Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...

Anak makan berjalan?

Soalan : Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r.anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun.. Jawapan : Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi.. Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada. Apa yg perlu hanyalah pantauan dan sedikit kawalan daripada kita supaya mereka tidak berlari / berjalan ke tengah jalanraya yg sesak atau...

Anak bergaduh

Dari peti soalan : Assalamaualaikum.. puan , bila baca kisah puan n anak-anak.. rasanya saya perlu bertanya dari pengalaman dan ilmu puan yg ada anak sampai 4 orang.... dulu saya suka menulis blog tentang kami anak beranak.. time tu dugaan menjadi ibu tak seteruk sekarang... saya ada sepasang anak... bila anak kedua lahir ( mulanya ok)... tapi bila yang kedua semakin membersar ( mereka kerap bergaduh ... kadang-kadang bila ada sedara datang pun mereka bergaduh teruk ( si adik  kacau abang)... kemuadian si abang naik marah n sebaliknya( sejak tu saya cepat naik marah... dulu tak seteruk sekarang rasanya.....ada saja benda yang mereka nak gaduhkan dan sama seperti puan saya tak suka nak marah ( sebb tau salah ).... saya tertekan sendiri.... macamana agaknya saya nak redakan pergaduhan mereka dgn cara yang betul? harap puan dapat memberi sedikit tunjuk ajar dari pgalaman puan. Jawapan : Waalaikumussalam puan yg dirahmati Allah. Anak-anak memang begitu. Jika berdua meman...

Cabaran bekerja di luar atau menjadi surirumah?

Dari peti soalan : Assalamualaikum puan saya N,umur 25 tahun.  saya baru mendirikan rumah tangga selama empat bulan. saya ada satu masalah dan harapnya puan dapat memberikan pandangan kepada masalah saya. selepas berkahwin, saya terus mengikut suami berpindah ke Kuantan,Pahang dan tinggal bersama mertua,sehingga sekarang.Alhamdulillah belum ada masalah besar atau perselisihan faham yang besar antara saya dan mertua.hanya kecil hati yang dianggap biasa,tidak disimpan dalam hati. 3 minggu pertama selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa.  cukup sebulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja dan masih bekerja hingga hari ni. masalah di tempat kerja ialah apabila saya seorang sahaja perempuan muslim dan di department saya, hanya saya seorang beragama Islam.  yang lainnya ialah bangsa Cina.  sejak hari pertama saya masuk kerja, tiada kerjasama yang diberikan kepada saya.  semuanya task kerja dibuat dengan usaha sendiri. jika diminta tunju...

Bahagia

Dari peti soalan : Assalamualikum kak khadijah. Sy mengenali akak melalui blog akak dr hasil carian google "anak lahir rapat". Sy sering menggali ilmu dalam mendidik dn menjaga anak2.sy sedar mengasuh anak amat sukar dari melahirkan anak. Sy sedar sy yg btanggungjawab utk mencorak dan membentuk peribadi anak2. Namun sy jg sedar akan kelemahan diri. Sy seorang yg cepat marah, panas baran, rendah diri, cpt kecewa dan mudah trsinggung. Ini adalah hasil dari cara sy dibesarkan. Ini hasil dari persekitaran dan zaman kanak2 sy yg kurang perhatian mandangkan sy kematian ayah ketika dlm kandungan 8 bulan.stlh itu ibu kwin lain dgn ayah yg menpunyai keluarga yg besar namun tiada masa utk ank2 sendiri apatahlagi dgn anak tiri iaitu sy. Tmbahan ibu pula sibuk dgn khidupan sosialnya yg sring meletakkan sy di bawah jagaan penjaga. Ditmbah lg dgn adik bradik tiri yg mencemuh dn memulaukan sy krn hadir dlm keluarga mrk dn mnumpah ayah mereka juga mengejek2 sy tiada ayah solah2 ia ...

16 Mei

Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tersayang, Mohd. Kamal bin Mustafa. Segala puji hanya kepada Allah! Alhamdulillah... Dikurniakan 3 orang anak yang baik dan rajin menolong saya mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju, menyapu sampah termasuk melipat baju dan meletak baju masing-masing di dalam laci baju sendiri. Inilah harta yang saya ada - Fathi 4 tahun, Fatihah masuk 3 tahun bulan depan dan Fahmi 3 bulan. Fahmi pula tidak banyak kerenah. Sangat mudah menjaganya. Malam hari hanya sekali saja dia bangun dan menyusu kemudian terus saya terbangun untuk bersolat subuh. (Sebenarnya, emaknya yang tidur tak sedar-sedar haha).. Apabila Fahmi sudah 3 bulan ini barulah saya boleh meneruskan aktiviti saya memasak kek atau pencuci mulut seperti biasa untuk dihantar ke kedai. Inilah sumber pencarian kecil-kecilan saya. Masih merangkak-rangkak kerana ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. Selalunya, terpaksa juga 'berperang' dengan anak-anak untuk me...

Mendorong anak rajin belajar

Dari peti soalan : Bagaimanakah cara untuk mendorong anak berfikir sendiri semasa mereka sedang menyiapkan tugasan sekolah (homework) ? Semoga Puan boleh share tips2 yang boleh saya aplikasikan kepada anak saya... Terima kasih.... Jawapan : Hmm, soalan ni agak susah sebenarnya hehe... Sebab anak sulung saya baru nak masuk 4 tahun. Anak kedua pula masih 2 tahun setengah. Tapi kami ada juga main 'buat kerja sekolah'. Siapa yg siapkan 'kerja sekolah' a.k.a contengan sesuka hatinya penuh 1 mukasurat, saya akan beri dia cop warna-warni 30 markah beserta bintang2 yg bertaburan di dalam bukunya..hehe.. Hasilnya, setiap hari tanpa disuruh pun dia yg cakap mahu 'buat kerja sekolah'.. Pagi ini dia sudah menulis Alif Ba Ta dengan sendiri untuk pertama kalinya hingga buatkan saya terharu!huhu...