Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mengapa saya menulis?

Soalan : Nak tanya k.jah ni.. Apa yg menyebabkn k.jah suka dan tak jemu kongsikan pengalaman dengan orang lain macam dalam fb & blog? Jawapan : Hmm... Berat juga soalan ni. Tak pernah pula terfikir sebelum ni. Hehe.. Semasa anak pertama dahulu, suami akak menyuruh akak meneruskan penulisan di blogspot kerana dia tahu akak ini suka menulis. Semasa itu zaman friendster. Dia khatam semua penulisan di blog friendster akak dulu barulah dia tackle akak.. Hahaha.. Selepas berkahwin, akak terus mahu membina kerjaya dari rumah. Biasanya, orang akan berfikir mahu jual apa yg menguntungkan. Tapi, suami akak suruh akak menulis dalam blog. Tak perlu fikir nak jual apa sangat. Akak cakap, "Siapa yg nak baca tulisan surirumah macam saya?"

Ibrah kisah maryam

Throwback. Setahun yg lalu. Seperti biasa, kesesakan lalulintas setiap petang membolehkan saya menjadi pendengar setia Ikim.fm setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis. Setiap ahad petang jam 6, satu segmen berbahasa inggeris membicarakan satu tajuk yang biasa biasa namun, kupasannya luar biasa! Ilmu baru untuk saya mencerap pengetahuan. Surah Maryam. Biasa dibaca dan pernah mendengar kupasan mengenai surah ini. Sungguh, ilmu Allah maha luas. Kupasan dan sudut pandang berbeza dapat difahami kali ini. 4 perkara utama yang harus dipelajari dari kisah Maryam. Wanita terbaik sepanjang zaman (wanita terpilih melalui ujian sebegini bagi keseluruhan penciptaan manusia). 1. Ada 2 komponen penting dari kisah Maryam yang juga boleh dijadikan asas pendidikan anak anak dan keluarga menjadi insan hebat di dunia juga akhirat. I) Rasa kebergantungan yang tinggi kepada Allah Ta 'ala dan amal ibadahnya. II) Menanamkan sifat kerja sukarelawan (voluntary mission) dalam masyarak...

Marah atau Nasihat?

Dari peti soalan : Salam kak. Saya ibu kpd sepasang anak lelaki dan perempuan. Sy nk tanye mcm mane nk ajar atau marah anak dengan tegas tp bukan menengking? Sebab skrg ni yang saya faham, klo nak tegas dgn anak, kena tinggikn suara, buat muka garang dan cara bercakap seperti marah. Mohon tunjuk ajar puan. Terima kasih banyak2 Jawapan : 'Alaikumussalam puan. Saya juga mengalami situasi yang sama. Anak-anak seringkali tersilap sangka dan saya sendiri kadangkala tersilap berulangkali. Namun, ada beberapa langkah yang saya amalkan. 1. Bezakan antara MARAH dan NASIHAT. 2. Berikan satu simbol yang boleh anak fahami. 3. Sebaiknya kurangkan marah dan menggunakan nada suara sebagai nasihat. 4. Tegas tidak perlu menengking. Saya selalu katakan begini kepada anak-anak.

Kenapa ada orang dapat anak, ada orang tak ada anak?

Soalan KBAT Fathi (6 tahun) pada satu hari. "Mak mak.. Kenapa orang yg dah kawen ada dapat anak, ada yg tak dapat anak?" Fathi tiba-tiba bertanya sebelum tidur semasa sessi "golek golek atas katil". Gulp! Masa nak tidur nilah masa dia nak jadi kritis pula.. . . Sebelum tu, soalannya berbunyi, "Kenapa kita boleh jumpa Allah kat syurga je bukan kat dunia?" . . Beberapa minggu sudah soalan kenapanya berbunyi, "Kenapa anak anak kena binkan dengan abah dia bukan mak dia. Kan mak dia yg keluarkan dia dari perut?" . . Tahun lalu pula soalan asasnya berbunyi, "Macamana anak anak boleh jadi dalam perut mak dia?" 2 dari 3 soalan itu Fathi sudah tahu jawapannya. Hinggalah sekarang bila adiknya pula bertanya dia akan menjawab bagi pihak saya. "Manusia kan dijadikan daripada tanah dan setitis air. Mak ada bacakan masa baca Quran haritu abang dengar." Saya agak terkejut sebenarnya. Kerana jawapan itu bukan jawapan s...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bebelan & akaun emosi

Jika kita biasa mendengar kata-kata daripada Prof. Muhaya, beliau sentiasa mengungkapkan perkataan ini. “Sebelum menegur anak, pastikan akaun emosi anak penuh....” Saya juga pernah mendengar seorang Pakar Emosi Kanak-kanak pernah berkata, “Kita harus pastikan tangki emosi anak berada di tahap yang cukup setiap hari bagi membentuk tingkahlaku yang positif ke atas diri anak-anak.” Lalu, apabila membaca secebis keratan akhbar bertajuk “Ibu kuat berleter, anak lebih berjaya” saya tidak terus memahami kenyataan ini secara satu hala. ****************************** Dahulu, semasa saya kecil saya masih ingat emak saya seorang yang kuat membebel. Namun, pada satu hari semasa saya meningkat remaja, secara tiba-tiba emak menjadi sangat kurang bercakap tetapi hanya tindakannya saja membuatkan saya dan adik-beradik lain “panas” dan takut walaupun emak tidak marah-marah. Contohnya, semasa anak dara dahulu, saya gemar bangun pagi lambat apabila hari cuti. Biasanya, emak akan memb...

Zalora

April 2015 Mendapat "Invitation to collaborate with Zalora Malaysia" membuatkan saya tergamam kerana nama besar ini sudi membaca blog http://khadijahgani.blogspot.com/ Namun begitu, kolaborasi tidak menepati tema blog ini. Kepada semua penggiat/penggemar fesyen bertudung atau menulis blog mengenai fesyen, suka saya mencadangkan untuk berkolaborasi dengan pihak mereka. Ia satu kesempatan yang cerah memandangkan persaingan jualan tudung hari ini sangat meluas. Dalam masa yang sama, saya juga suka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penggiat atau blogger mengenai keibubapaan, pendidikan awal kanak-kanak / surirumah / WAHP / homeschooler. Ia juga satu bidang yang luas lagi menarik untuk dikongsikan bersama. Salam perkenalan!