Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pembentukan emosi anak-anak.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10152241032922745&l=4000282164337073015 Beginilah keadaannya tiap kali kami sekeluarga di dalam kereta. Kebiasaanya kami mendengar ceramah agama Ustaz Nouman Ali Khan atau apa jua jenis kelas agama yg di download Tuan Suami. Kebanyakan masa pula apabila masuk saja kereta Fathi dan Fatihah dengan sendirinya akan pasangkan sendiri cd orang mengaji. Hingga ada sekali abahnya mahu layan sekejap lagu Jamal Abdillah pun dibantutkan oleh Fathi. Katanya mahu dengar orang mengaji. Sudah lebih setahun juga kami bersama amalan ini. Sebelum ini kami banyak mendengar Ikim.fm. Sekarang, ikim pun tak sempat kami dengar. Apalagi saluran radio lain sudah lama ditinggalkan. Saya mendapati sesuatu dalam sahsiah diri anak anak saya. Mereka sangat mudah berkompromi dan dibawa berbincang. Jiwanya menjadi besar. Mengapa saya katakan jiwanya besar?

Mendorong anak cilik suka bertudung.

Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung. Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung! Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) : 1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.

Hak anak luar nikah.

Soalan : Tanpa Nama berkata... Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya...

Ajar anak sabar dan tidak membazir.

Setiap kali anak-anak meminta sesuatu dan mereka bersetuju untuk bersabar saya akan menegaskan kembali pelajaran yg mereka perolehi. "Mak tak tipu kan? Bila kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak lagi. Asalkan kita sabar dulu. Sedap tak aiskrim ni?" "Kita kena makan sampai habis. Tak baik membazir. Allah tak suka orang yg membazir." "Kalau kita nak apa-apa, kita kena cakap-cakap (doa) pada Allah. Allah akan bagi apa yg kita minta kalau kita bersabar." Mereka faham dan angguk. Ini antara dialog yg selalu gunakan malah kerap saya ulang-ulang beribu kali setiap kali ada 'isu' di antara anak-anak apabila mereka mula menangis atau membuat 'perangai'.

Anak rambang mata.

Fatihah (3 tahun) sangat 'rambang mata' seperti saya..hehe.. Setiap kali ke kedai, dia akan minta air kotak atau aiskrim. Setiap kali lalu tepi taman, dia mahu main di taman tak kira waktu. Setiap kali lalu depan Jusco, dia merengek mahu pergi Jusco. Berhenti di stesen minyak, mahu air kotak. Semuanya dia nak. Kalau ikutkan anak, memang tak ke manalah kami anak beranak. Apa erti keluarga jika selepas berkahwin dan punya anak, anak-anak dilihat sebagai suatu 'yg memalukan dan bebanan' hanya kerana mereka sentiasa bising mahu itu dan ini? Semalam, semasa abahnya berhenti di kedai membeli barang dapur dia menangis dalam kereta mahu ikut beli air kotak. Dan seperti biasa saya diamkan saja dahulu. Oleh kerana ini sudah entah ke berapa juta kali dia merengek sebegitu saya sudah jadi lali. Biasanya kalau kedua-duanya merengek sebegitu saya akan cari fokus lain di luar kereta (jauh dari kedai) dengan bertanya macam-macam tentang permainan kesukaan mereka atau 'd...

Memperkenalkan Halal kepada anak kecil.

Tiap kali ke pasaraya, Fathi (4 tahun) dan Fatihah (3 tahun) akan mengambil satu makanan dan bertanya, "Mak, ni boleh makan tak? Ada halal tak?" (Berbeza dengan tahun lepas, tiba-tiba saja ada makanan yg 'tak dikenalpasti' wujud dalam troli. hehe..) Dan saya akan mengambilnya sambil membelek-belek kiri kanan depan belakang. Biasanya, jika tiada Halal saya akan berkata, "Oh, takde la Tiha. Ambil makanan lain. Tengok ada Halal ke tak?" Atau jika ianya makanan merapu yg tidak berkhasiat walaupun ada Halal, saya akan berkata, "Yg ni ada halal tapi tak bagus. Wek! Kalau makan sakit perut." Kemudian, Fatihah akan merungut nak jugak sambil menghentak-hentak kakinya dan mula membuat muka. Lalu, si abang Fathi akan memulakan 'bicara'nya sambil saya terkebil-kebil mata di tepi troli.

Isu hamil luar nikah.

Saya menerima satu perkongsian daripada seorang sahabat. Berikutan saya agak kerap berkongsi soalan-soalan yg singgah dalam blog saya mengenai kes anak luar nikah, beliau terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini. Dari peti soalan : Sekadar  berkongsi Salam... Mohon pencerahan: TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JaNGan TERUSAN DLM KEJAHILAN. Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini...