Langkau ke kandungan utama

Iradah


"Mak, macamana tsunami tu boleh rosakkan semua yang ada tepi laut?" tanya Fatihah.

"Tsunami tu terjadi sebab gempa bumi berlaku Di tengah lautan selepas berlaku Di daratan. Bila satu tanah ternaik, satu tanah lagi jatuh ke bawah ombak yang besar akan terhasil Dari situ. Impak dia ombak besar akan terjadi Dan menuju ke tepi pantai. Sampai jejak je daratan, ombak tu sapu habis apa yang ada kat situ sampai musnahlah semuanya dibawa air." Gigih mak menerangkan sunnatullah fenomena alam.

"Tapi mak, kenapa Allah nak musnahkan semuanya? Kesian rumah kat tepi tu semua roboh. Habis tu, dia nak duduk kat mana?"

Erk. Soalan budak umur 5 tahun ni memang mengikut logik akal semata. Mujur masa tu mak baru habis mengaji masih ada wudhuk lagi. Minta petunjuk Allah nak jawab soalan ni macamana. Tup tup.. Mak dapat ilham

"Sebab Allah nak beri yang baru yang lebih baik! Macam fahmi main lego. Fahmi buat apa untuk buat binaan Lego yang baru? Fahmi terpaksa musnahkan binaan Lego yang lama kan? Baru fahmi boleh buat binaan baru yang LEBIH baik. Betul tak?"

Semua terdiam. Masih menatap video tsunami berulangkali mendengar suara suara ratapan manusia ketakutan.

"Kenapa bila manusia takut, dia panggil nama Allah?"

"Err.. Sebab masa tu kita takut nak meninggal dunia?" jawab Fathi pula.

"Ya betul. Sebab fitrah manusia akan cari Tuhan masa dia rasa takut je. Dia tahu dia akan balik pada Allah sebab tu dia sebut nama Allah banyak kali sambil menangis. Kalau manusia happy dia akan jerit nama Allah dan menangis macam gitu tak? Itulah fitrah manusia. Allah kan yang ciptakan kita. DIA lagi tahu macamana nak jadikan seseorang dengan LEBIH baik!"

Teringat kata kata ustaz Pahrol yang saya amat setuju ketika mendengar IKIM tempohari.
Segala ujian/musibah yang berlaku Hari ini adalah kerana Allah nak mendidik kita. BUKAN menghukum kita.

Allah arRahmaan arRahiim.

Bahawa pada setiap ujian Allah berupa musibah mahupun kematian sekalipun mempunyai didikan Allah bersamanya. Punya pelajaran yang Allah nak beri.

Ada hikmahnya yang kita tidak mampu menghadaminya sekarang yang kita tak mampu faham kenapa Allah mengizinkannya terjadi.

Allah Maha Berkehendak (Iradah) yang Maha Mengetahui ('ilmun) dengan jalan/Cara yang mana satukah manusia akan kembali kepada fitrahnya Dan akan kembali ke sisi Tuhannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.