Dari peti soalan :
Membaca cerita puan mengingatkan saya yang pernah satu masa dahulu mempunyai perasaan yang sama dengan puan. Inilah tujuan saya ingin berkongsi di sini supaya dapat memahamkan masyarakat bahawa tugas seorang surirumah itu sama saja seperti kerjaya lain. Ada cabaran, ada kekangan, ada emosi. Bukan hanya boleh duduk seronok golek-golek dengan anak dan goyang kaki di rumah. Ini hanya boleh dirasai apabila seseorang masuk tahun ke 2 atau tahun ke 3 secara sepenuh masa sebagai surirumah. Ia adalah kerjaya yang harus dipandang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kerjaya profesional yang lain.
Satu masa dahulu, saya juga mengalami tekanan apabila tiada 'kehidupan sosial' di luar bersama kawan-kawan. Biasalah, selepas berkahwin semua orang pun akan sibuk dengan keluarga masing-masing. Maksud saya, tiada masa untuk diri kita sendiri keluar dan berjalan-jalan melepaskan lelah sebentar walau hanya 1 jam saja duduk bersenggang bersama kawan-kawan bertanya khabar dan bertukar cerita serta buah fikiran.
Bak kata emak saya yang sudah 36 tahun menjadi surirumah, "Orang yang duduk rumah ni boleh beku otak dan sampai satu masa boleh jadi nyanyuk kalau tak dapat kawan berbual. Sekali sekala kena keluar cari kawan untuk berbual-bual".
Sebagai alternatif, saya juga terpaksa mencari hubungan sosial secara maya di internet. Jika membaca tulisan saya sebelum ini tentang Surirumah Mukmin Profesional juga saya ada nyatakan bahawa kehidupan sosial saya hanyalah melalui blog dan FB sahaja. Dari situ sajalah saya dapat berinteraksi dengan orang lain dan 'terbuka fikiran' mengenai perkara lain di luar rumah.
Walaupun begitu, itu tak bermakna kita boleh dan sempat untuk online di setiap masa. Hanya setelah segala keperluan dan kehendak anak-anak sudah selesai, anak kecil sudah tidur, rumah sudah terurus barulah ada masa untuk diri sendiri. Seperti saya sendiri tidak sempat untuk membaca Newsfeed langsung. Sudah lama juga tidak dapat update blog. Hanya sempat update status seberapa cepat yang boleh sahaja. Kerana itu saya aktif hanya di FB.
Apabila kita online semasa suami ada di depan mata dan anak-anak tidak tidur, kita akan cepat leka. Tanpa sedar, kita mengabaikan 'kebahagiaan' di hadapan mata kita sendiri kerana kealpaan kita asyik menyiapkan kerja sendiri.
Inilah puncanya kenapa satu masa dulu suami saya juga terasa dengan saya kerana tidak berbual dengannya. Saya pula jenis tekun jika membuat satu-satu kerja hinggakan anak-anak bising, suami lapar pun saya tidak tahu. Hanya duduk dapur menyudahkan tempahan Durian Crepe yang sangat lumayan (Moga Allah ampunkan kejahilan dan kealpaan saya dahulu)..
Seperkara lagi, apabila menjadi surirumah ni pergi ke mana-mana saja haruslah membawa kesemua sekali anak yang ada. Tiada orang yang boleh kita tumpangkan sebentar. Kalau ingin ke kedai membeli ikan sekalipun ketiga-tiga sekalilah anak yang harus dibawa seorang diri.
Bagi saya, surirumah juga adalah wanita yang 'independent' secara tugasan dan kehidupan sosial. Ramai yang hanya nampak wanita bekerjaya luar rumah sahaja sebagai wanita 'independent'. Namun, itu secara ekonomi. Mungkin boleh jadi secara tugasan juga. Namun, kehidupan sosialnya masih 'bernafas'. Masih ada teman berbual, bertukar pengalaman dan emosi.
