Langkau ke kandungan utama

Pembentukan emosi anak-anak.


https://www.facebook.com/photo.php?v=10152241032922745&l=4000282164337073015

Beginilah keadaannya tiap kali kami sekeluarga di dalam kereta. Kebiasaanya kami mendengar ceramah agama Ustaz Nouman Ali Khan atau apa jua jenis kelas agama yg di download Tuan Suami. Kebanyakan masa pula apabila masuk saja kereta Fathi dan Fatihah dengan sendirinya akan pasangkan sendiri cd orang mengaji.

Hingga ada sekali abahnya mahu layan sekejap lagu Jamal Abdillah pun dibantutkan oleh Fathi. Katanya mahu dengar orang mengaji.

Sudah lebih setahun juga kami bersama amalan ini. Sebelum ini kami banyak mendengar Ikim.fm. Sekarang, ikim pun tak sempat kami dengar. Apalagi saluran radio lain sudah lama ditinggalkan.

Saya mendapati sesuatu dalam sahsiah diri anak anak saya.

Mereka sangat mudah berkompromi dan dibawa berbincang. Jiwanya menjadi besar.

Mengapa saya katakan jiwanya besar?



Mereka berdua tidak lagi bergaduh teruk seperti dulu. Duduk di dalam kereta sangat berdisiplin. Mereka juga tidak lagi mengamuk tak tentu pasal. Langsung sudah hilang masalah Tantrum. Tiada lagi drama tanpa diduga seperti dulu.

Ada sekali di sekolah fathi (5tahun) bercerita. Semasa dia sedang membuat jambatan panjang dengan lego semasa rehat, seorang kawannya datang dan mengambil legonya. Dia tak dapat habiskan buat jambatan itu. Lepas itu, katanya dia pergi ke tempat lain saja dan bermain bersama kawan yg lain.

Semalam, jarinya bengkak berdarah akibat tersepit di pintu kerana kawannya bermain pintu. Cikgunya menangis memohon maaf. Tapi cikgunya berkata Fathi tak menangis. Cuma airmatanya saja yg menjejes keluar.

Saya bertanya kepada Fathi, katanya "Abang tahan sakit lepastu abang tahan nangis. Tapi abang tak tau airmata abang asik keluar aje!"

Huhu... Emaknya pula rasa nak menangis!

Hari ini cikgu besar berikan cuti untuknya. Tapi fathi tetap mahu ke sekolah juga. Katanya hari ini ada peperiksaan dan mahu tulis betul betul walau dapat guna hanya sebelah tangan.

Allahu akbar.

Saya dapat merasakan yg anak kecil ini sedang membina satu 'bekas yg besar' dalam jiwanya. Tak kira apa jua yg terkena pada dirinya, dia tidak ambil hati (kecuali dengan saya sendiri hehe).

Untuk membentuk jiwa anak menjadi besar, sogokkan pendengarannya dengan bacaan al Quran bermula sejak kecil. Walaupun anak kecil ini tidak dapat memahami lagi tapi rohnya sudah dapat memahaminya.

Roh setiap manusia itu sangat kenal kata kata Penciptanya.

Hanya dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.

Apabila sudah ada ketenangan, timbul keheningan. Dengan itu, anak dapat fokus. Melalui fokus barulah anak berupaya bertingkahlaku yg sebaiknya. Masalah tantrum dapat dikurangkan. Insha Allah.

#didikanakberjiwabesar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...