Langkau ke kandungan utama

Catatan

Si Manis Yang Cantik Jelita!

Apabila saya marah atau geram saya akan memanggilnya Si Manis! Kebiasaannya saya akan memanggil dia "Mana si manis mak yang cantik jelita tuuuu???"..... Kemudian, dia akan membuat muka jelitanya (sambil menyepetkan mata dan memuncungkan mulut). Itulah anak saya yang kedua, Nurfatihah. Dah nak berakhir bulan Jun baru saya sempat bercerita tentang Tiha yang sudah masuk 1 tahun pada 3hb Jun yang lepas. Tiha ini agak berlainan perangainya daripada si abang, Fathi. Dia agak agresif. Dan mempunyai raut muka yang agak garang. Tapi, pabila bertudung lihat saja rupanya yang mendamaikan itu.

Coklat bertapa sebentar.

Saya ingin memohon maaf banyak-banyak jika ada tempahan coklat yang saya tak dapat tunaikan. Untuk makluman, situasi saya begini. Sekarang, saya hanya dapat membuat coklat pada hari Ahad sahaja yang saya ada. Hari lain tidak mengizinkan. Ini kerana saya menjaga emak saya yang masih tidak stabil kesihatannya. Anak-anak pula tiada yang dapat menjaga. Walaupun saya berada di kediaman mak dan abah (8 pagi hingga 8 malam a.k.a waktu bekerja saya) namun, saya dan suami tidak gemar untuk melepaskan tugasan menjaga anak-anak diberi sepenuhnya kepada atok dan nenek mereka. Jadi, saya harus berkompromi dengan keadaan semasa.

Hikayat Sang Puteri.

Tersebutlah kisah... Tinggal di dalam Kota Berbunga, ada 3 orang puteri yang tinggal bersama bondanya yang tercinta. Yang pertama, Puteri N yang baru menginjak 20 tahun. Yang kedua, Puteri A yang masih bersekolah yang berumur 12 tahun. Dan yang bongsu, Puteri B yang comel baru masuk sekolah yang berumur 6 tahun. Baru-baru ini mereka kehilangan ayahanda yang tersayang. Secara tiba-tiba. Mereka semua sangat terkejut dan amat sedih dengan ketiadaan ayahanda yang tercinta. Ianya menjadi tamparan hebat buat Puteri B kerana di saat itulah dia baru memulakan satu fasa baru dalam hidup tanpa orang yang disayangi. Selalunya setiap kali pergi dan pulang sekolah ayahandalah yang mengambil mereka. Sekarang, tiada siapa lagi. Bondanya tidak mampu membawa kereta sendirian kerana penglihatan yang kabur dan akan membahayakan. Walau bagaimanapun, Puteri A dan Puteri B tetap ke sekolah seperti biasa walau berjalan kaki mahupun basah dalam hujan yang lebat. Oleh kerana, dahulu ayahanda yang menjadi ...

Coklat hantaran.

Beberapa minggu yang lepas saya mendapat kiriman bekas hantaran saja. Setelah diukur baru saya membeli kotak hantaran coklat yang bersesuaian dengan dulang hantarannya. Inilah hasilnya. Ringkasannya, beginilah rupanya jika orang menempah coklat khas untuk hantaran. Saya akan membeli kotak yang cantik ukirannya. Jika coklat dijadikan hadiah untuk harijadi misalnya lain pula kotaknya. Lebih simple ditambah dengan reben saja. Jadi, beritahu saya saja apa tujuan coklat anda dan saya akan sesuaikan mana yang patut. Warna dan temanya. Nota : Keluaran terbaharu saya ialah coklat badam berperisa kopi. Tak manis sangat dan rasanya mengujakan!

Ragam anak berdasarkan intuisi si ibu.

Tengahari itu selepas makan, mak menegur saya. "Kamu tengok dada Fathi turun naik tak tentu hala tu. Sikit-sikit terkejut sampai bergerak badan waktu tidur. Pergi tidur sebelah dia! Jangan bagi dia terkejut." Selepas solat Zohor, dengan wudhuk yang masih ada saya memang terfikir untuk berkonfrontasi dengan anak sulung saya Fathi, 2 tahun. Ada sesuatu yang saya rasakan tidak betul. Tapi dia masih belum boleh bercakap lagi. Jadi, dengan cara ini sajalah saya boleh 'bercakap' dengannya. Saya pegang dadanya yang berombak kencang itu dengan tangan kiri. Usap-usap kepalanya dengan tangan kanan. Dan berselawat sebanyak mungkin sehingga saya rasa saya sudah bersedia. " Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal. Fathi tidur baik-baik ye. Nyenyak-nyenyak.. Jangan takut. Mak tak marah. Fathi tidur je. Mak temankan Fathi kat sebelah." . . "Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal dengar kan cakap mak sekarang. Fathi tidur baik-baik.. Mak nak cakap n...

Coklat ke sekolah!

Sempena Hari Guru 16 Mei lepas, saya telah menerima tempahan ke dua buah sekolah. 100 batang lollychoc campur-campur untuk Koperasi Maahad Johor (terima kasih Cikgu Zie) dan sebuah SK di Pontian oleh teman sekolah saya yang dulu (maaf lupa nak tanya nama sekolahnya). 40 batang lollychoc & 40 biji mini bar (terima kasih cikgu Mazirah) untuk dijual bagi tujuan kumpul duit kebersihan kelas katanya. Siap ambil order terlebih dahulu! Sangat efisyen budak-budak SK ini. Kagum! :) Ini design terbaru saya buat. Masukkan sekali untuk Maahad Johor. RM1 sebatang. Tapi, kalau nak order design ini lagi sudah tiada sebab corak ini sangat terhad. Kira coklat design ini limited edition lah.. Beruntunglah pelajar-pelajar Maahad Johor yang membelinya! ;) Ini juga hasil mould baru! Saya suka coklat bunga ni. Cute! Dan cantik juga! Di bawah ini juga hasil mould baru. Tapi, saya khaskan coklat ini untuk cikgu-cikgu kesayangan Nur Batrisya Amira & Nur Adreena Amira bt Ramzi di SK Sri Pulai. Mana-mana...

Sedetik berdua hingga berempat. 2011.

Semuanya bermula selepas saya sakit telinga.. Ya, saya pernah sakit telinga sehingga saya sudah kehilangan dekat 80% pendengaran. Sebelum itu, saya sudah penat naik turun hospital pakar di KL (semasa saya di tahun akhir UIAM) dan JB (selepas grad). Sakit telinga saya masih berulang sehinggalah saya tergerak untuk mencuba rawatan alternatif di Taman Teratai. Di situlah saya berjumpa jodoh pekerjaan dan jodoh seumur hidup saya yang tidak pernah saya sangka, jauh sekali saya fikirkan. Suami, bekerja dengan abangnya di klinik alternatif itu. Hidupnya hanya duduk depan komputer dan membuat kerja-kerja programming di dalam bilik kecil yang tersorok itu. Setelah saya bekerja di situ dan mula bergaul dengannya sebagai rakan sekerja, saya dapati 'otaknya' sangat luas walaupun duduk di tempat sekecil itu. Saya dapati ada perkara dominan dalam corak pemikirannya yang lain dari kebiasaan lelaki. Dia tidak banyak cakap. Bila bercakap mulutnya laser pula. Tidak hiraukan perasaan orang. Apala...