Inilah cabaran terbesar yang harus dihadapi dalam kerjaya surirumah. Tidak sama apabila kita berbual dengan pasangan hidup kita dengan kawan-kawan yang kita percayai.
Kerana itulah saya berblog. Melepaskan emosi dalam keadaan yang terkawal. Pada awal dahulu, tulisan dan perkataan yang saya gunakan agak carca marba. Saya menulis hanya mengikut perasaan sahaja. Saya berkata, ada ke orang nak baca blog saya yang tak glamor ni? Siapa saya orang nak dengar cakap, hanya surirumah yang biasa dipandang masyarakat sebagai kerjaya yang rendah dan tiada pendidikan tinggi. Tahapnya hanya duduk di dapur saja. Hehe..
Tahun demi tahun saya menulis dan berkongsi pelbagai input yang baik. Sampaikan satu hari jika saya tidak berkongsi satu perkara yang baik, saya menjadi serba kekurangan.. Lalu saya berfikir untuk memberi sumbangan kepada masyarakat pula. Tapi, bagaimanakah caranya?
Saya membuat keputusan mengajar mengaji. Niat saya supaya rumah saya ini setiap hari ada bunyi-bunyian ayat al-Quran (walaupun setiap hari saya membaca al-Quran) tapi saya perlukan lebih. Mahukan malaikat turun berbondong-bondong datang menerangi rumah ini supaya lebih banyak ketenangan yang datang sekali.
Sekaligus ini membawa saya ke satu lagi profesion yang baru. Mengajar mengaji anak-anak jiran banyak mengajar saya membetuli diri dan beroleh satu perspektif baru dalam kehidupan dalam mendidik anak-anak. Dari sini, saya bertemu Hidayah Allah, bertemu kebahagiaan saya bersama anak-anak orang lain pula. Boleh baca di sini.
BAHAGIA
Semua orang mahu bahagia dengan hidup yang mereka pilih sendiri. Bukan ditentukan oleh orang lain. Dan bukan kerana orang lain yang menentukan bahagianya kita.
Bagi saya pula, bahagia itu subjektif. Sangat subjektif. Setengah orang duit bukan kebahagiaan yang dicari kerana dia sudah punya banyak duit tapi masih belum bahagia.
Setengah orang pula, duit adalah kebahagiaannya kerana setiap bulan sering saja terpaksa ikat perut hingga terpaksa mencatu makanan anak-anak. Melihat anak-anak dapat makan apa saja secukupnya, dan dapat membelika keperluan orang-orang yang disayanginya, padanya di situlah bahagia.
Kerana itu, bahagia tidak boleh diukur dengan membandingkan diri sendiri dengan orang lain apatah lagi keluarga orang lain. Tiada definisi tetap apa itu bahagia pada seorang individu dari individu yang lain.
Kehidupan kita, bahagia yang bagaimana kita cari, itulah dinamakan fokus dalam rumahtangga yang sedang kita layari. Setiap orang juga setiap rumahtangga ada fokus yang berbeza.
KOMUNIKASI
Dalam melayari bahtera besar bersama-sama anak-anak kapal memerlukan seorang ketua yang tetap pendiriannya supaya kapal tidak hanyut dibawa arus deras. Paling tidak pun, perlunya kepada kerjasama berkumpulan antara ketua, penolong ketua serta anak kapal yang lain. Kapal tidak akan dapat belayar dengan baik tanpa usahasama berkumpulan.
Kerana itu, komunikasi sangat penting di tengah arus kuat di tengah laut melanda. Seringkali, kita gagal mendengar dengan baik seterusnya memahami arahan si ketua dek kerana angin kencang akibat kapal yang sedang belayar di tengah laut. Ketika itu, adakah sepatutnya kita menyalahkan ketua kerana tidak dapat mendengar arahan daripadanya dengan baik? Atau kita boleh menyuruh angin supaya berhenti bertiup supaya kita dapat mendengar dan memahami arahan ketua kita dengan baik?
