Langkau ke kandungan utama

Little determined fighter



Semalam, terima mesej daripada seorang ibu yang baru melahirkan bayi pra matang pada 24minggu. Allah..😥

Beliau minta untuk dicarikan ibu susuan. Semasa itu, saya tak yakin ibu susuan adalah jalan penyelesaian mudah bagi kes begini.

Saya menerangkan bahawa komposisi susu ibu untuk bayi pra matang berbeza dengan komposisi susu ibu yang melahirkan anak cukup bulan.

Setiap susu ibu sudah dijadikan auto set dengan keperluan tubuh bayinya sendiri. Namun, masalah utamanya adalah dia tidak dibenarkan memegang bayinya sendiri apatah lagi membawa bayi keluar dari inkubator walaupun sekejap. Makanya, skin to skin Dan latching untuk stimulate pengeluaran susu tidak dapat dilakukan sekarang.

Tak lama selepas itu, suaminya menelefon saya untuk bercakap terus. Katanya, dia tak mahu isterinya yang bercakap sebab dia takut isterinya akan menangis lagi. Saya katakan, tindakan suaminya adalah tepat. Saya memahaminya. Saya pun takut jika saya pun emo sama bila bercakap dengan isterinya.

Saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh dibuat tapi tidak nampak akan kemenjadiannya. Jika saya datang melawat juga tidak dapat membantu apa-apa malah takut jadi lebih emosional keadaannya.

Ya, menjadi seorang kaunselor penyusuan harus tidak terlalu mengikut emosi ibu Dan kita harus datang kepada ibu dengan fakta Dan jalan penyelesaian. Namun, kerana saya pernah merasainya maka, saya pasti saya akan kalah Dalam emosi ibu nanti. Kata suaminya lagi, Doktor push isterinya asyik bertanyakan Susu untuk diberi kepada bayi. Lalu, si isteri mengatakan dia tiada Susu.

Saya menerangkan, isterinya bukan tiada susu. Untuk 2-3 hari awal kelahiran kita takkan dapat melihat susu matang berwarna putih. Yang terhasil awal adalah kolostrum yang berwarna kekuningan, pekat Dan likat. Ia tak dapat dikeluarkan sepenuhnya hanya melalui pumping atau marmet.

Jika terlalu bergantung kepada pumping Di awal begini, takut akan jadi engorgement atau oversupply pula nanti Dan ibu akan bertambah sakit.

Kolostrum hanya boleh dikeluarkan melalui hisapan bayi yang kuat Dan efektif. Namun, masalah lain boleh terjadi juga jika bayi tidak pandai latching lagi kerana bukaan mulut yang terlalu kecil atas faktor bayi pra matang memang kebiasaannya begini. Lama juga kami berbincang Dan akhirnya saya tidak mahu menambah bebanan rasa ibubapa muda pertama Kali ini. Ikut saja kata Doktor. Insha Allah yang terbaik untuk bayi ini walaupun ia bukan Dari Susu ibu buat sementara waktu.

Dalam masa 24 jam saya dapat calon untuk ibu susuan bayinya. Namun, bila saya bertanyakan kembali, dia mengatakan doktor tidak mengizinkannya. Sekali lagi saya boleh faham mengapa. Pahit bagaimana pun Kita harus telan.

.

Melahirkan bayi pra matang bukanlah kemahuan sesiapapun bergelar ibu Di dunia ini. Ada sebab mengapa Allah mengizinkannya terjadi. Kun, fayakun. Manusia tiada kuasa.

Saya memahami kerisauan itu. Alangkah 4 orang anak saya yang semuanya lahir pada usia baru masuk 36 minggu dan threatened pre term labour pada usia 32 minggu pun macam macam yang perlu dilalui, inikan pula 24 minggu.

Saya berharap agar Kita semua menjadi Salah satu sistem komuniti yang baik dan saling menyokong buat semua ibu bayi pra matang terus kuat melalui hari hari awal bersama bayinya yang sedang berjuang ini. Atau, sekurang-kurangnya staf sokongan penyusuan susu ibu yang berada Di semua hospital awam dapat memandu ibubapa muda bagi kes begini. Jadi, tidaklah mereka terpaksa memanggil kaunselor penyusuan Dari luar.

Berikan kata kata semangat Dan doa buat mereka. Usah ditambah bebanan emosi mereka dengan satu judgement mengenai Susu badannya pada ketika ini dengan memaksa. Pandu Dan berikan penyelesaian.

Tak semua yang Kita rancang akan menjadi.
It's ok mengikut apapun kemampuannya. Tidak perlu push. Diam saja mendengar luahannya juga sudah memadai juga.

Akhirnya, saya percaya masanya akan berlalu pergi. Bayi kecil ini akan membesar dengan segenap kekuatan hati Dan jati diri. Dengan kekuatan Iman dan izin Ilahi semuanya akan baik baik saja nanti. ❤️ Kita Sama Sama doakan untuk mereka.

Nota : Untuk mendapatkan kaunseling penyusuan atau home visit selepas bersalin, boleh terus mendaftar di permatasusuan.com


*Gambar Ihsan Dari Google.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.