saya baru berjumpa jawapan kepada semua kemusykilan saya. Ya, betapa sikitnya ilmu yang saya ada ini saya rasakan. Barulah saya faham kenapa semua orang tahu yang merokok itu merosakkan kesihatan tapi masih ada yang suka merokok. ~~ Kerana I feel good ....

Demi cahaya : Berhijrahlah!

Saya bukanlah peminat kepada artis-artis tertentu apalagi nak menjadikan artis sebagai contoh (role model). Saya tidak berminat untuk berbuat begitu. Tapi tak bermakna saya tak mengikuti perkembangan artis hiburan di Malaysia ni. Kadang-kadang saya lebih suka melayan Melodi dan Galaksi tv9 daripada menonton mana-mana berita di tv sebab rancangan picisan sebegini lebih punya kredibilitinya dan adil dalam melaporkan sesuatu berita. Taglinenya mudah, "Adalah tidak adil kita mendengar sebelah pihak saja. Jadi mari kita terjah sebelah pihak lagi untuk mendapatkan kebenaran!" Lalu, lagu terjah pun keluar... haha.. Prinsip sebegini lebih adil dan bermaruah daripada laporan berita utama yang lebih kurang berbentuk gosip dan lebih menyedihkan hanya mendengar di sebelah pihak saja.. Etika kewartawanan apakah itu? Oppsss, terkeluar tajuk pula.. Saya jarang melayan Youtube. Tapi minggu lepas abah ada buka youtube Inilah Kisahku.. yang saya nak tengok sepanjang Ramadhan lepas tapi tak...

Remaja dan wanita alaf baru..

Pagi tadi topik perbincangan WHI tv3 sangat bagus. 'Ibubapa lalai, anak cak kun cak'... Ada seorang remaja perempuan yang sudah insaf dan sedang menjalani pemulihan di KEWAJA. Seorang panel adalah orang kuat KEWAJA dan seorang lagi kaunselor jemputan. Pada permulaan, faktor menyebabkan anak yang bermasalah dan akhirnya 'menjadi bubur' ini dengan menyalahkan ibubapa sebagai orangtua yang tidak mengambil berat tentang anak-anak disebabkan hari ini kedua-duanya sibuk dengan kerjaya. Sebaliknya, remaja perempuan ini ibubapanya sangat mengambil berat hingga membuatkan dia lari tidak mahu dikongkong! Dan kemudiannya dia mengakui bahawa dia hanyut dengan pengaruh rakan sebaya (teman lelaki) yang akhirnya menyebabkan dia terlanjur sehingga mengandung anak luar nikah dan membawanya ke KEWAJA. Di setiap pertanyaan pengacara pasti dijawabnya berulangkali bahawa 'dengarlah cakap ibubapa' kerana dia menyesal melawan cakap dan tidak mahu mendengar cakap orangtua satu masa d...

Di balik kesempitan ada kesenangan..

Khamis lepas, setelah tiga hari saya menahan kesakitan di sekitar perut, akhirnya saya terpaksa mengikut prosedur biasa yang dicadangkan doktor klinik berdekatan untuk ke hospital besar. Suspek apendiks dan perlu permbedahan secepat mungkin. Saya mohon untuk di scan terlebih dahulu tapi kata doktor dan semua orang di hospital itu, "Memang kalau apendiks kita terus bedah. Ok ke tak ok ke kita terus buang. Itu memang prosedurnya." Jumaat, 30/09/11, saya menjadi orang pertama untuk dibedah pagi itu. Pada mulanya, doktor mahu melakukan Appendictomy saja tapi ianya ditambah lagi dengan Laparascopy untuk melihat ovari saya. Dikhuatiri appendiks dalam masa yang sama juga sebab saya sakit di sebelah kiri juga apabila ditekan, dikhuatiri juga masalah berkaitan peranakan seperti mengandung luar rahim. Semalam, saya masuk ke wad berseorangan kerana suami sedang memangku anak saya yang kecil, Fatihah, yang tidak mahu-mahu tidur mengamuk kerana saya tidak dapat menyusukannya seperti ...