Maksud saya di sini, selagi kita mencari faktor luar (selain diri kita) yang berada di luar kawalan hidup kita sebagai penyebab kita tidak boleh menemui kebahagiaan, selagi itu kita akan terperangkap di dalam arus yang sama buat selama-lamanya.
Apabila kita mencari salah dan sering mengenangkan faktor luar yang bukan dalam kawalan kita, selagi itulah kita akan penat kerana cuba bertahan walau kita rasa sudah banyak usaha yang kita lakukan.
Suami kita atau pasangan hidup kita bukanlah di dalam kawalan kita. Sebenarnya, walaupun kita berkahwin dengan orang yang kita suka bukan bermaksud orang itu orang tawanan kita yang boleh dikawal dan boleh diberi arahan sesuka hati. Dia tetap manusia asing yang harus kita kenal sekali lagi walau ia memakan masa yang lama sebelum berkahwin sekalipun semata-mata untuk mengenali dirinya.
Kenal sebelum kahwin bukan semestinya menjadikan kita sudah cukup kenal luar dan dalamnya yang sama selepas kahwin.
Hakikatnya, pasangan hidup kita dalam kawalan Allah 'Azza Wajalla.
BERUBAH
Bagaimana untuk mengubah pasangan kita supaya kita akan sama turut berubah seterusnya kata sepakat dapat dicapai bagi memudahkan urusan kebahagiaan dapat masuk ke dalam rumah kita?
Persepsi ini sendiri yang harus diubah.
Kita selama-lamanya takkan boleh mengubah orang lain kecuali kita sendiri yang berubah terlebih dahulu.
Kita sudah cukup berubahkah?
Kita sudah cukup ilmukah?
Menyatakan banyak perubahan diri kita tidak dihargai apatah lagi dapat disedari pasangan kita samalah sepertinya kita menyatakan bahawa kita sudah cukup ilmu dan dialah yang tidak cukup ilmu.
Saya suka mendengar Ustaz Amin dalam Ikim setiap Isnin pagi jam 10. Siaran ulangannya pada hari Sabtu jika tak silap. Ustaz Amin banyak berkongsi tentang komunikasi rumahtangga.
Menurut beliau, percaya atau tidak, kebahagiaan bagi sesetengah lelaki adalah pada air kopi yang diminumnya. Apabila dia pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja termasuk dimarahi bos atau rakan sekerja, si isteri menyambut dengan tanpa senyuman dan terus menyuruhnya pergi ke kedai membelikan minyak yang sudah kehabisan. Siap membebel jika tiada minyak tak makan malamlah kita malam ini. Setelah dibeli, terus si isteri tinggalkan si suami duduk seorang diri di atas kerusi dan si isteri sambung memasak dan layan anak-anak yang menangis.
Pada si suami, dia hanya perlukan senyuman dari si isteri setelah sehari dimarah teruk di pejabat kalaupun si isteri tak pernah bertanya bagaimana keadaannya di pejabat. Malah, dia sebenarnya hanya perlukan secawan kopi saja untuk membasahkan tekak yang kering.. Namun itu semua tidak pernah dia dapat.
Di pejabat pula ada seorang pekerja baru. Pembancuh kopi. Kerjanya hanya membersihkan pejabat dan membancuh kopi saja. Setiap hari sampai pejabat, si suami dapat secawan kopi. Dengan bertenaga dia dapat bekerja!
Akhirnya, si suami berkahwin yang kedua hanya dengan pembancuh kopi. Kerana padanya di situlah dia menemukan kebahagiaannya.
Cerita Ustaz Amin ini membuatkan saya juga muhasabah diri semula. Saya juga bukan sempurna dan saya bukanlah seorang isteri yang boleh dicontohi apalagi mendapat seorang suami yang cukup memahami.
Setiap daripada kita tak lepas dari berbuat silap. Malah tak menyedari kesilapan kita. Kesilapan itu berpunca kerana kita tidak tahu. Banyak lagi yang saya belajar apabila mendengar slot Ustaz Amin.
