Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hati kecil si anak

Masih ingat lagi cerita kawan Fatihah yang mengadu ibu ayahnya nak bercerai tempohari? Semalam, "Tadi kat sekolah kawan² tiha satu kumpulan semua marahkan tiha. S menangis." "Hah, apa tiha dah buat sampai S menangis?" Fatihah ketawa. "Bukanlah mak. Tiha tak buat apa² pada S. Cikgu suruh nyanyi ikut kumpulan. S kan duduk sebelah tiha. Masa giliran kumpulan tiha nyanyi, S tiba² menangis. Tiha nyanyi tak keluar suara. Tu yang diorang marah tiha sebab tak dengor suara. S dah menangis takde suara dah." "Oooo.. Ok baru mak faham. Cikgu suruh nyanyi lagu apa sampai S menangis? Tiha kenapa tak nangis sama?" "Tiha tak nangis. Hihi.. Biasalah, tiha Kan baru belajar nak kuatkan suara. Pertama kali nyanyi memanglah tak dengor suara tiha. Tapi lepas diorang marah tiha, kali kedua Tu baru tiha nyanyi keluarkan suara. Kuuuat- kuaaaatttt! Baru semua terdiam.. Cikgu suruh nyanyi lagu Dalam buku teks Tu BM Tu. Nanti tiha tunjuk. Entahlah ke...

Iradah

"Mak, macamana tsunami tu boleh rosakkan semua yang ada tepi laut?" tanya Fatihah. "Tsunami tu terjadi sebab gempa bumi berlaku Di tengah lautan selepas berlaku Di daratan. Bila satu tanah ternaik, satu tanah lagi jatuh ke bawah ombak yang besar akan terhasil Dari situ. Impak dia ombak besar akan terjadi Dan menuju ke tepi pantai. Sampai jejak je daratan, ombak tu sapu habis apa yang ada kat situ sampai musnahlah semuanya dibawa air." Gigih mak menerangkan sunnatullah  fenomena alam. "Tapi mak, kenapa Allah nak musnahkan semuanya? Kesian rumah kat tepi tu semua roboh. Habis tu, dia nak duduk kat mana?" Erk. Soalan budak umur 5 tahun ni memang mengikut logik akal semata. Mujur masa tu mak baru habis mengaji masih ada wudhuk lagi. Minta petunjuk Allah nak jawab soalan ni macamana. Tup tup.. Mak dapat ilham "Sebab Allah nak beri yang baru yang lebih baik! Macam fahmi main lego. Fahmi buat apa untuk buat binaan...

Sembang KIK di Telaga Biru

Little determined fighter

Semalam, terima mesej daripada seorang ibu yang baru melahirkan bayi pra matang pada 24minggu. Allah..😥 Beliau minta untuk dicarikan ibu susuan. Semasa itu, saya tak yakin ibu susuan adalah jalan penyelesaian mudah bagi kes begini. Saya menerangkan bahawa komposisi susu ibu untuk bayi pra matang berbeza dengan komposisi susu ibu yang melahirkan anak cukup bulan. Setiap susu ibu sudah dijadikan auto set dengan keperluan tubuh bayinya sendiri. Namun, masalah utamanya adalah dia tidak dibenarkan memegang bayinya sendiri apatah lagi membawa bayi keluar dari inkubator walaupun sekejap. Makanya, skin to skin Dan latching untuk stimulate pengeluaran susu tidak dapat dilakukan sekarang. Tak lama selepas itu, suaminya menelefon saya untuk bercakap terus. Katanya, dia tak mahu isterinya yang bercakap sebab dia takut isterinya akan menangis lagi. Saya katakan, tindakan suaminya adalah tepat. Saya memahaminya. Saya pun takut jika saya pun emo sama bila bercakap dengan isterinya. Sa...

Selective Mutism Sindrom

Fahmi :  🎼  Nyat ensong matekaji semariseng 🎶 🎶  Ben laden 🎶 🎶 Mak : Fahmi tahu ke lagu ni? Faham tak lirik dia? Fahmi : Entahlah. Mi pun tak tau. Tapi selalu dengar K nyanyi kat sekolah. K kan mak suka sangat nyanyi lagu ni kat sekolah tak berhenti henti sampai waktu belajar dengan waktu rehat pun dia nyanyi pastu kena marah dengan cikgu. Sampai Mi pulak dah boleh hafal lagu dia nyanyi. Mak : Oh iya? Habis, kat sekolah Mi ikut tak K menyanyi sama? Fahmi : Tak. Sebab mana boleh bercakap masa belajar dengan masa makan. Jadi Mi senyap jelah. Tak baik kan kalau kita bercakap masa tengah makan apalagi kalau menyanyi. Mak : Aaaaa.. Yelah betul jugak Tu. Habis time bila Fahmi berbual atau bercakap dengan kawan kawan? Fahmi :  😅 Selective Mutism sindrom ialah apabila Di sekolah perwatakannya sangat berbeza daripada ketika dia berada Di rumah. Untuk menghadapi anak dengan isu ini pentingnya pendedahan ke sekolah / tadika supaya ...

Social experiment

A : Haihhh kecoh orang dok share habis troli2 kat shopping mall tu penuh barang ditinggalkan gitu je tak sempat kira. Teruk betullah orang macam gini. Menyusahkan dah pekedai nak susun balik semua barang tu. Nampak sangat kelabu mata bila dapat barang free. M : Tengah viral benda tu ke sekarang ni? Saya ni tak tertengok apa yg viral. Selalu tak terjumpa. Alih2 orang dok cakap sana sini. Nampak jugak orang post pagi tadi. Nak harap apa lagi memang dah macam tu namanya manusia.. Kita ni tak boleh mengata sangat. Cuba kalau kita takdirnya ada kat mall tu petang tu. Agak2 kita sama tak macam diorang? Ke kita terus balik rumah je? A : Iyalah. Kot ya pun.. Ambil barang tu berpadalah. Jangan macam nak simpan Stok sampai 10 tahun. Ada gambor tu sampai dalam troli ada berkotak2 aiskrim. Orang dok komen ni aiskrim ni makan tetiap hari macam makan nasi ke apa. Tak agak2.. Tamak orang kita ni. Lepas tu bila tak sempat kira dok tinggalkan kat tepi. Tak ke membazir tu. Menyusahkan ora...

I follow you. You follow siapa?

Satu masa dahulu, saya seorang yang tertutup. Facebook ini hanyalah untuk kenalan dan ahli keluarga. Namun, entah bagaimana tiba tahun 2013 saya mula terbuka dan menerima ramai kenalan baru dan followers hingga ke hari ini. Bagi orang seperti saya, menerima ramai followers bukan atas dasar bisnes (hanya kerana berkongsi cerita mengenai kelas mengaji saya ketika itu), adalah sesuatu yang menakutkan. Ya, saya tidak berasa gah mana pun. Takut jika tersalah tulis dan pembaca tersilap memahaminya. Kerana itu saya tidak suka pembaca copy and paste tanpa dikreditkan kepada saya semula yang bertanggungjawab menulisnya. Tujuannya supaya jika ada yang silap memahami apa yang saya tulis, bolehlah terus bertanya semula kepada saya atau sekurang-kurangnya saya tahu di mana gaya bahasa yang perlu saya perbaiki. Penulisan saya masih belum matang dan perlu digilap lagi semasa itu. Apalagi jika orang share. Saya kecut perut sebenarnya! Saya takut penerimaan orang yang tak pernah mengenali sa...