
Apabila saya marah atau geram saya akan memanggilnya Si Manis! Kebiasaannya saya akan memanggil dia "Mana si manis mak yang cantik jelita tuuuu???"..... Kemudian, dia akan membuat muka jelitanya (sambil menyepetkan mata dan memuncungkan mulut).

Tiha ini agak berlainan perangainya daripada si abang, Fathi. Dia agak agresif. Dan mempunyai raut muka yang agak garang. Tapi, pabila bertudung lihat saja rupanya yang mendamaikan itu.





Ini patung yang diberi nama "Pin" oleh abang dia (Upin Ipin). Kalau abangnya ada cek katak, wak-wak,Tiha juga ada Pin.


Kadangkala dia suka melentokkan badan dan kepalanya sendiri secara tak disangka ke belakang. Sebab itu jika saya di dapur memasak, nenek dia akan tengokkan. Jika neneknya makan di dapur, saya pula harus ada berdekatan. Tiha ni memang tak boleh ditinggalkan keseorangan langsung! Dia juga kuat menangis jika nampak saya pergi ke dapur. Mesti dia juga akan merangkak ke dapur mencari saya sambil menangis syahdu. Atau jika dibiar keseorangan ada saja yang dia panjat dan membuat terjunan bebas!

Dalam sehari kadangkala tiada masa langsung untuk saya makan dengan betul atau dapat meneguk air dengan tenang. Semua kerja memasak atau membasuh harus diselesaikan dengan pantas! Termasuk jika ke tandas tiada masa untuk waktu peribadi saya. Jadi, siapa kata jadi surirumah ni hanya goyang kaki-makan-tidur saja di rumah?!
Ya, Fatihah agak berlainan daripada si abang. Dia sangat special. Namun, saya tidak mahu memanggilnya nakal. Mak pun sudah berpesan beberapa kali agar tidak memanggil anak-anak dengan panggilan sebegitu kerana walaupun sekali kita menyebutnya (tak perlu sampai 44 kali), itu sudah menjadi doa buat dia. Kerana itu, bila anak menjadi nakal betul-betul jangan salahkan si anak kerana semuanya salah kita yang mendoakannya sebegitu terlebih dahulu.
Paling tersasul pun di mulut saya jika saya terlalu penat dan marah yang tak dapat ditahan lagi hanyalah "Tiha ni nak jadi apa ni Tiha!!" sambil memukul pampers yang dipakainya.. Ya, bila kita 24/7 berdepan dengan kerenah anak kadangkala kita akan merasa putus asa dan sangat marah! Saya ada terfikir jika anak saya ini dijaga oleh pembantu rumah (cth : bibik indon ke) atau orang lain yang mengadap kerenah tak reti diamnya di pagi hingga petang hari, pasti selalu dilepuk atau disekeh kepala anak saya ini banyak kali. Dan akhirnya, saya bersyukur dengan keadaan saya yang tidak bekerja di luar ini. Sekurang-kurangnya biarlah saya yang memarahinya walaupun saya terlepas melepuk anak sendiri, saya dapat mengawal tahap pelepukan itu.




Dan, akhirnya saya kembali tenang bila melihat wajahnya ketika tidur atau bertudung. Sangat menyejukkan walaupun sudah seharian memarahi dan kepenatan mengurusnya. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh juga. Budak sekecil ini mana faham apa-apa. Itu yang terpaksa saya telan semua amarah saya seorang diri. Saya sedang belajar untuk tidak men'transfer'kan amarah dan tension saya dari satu anak kepada anak yang lain. Tidak baik untuk mereka. Namun, kadangkala saya masih gagal untuk mengawal transfer itu kepada suami saya yang sangat penyabar itu.. Kasihan suamiku...

Genap setahun haritu Tiha sudah memberanikan diri untuk berjalan. Saya memberinya galakan untuk berjalan memakai kasut di luar. Tapi masih berpegang tangan. Part ini saja dia mengikut abangnya. Genap 1 tahun 2 bulan Fathi sudah lancar berjalan tanpa pegangan lagi. Sekarang nak masuk 1 tahun 1 bulan Tiha sudah boleh berjalan, mengawal kelajuan berjalan, u-turn, pusing balik. Saya yakin cukup bulan depan dia mampu berjalan lancar. Cuma Tiha masih belum tumbuh sebatang gigi pun lagi. :(

Tiha akan mengikut segala apa yang abangnya lakukan. Dia sangat sayangkan abangnya. Kadangkala, abangnya pula yang mengikut dia. Abang juga sayang pada adik. Cuma Tiha ni agak kuat menyakat abang. Selalu juga abangnya itu di'wrestling'nya! Selalu abang yang akan menangis kerana barang permainannya dirampas adik.. Kasihan abang.... Tapi, bila abangnya tiada walaupun sekejap, Tiha akan menangis syahdu mencari abang..


Fathi sedang belajar untuk bertanggungjawab. Fathi memanggil adiknya Ta (Tiha). Jika Tiha menangis kuat waktu malam kerana nak menyusu (Tiha memang sangat kerap menyusu malam sehingga saya tidak dapat tidur yang lena) dan Fathi tersedar, dia akan memujuk Tiha, "Ta...Ta... Kung kung...Kung kung (bunyi anjing menyalak)...".. Kerana dengan anjing menyalak saja yang Tiha takut dan akan senyap, mematikan diri. Haiwan lain dia tak takut langsung..



Tak kira Fatihah putih atau tak. Ketika comot atau bersih. Macam perempuan atau tak yang penting Tiha tetap buah hati mak yang manis lagi jelita! Yang pandai lagi bijak laksamana! Yalah, sebelum masuk 1 tahun lagi sudah pandai melambaikan tangan tiap kali atok mahu pergi ke masjid.. Sekarang, bila suruh lambai saja dia akan melambaikan tangan sangat bersungguh-sungguh.. Sangat comel!



Apapun, masa depan hanya dapat diagak saja. Tiada yang pasti. Jika Allah mengizinkan, maka, jadilah ia. Apa saja yang berlaku pada masa hadapan, sebagai ibu saya mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak saya. Tapi seharusnya doa itu disemai sejak dari kecil lagi melalui apa yang kita panggil termasuk dalam percakapan seharian kita bersama anak.
Kita pasti diuji dengan kerenah yang memenatkan dan menjengkelkan sepanjang mereka membesar namun, itu tugas kita untuk mem'positif'kan segala perbuatan negatif mereka sejak dari kecil. Apabila anak sudah besar baru kita nak positifkan mereka, semasa itu semuanya sudah terlambat. Suami juga ada berpesan, sabarlah, belum semuanya teruji lagi. Semasa umur 3-6 tahun adalah waktu kritikal anak-anak untuk kita didik dan bentuk dengan baik.
Kerana itu, saya sangat berhasrat mendidik sendiri anak-anak saya sebelum mereka mendapat pendidikan sosial yang sangat besar dan terdedah. Kerana itu saya berhasrat untuk menubuhkan tadika sendiri. Cuma saya tiada modal yang banyak untuk memulakannya dengan segera.
Ya, saya sedang berusaha... Jika ianya baik untuk saya, anak-anak dan agama untuk pembinaan generasi seterusnya, saya berdoa agar Allah memudahkan segalanya.. InsyaAllah..
Ulasan