Menurut beliau lagi, dari secawan kopi sahaja sebenarnya boleh meleret menjadi perbalahan yang lebih besar dalam rumahtangga. Ia dinamakan 'komunikasi berlubang'. Berpunca daripada sebab lain yang kecil saja tapi habis semua makanan yang dimasak tak sedap, minuman yang diminum terasa pahit, pasangan yang cantik jadi hodoh. Punca sebenar bukan makanan atau minuman atau pasangan itu sendiri. Ada sebab lain yang perlu diteliti semula bersama.
Seorang suami yang baik tidak akan mengabaikan makan minum anak isterinya. Yang menjadi kesalahan pada isterinya hanyalah kerana dia tidak melayan kita melalui kerja-kerja di rumah. Walhal, tidaklah kita ketahui samada dia mempunyai kerja yang banyak di pejabat, punya masalah yang kronik di pejabat atau gaji yang tak naik-naik berbanding teman sekerja yang lain. Kita tak pernah bertanya.
Atas sebab itu, si suami mencari jalan lain untuk meluahkan rasa tekanan kerjayanya kepada kawan-kawannya. Ini adalah lumrah setiap lelaki.
Menurut Ustaz Amin lagi, adalah normal bagi seorang perempuan apabila sudah berkahwin, lebih suka duduk di rumah mengurus keperluan suami dan anak-anak. Namun, jangan terkejut. Adalah normal bagi seorang lelaki walaupun sesudah berkahwin keluar malam berjumpa kawan-kawan lama minum teh dan berborak dalam masa yang agak lama. Itu adalah keperluan seorang lelaki. Sebagai isteri, jangan ada pandangan tidak baik kepada suami. Berikan sedikit kebebasan kepadanya kerana jika tidak seorang lelaki akan memberontak dan inilah boleh jadi pencetus kepada perbalahan rumahtangga yang lebih besar.
Pada seorang lelaki, isteri adalah seorang isteri. Lain perasaannya jika berbual dengan isteri dan kawan-kawan lelakinya.
Seek to understand first then to be understood.
ANAK
Apabila kita sudah punya anak, sudah tentulah banyak masa tumpuan diberikan ke atas anak yang kecil. Apalagi dapat anak-anak. Sebahagian malah lebih banyak masa kita diberikan buat si anak-anak atas sebab didikan yang eksklusif yang perlu diberi kepada mereka sejak kecil lagi.
Suka atau tidak, sebenarnya di sinilah kebanyakan suami terasa diri dijauhi oleh kita isterinya. Benar. Pasangan kita bukan tidak sayang dan suka pada anak sendiri, tapi cara kita yang terlampau memberi tumpuan kepada anak-anak membuatkan suami seperti tidak diperlukan lagi. Walaupun kita sudah memasak sehabis sedap dan mengemas rumah termasuk membasuh, melipat, menyerika cantik baju dan seluarnya, itu belum cukup lagi padanya.
Ya, bagaimana kita seorang diri mampu membahagikan masa dan diri kita kepada pasangan, anak atau anak-anak?
Itulah ajaibnya dan kuasanya menjadi seorang wanita! Semua orang memerlukan kasih sayang seorang wanita dalam dunia ini. Kita terpaksa akur kepadanya. Hakikatnya, kita juga memerlukan kasih sayang seorang lelaki dan juga seorang anak.
Kerana itu, apabila sepasang suami isteri yang masih belum dikurniakan anak, jangan risau dan terburu-buru. Itu tandanya Allah sedang memberi peluang kepada pasangan tersebut supaya bersabar dan mantapkan dahulu sistem komunikasi antara suami isteri terlebih dahulu. Apabila sudah ada anak saja keadaan rumahtangga boleh menjadi tunggang terbalik jika pasangan tidak dapat mengurusnya dengan baik melalui komunikasi yang baik.
