Langkau ke kandungan utama

Hikayat Sang Puteri.



Tersebutlah kisah... Tinggal di dalam Kota Berbunga, ada 3 orang puteri yang tinggal bersama bondanya yang tercinta. Yang pertama, Puteri N yang baru menginjak 20 tahun. Yang kedua, Puteri A yang masih bersekolah yang berumur 12 tahun. Dan yang bongsu, Puteri B yang comel baru masuk sekolah yang berumur 6 tahun.

Baru-baru ini mereka kehilangan ayahanda yang tersayang. Secara tiba-tiba. Mereka semua sangat terkejut dan amat sedih dengan ketiadaan ayahanda yang tercinta. Ianya menjadi tamparan hebat buat Puteri B kerana di saat itulah dia baru memulakan satu fasa baru dalam hidup tanpa orang yang disayangi. Selalunya setiap kali pergi dan pulang sekolah ayahandalah yang mengambil mereka. Sekarang, tiada siapa lagi. Bondanya tidak mampu membawa kereta sendirian kerana penglihatan yang kabur dan akan membahayakan.

Walau bagaimanapun, Puteri A dan Puteri B tetap ke sekolah seperti biasa walau berjalan kaki mahupun basah dalam hujan yang lebat.

Oleh kerana, dahulu ayahanda yang menjadi tunggak dalam keluarga telah pergi buat selama-lamanya maka, tugas bonda menjadi semakin berat. Bonda harus keluar mencari rezeki untuk puteri bertiga meneruskan kehidupan mendatang. Pergi dan pulang kerja bonda tidak menentu. Kebanyakan masa Puteri A dan Puteri B terpaksa berdua saja di istana sehingga lewat malam. Tiada siapa dapat menemankan.


Kadangkala, balik dari sekolah juga bonda masih belum pulang bekerja. Kakaknya, Puteri N juga harus bekerja tambahan untuk menampung perbelanjaan rumah.

Walaupun Puteri A dan Puteri B masih kecil namun semangat dan ketabahannya sangat besar! Mereka berani tinggal dalam istana yang besaaaaarrrrrrrrrrr itu hanya berdua. Kadangkala, Puteri A memasak yang ringan-ringan untuk adiknya yang kecil itu untuk menghilang bosan dan kelaparan.

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Dan musim berganti musim.

Sedar tak sedar, Puteri N sudah berkahwin dengan jejaka idaman dan menyokongnya untuk meneruskan perniagaannya sendiri. Puteri A pula sudah menjadi Pengurus bank yang paling berprestij di dunia. Puteri B pula menjadi seorang Pengurus sekolah (Guru Besar) yang sangat berdedikasi dan disayangi anak muridnya.

Puteri A sekarang mampu menyara bondanya dan adiknya yang masih belum berkahwin kerana gaji seorang pengurus bank sangat tinggi di samping dialah yang meluluskan pinjaman perniagaan kepada kakaknya dengan mudah.

Manakala, Puteri B sekarang mampu menyara diri sendiri dan juga bondanya walaupun dia masih muda tapi gajinya juga sudah tinggi!

Sekarang, tiada apa yang merunsingkan mereka lagi kerana masing-masing sudah mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri.

Namun pada satu hari, Puteri B pulang dari kerja, Puteri B mendapati bondanya sedang tidur lena di atas katilnya. Bondanya terlupa menutup pintu yang menyebabkan kucing masuk ke dalam istana dan menyepahkan semua barang. Puteri B sangat penat ketika itu dan berasa sungguh marah sekali!

Mahu saja dia mengejutkan dan memarahi bondanya sepertimana bondanya memarahinya ketika kecil dahulu selepas bonda pulang dari kerja dan mendapati dia membuat perangai.

Mahu saja dia membebel kepada bondanya sepertimana bondanya terus memarahi dan membebel kepadanya tanpa bertanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi terlebih dahulu samada dia kepenatan dan sakit kaki kerana berdiri lama di bangku sekolah kerana tidak siap kerja sekolah atau sakit telinga kerana seharian sudah dimarahi cikgu di sekolah.

Namun, Puteri B terhenti seketika. Dia seorang cikgu yang sangat baik. Malah, sikapnya diterjemahkan hingga ke rumah. Dia tidak jadi memarahi bondanya. Malah dia membiarkan bondanya tidur lena di situ. Dia berasakan mungkin bonda kepenatan.

"Aku harus berhenti daripada kitaran roda hidup yang saling memarahi ini. Aku tidak mahu mengulangi kesilapan bondaku. Bagaimana aku terasa hati dan tersinggung kerana dimarahi membabi buta tanpa bertanya keadaan diriku terlebih dahulu, begitu juga nanti bondaku akan merasakan benda yang sama jika aku melayan amarahku sekarang ini. Biarlah bonda tidur dan menikmati waktunya sendiri. Mungkin hari ini bonda tidak sihat. Bonda sudah penat mencari nafkah untuk menyara aku dan adik beradik lain hingga ke tahap sebegini. Bonda jugalah yang mengajarku erti hidup berdikari sedari kecil lagi ketika kawan-kawanku yang lain sibuk bermain di padang, aku sudah pandai menghidupkan api sendiri untuk memasak buat santapan sekeluarga, aku sudah pandai menyiapkan diri dan menyisir rambut sendiri. Jika aku tidak belajar mengurus diri dari kecil dahulu, sudah tentu aku tak dapat menguruskan sebuah sekolah yang besar sekarang ini. Walau apa jua kesilapan bondaku, tidak setanding jasanya menahan kesakitan untuk melahirkan aku dahulu."

Sayugialah si bonda kerana mendapat anak-anak yang optimis dalam hidup dan tidak memulangkan paku keras kepadanya semula ketika dia sudah tua. Kerana orangtua ada berpesan, apa yang kita tanam, itulah nanti yang kita tuai.

Akhirnya, mereka hidup dengan saling memahami dan penuh dengan kasih sayang.

Tamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.