Pengagihan tugas dan kasih sayang sangat penting. Sesetengah suami mahu buat sesuatu dan didik anak-anak sendiri juga, cuma tidak tahu bagaimanakah caranya. Apalagi melihat si isteri tangkas menyempurnakan tugasan dengan baik, maka dia lebih suka melihat saja kerana percaya si isteri melakukannya dengan baik berbanding dirinya sendiri.
Apalagi jika pasangan kita itu tidak pernah dilatih membuat kerja rumah sejak kecil (tipikal lelaki Melayu terakhir) maka, memang dia tidak akan memahami kehendak dan keperluan kita sebagai isteri yang memerlukan kerjasamanya untuk bantu kita membuat sendiri kerja-kerja rumah tanpa disuruh.
Sebenarnya, kita boleh meminta kerjasama daripadanya seperti minta tolong menukar pampers anak, mandikan anak, cebokkan anak apabila berak, dan macam-macam lagi dalam kapasiti dia boleh buat. Walaupun semasa itu kita boleh buat tapi cari alasan lain supaya dia terpaksa buat (dalam niat kita supaya dia belajar buat). Jika tak tahu, kita tunjukkan bagaimana.
Selepas itu, perlahan-lahan suruh pula suami terlibat dalam proses yang mudah seperti tolong membasuh baju (masukkan baju dalam mesin dan tekan saja mesin basuh automatik itu), menyidai dan mengangkat baju. Kita pula melaksanakan proses melipat, menyeterika dan meletakkan baju di dalam almari. Kerjasama. Boleh juga dibuat sebaliknya.
Sudah cukup baik juga jika suami boleh tolong memasak sekali sekala. Itu memang cukup baik! Asalkan saja tidak melibatkan kekasaran dalam rumahtangga, seteruk mana pasangan kita itu, terimalah seadanya dia.
Keadaan ini akan nampak seperti si isteri sangat 'bossy' menyuruh suami membuat itu dan ini di mata orang lain (apalagi ibu mertua), namun sebenarnya ini sajalah caranya kerjasama dapat dipupuk dalam rumahtangga kita. Namun, berpadalah..
Apabila kita saja kelihatan selesa membuat kerja rumah kita sendiri termasuk menyelesaikan anak-anak (selagi kita boleh buat sendiri, kita seorang yang buat) maka, isyarat yang diterima suami adalah 'isteri saya boleh menyelesaikannya tanpa saya'. Walhal, isyarat begini adalah berlawanan dan menyalahi prinsip semangat berkumpulan.
Begitu juga halnya dalam merancang anak. Sebaik-baiknya jarak anak-anak adalah 2-3 tahun. Ada kaedah-kaedah tertentu untuk menjarakkan kehamilan. Terpulang pada budi bicara pasangan masing-masing. Berbincang secara rasional supaya anak-anak mendapat perhatian dan didikan yang baik dari keduanya. Bukan salah seorang saja daripadanya. Namun, apabila kehamilan tetap terjadi dalam jarak setahun, lebih banyak kefahaman dan kerjasama diperlukan bagi kedua-dua pihak. Banyak pengorbanan, emosi, kasih sayang dan kebijaksanaan yang perlu ada dalam proses membesarkan anak yang rapat.
Apalagi di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipersoalkan tentang tanggungan di bawahnya. Selagi mereka tidak 'lepas' selagi itu seorang suami/bapa akan terus tergantung amalannya.
MASA SILAM
Jika kita dapat menulusuri sirah Rasul Sallallhu 'alaihi wasallam, baginda juga mempunyai sejarah silam yang menyedihkan dan pahit semasa kecil. Namun, baginda tidak pernah sesekali terkenang-kenang dan bercerita berulangkali kepada para sahabah. Pernahkah kita mendengar hadtih yang menceritakan tentang kesedihan dan kepayahan yang dialami baginda pada masa silam? Kita hanya mengetahuinya apabila membaca sirah baginda. Ada banyak emosi juga yang baginda lalui semasa kecilnya. Tapi tentu sajalah keadaan dan situasinya berbeza daripada kita semua. Namun, ianya tetap melibatkan emosi tidak bahagia dan sedih.
Masa silam memang mencorakkan siapa kita hari ini. Malah, tiada masa silam, tiadalah kita hari ini. Namun, masa silam adalah satu-satu perkara yang terlalu jauuuuuhhhh untuk diubah dan boleh berubah.
Apa yang penting setelah berkahwin adalah meninggalkan masa silam dan cerita yang sedih. Apalagi masa silam yang pahit, gelap dan penuh dosa.
Setiap hari kita adalah manusia baru. Dengan berjuta-juta sel dan saraf baru yang terbina kita sebenarnya adalah seorang yang baharu setiap hari. Kita mampu mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang diidami itu dengan sel dan tisu baharu yang terbina dalam badan kita. Itulah sebab utamanya Allah menjadikan kita sebegitu rupa supaya kita terus melangkah ke hadapan bukan dengan meratapi dan menangisi apa yang sudah berlaku di belakang dahulu.
Simpati saya ke atas puan tetap ada kerana ibubapa kita di luar bidang kuasa kita. Kita tak boleh memilih siapa ibubapa kita. Allah yang menetapkannya sebegitu. Namun, yang buruk tidak selamanya buruk. Sampai satu ketika manusia berubah.
Buruk manapun dia, kita hidup hari ini kerana kita keluar melalui tubuh badannya. Kerana itu perlunya kita berbaik sangka dan selalu mendoakan walaupun orang itu adalah orang yang kita benci seumur hidup kita.
Hidayah Allah itu luas. Ia boleh datang bila-bila masa. Tak kira usia, tak kira dosa yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu.
Memaafkan walaupun tidak boleh melupakan adalah usaha kecil yang mampu merubah segala-galanya dalam hidup kita.
Lupakan dendam lama. Maafkan mereka. Berbuat baik kepada orangtua tak kiralah hingga dia mahu menikam kita dari hadapan sekalipun. Buat baik kepadanya dan orang di sekelilingnya.
Kerana itu di dalam al-Quran, Allah menyuruh kita berbuat baik kepada ibubapa dan bukannya menyayangi ibubapa. Kerana Allah Maha Tahu bahawa tidak semua anak-anak yang mampu menyayangi ibubapa mereka sendiri. Allah Maha Tahu!
SEORANG IBU
Walaupun kita tak boleh dan tak mampu menyayangi seseorang bergelar ibu (tidak seperti orang lain), namun menjadi tuntutan agama untuk kita berbuat baik kepadanya. Walau sejahat dan seteruk mana sekalipun seorang ibu, dia masih ada lagi parut melahirkan kita. Dan apabila sekarang kita menjadi ibu dan sudah banyak parut melahirkan si kecil, kita seharusnya dapat menyelami bagaimana perasaan itu ketika parut masih belum berjahit.
Dalam hidup ini, Allah memberikan jodoh dan pertemuan bukan mengikut kemahuan kita tapi ia adalah keperluan kita.
Sudah pastinya ia berbeza antara satu sama lain. Jangan sesekali membandingkan kita dengan orang lain yang akhirnya ia di akhiri dengan soalan 'kenapa'.
Saya berpegang bahawa hidup yang berkat dan mampu bahagia itu hanya apabila seseorang beroleh doa dari ibunya. Kadangkala, seorang ibu boleh merasakan anaknya dalam kesusahan lalu dia berdoa dari jauh. Walaupun sudah lama tidak berjumpa.
Doa inilah yang menyuluh kita kembali kepada jalan yang lurus.
Bayangkan sahaja jika kita sendiri sebagai ibu tidak mendoakan anak-anak yang kita lahirkan ini?
Bagaimana jika ibu sendiri yang tidak mahu memaafkan dan mendoakan kita?
AJAIBNYA DOA
Apabila kita mendoakan orang lain, malaikat akan menulis dan berdoa yang serupa ke atas diri kita. Inilah rahsia doa. Semakin banyak kita mendoakan orang lain, semakin banyak doa malaikat yang tidak pernah membuat dosa itu makbul untuk diri kita.
Mendoakan sesuatu yang buruk kepada orang lain, samalah juga seperti mendoakan yang buruk ke atas diri kita sendiri. Apalagi apabila kita tidak berdoa langsung?
Berbuat baik walaupun dihina, dimaki dan dibunuh sekalipun. Alangkah indah jika kita masih boleh tersenyum kepada orang yang menzalimi kita? Kerana kita sedang menghidupkan sunnah Rasul yang kita cintai.
Doakan suami dan anak-anak supaya mereka dapat memahami jiwa dan perasaan kita walaupun ia tak pernah diucapkan secara zahir. Ajaibnya doa, apabila kita mendoakan seseorang dari jauh, apabila ada perkara yang mahu kita ucapkan dan sampaikan kepadanya, dia akan dapat tahu dan memahaminya dari orang lain. Yang akhirnya membuatkan dia terfikir sendiri seterusnya ada kemahuan untuk berubah. Kadangkala, tidak semua harus kita ucapkan. Sesetengah orang lebih berkesan atas ucapan dan perkataan orang lain. Akan ada orang lain yang menyedarkannya dan menyampaikan apa yang kita tak mampu sampaikan. Selagi mana kita tidak berputus asa dan bersangka baik atas doa kita kepada Allah.
People don't care how much you know until they know how much you care.
Mohon maaf dan restu dari ibu dan suami adalah penyelesaian kepada semua masalah yang hadapi.
Samada ibu boleh memaafkan atau menerima kita semula atau tidak, tak penting lagi.
Yang lebih penting, kita yang mahu berubah dahulu dan mahu memaafkan semua orang yang pernah menyakiti kita dahulu. Melalui perubahan ini sajalah satu-satunya jalan untuk melihat orang di sekeliling kita berubah sama. Jadikan ia sebagai niat kita.
Melalui satu kemaafan inilah yang akan membawa kita kepada ketenangan. Ketenangan yang tak dapat dilihat oleh mata, tapi hanya dapat dirasa jauh dalam pelusuk hati.
Seterusnya, inilah jalannya pendidikan anak-anak akan menjadi lebih mudah dan anak-anak menjadi lebih lembut hati kerana mereka sudah nampak dan percaya pada kelembutan hati ibunya serta kasih sayang ibunya yang tiada galang gantinya.
Inilah yang namanya kebahagiaan.
Sy prlukan kekuatan.sy hrp dr suami.bru2 ni sy katakan hasrat nk merncng kehamilan sy tkut mgndung lg sbb nk didik ank tk mudah serta sukarnya sy kndalikn sorg2 tnpa bantuan.bantuan dr sgi emosi dn sokongan sbnrnya.spt sy ckp.nk beranak snang.nk didik tu sgt sukar.sy btnggungjawab bntuk anak2.tkut salah bentuk.sy ada misi dn hala tuju utk anak2 bjaya dunia dn akhirat mjd pribadi yg mulia.
Puan yang dirahmati Allah, moga Allah terus memberi kekuatan dan segenap ketabahan buat diri puan, suami dan anak-anak.

Ya Allah, berilah segenap kekuatan dan keazaman kepada saudara seIslam ku ini supaya menemui kebahagiaannya sendiri. Makbulkanlah doa dan niat baiknya bersama keluarganya menuju syurgaMu. Amin Ya Rabb..
Ulasan
zairul.akmal@gmail.com
saya seorang ibu bekerja yang sangat cemburu dengan suri rumah yang bijak menguruskan rumahnya. Saya akui saya kurang mahir menjaga suami dan anak-anak kerana saya penat bekerja di pejabat.
What u do in this blog are very good! Saya boleh belajar menguruskan rumahtangga melalui blog puan. Harap puan terus menulis dan mencatatkan ilmu menguruskan suami, anak-anak dan rumah. Semoga Allah memberkati hidup puan :)