Khamis, 5 September 2013

Anak bergaduh




Dari peti soalan :

Assalamaualaikum.. puan , bila baca kisah puan n anak-anak.. rasanya saya perlu bertanya dari pengalaman dan ilmu puan yg ada anak sampai 4 orang.... dulu saya suka menulis blog tentang kami anak beranak.. time tu dugaan menjadi ibu tak seteruk sekarang... saya ada sepasang anak... bila anak kedua lahir ( mulanya ok)... tapi bila yang kedua semakin membersar ( mereka kerap bergaduh ... kadang-kadang bila ada sedara datang pun mereka bergaduh teruk ( si adik  kacau abang)... kemuadian si abang naik marah n sebaliknya( sejak tu saya cepat naik marah... dulu tak seteruk sekarang rasanya.....ada saja benda yang mereka nak gaduhkan dan sama seperti puan saya tak suka nak marah ( sebb tau salah ).... saya tertekan sendiri.... macamana agaknya saya nak redakan pergaduhan mereka dgn cara yang betul? harap puan dapat memberi sedikit tunjuk ajar dari pgalaman puan.


Jawapan :

Waalaikumussalam puan yg dirahmati Allah.

Anak-anak memang begitu. Jika berdua memang mereka akan bergaduh berdua. Jika merempat atau berenam, mereka akan bergaduh dengan semua sekali adik beradiknya..hehe.. Namun, saya tak nafikan cubaannya memang lebih banyak dan mencabar lagi-lagi pada anak nombor dua. Kebanyakannya memang begitulah lumrahnya.

Saya bukanlah arif dalam bidang ini. Pengalaman pun baru 3 orang anak. Dan anak saya yg dua orang itu pun kerap bergaduh juga. Yang kecil ni pun hanya menunggu 'masa' mahu join sama hehe..

Apa yg saya buat ketika anak saya bergaduh?

1. Biarkan mereka bergaduh. Perhatikan dari jauh bagaimana mereka menyelesaikan sendiri masalah mereka.



Kadangkala, saya sengaja mendiamkan diri dan melihat mereka dari jauh. Mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah mereka sebenarnya tanpa perlu campurtangan kita. Namun, apabila salah seorang sudah mula memanggil nama kita bermakna tibalah masanya campurtangan dan bantuan kita diperlukan.

Atau melihat ada tanda-tanda akan tercetusnya aksi yg lebih ganas tak lama lagi seperti mula memukul dengan sesuatu barang atau menendang, maka bantuan dan campurtangan lebih diperlukan dengan segera.

2. Jangan sesekali mengatakan "Abang/kakak dah besar, abang/kakak yg kena mengalah dengan adik".

Dulu, saya pernah menggunakan ayat ini. Seperti kebanyakan ibubapa lain. Namun, ini jawapan semula anak saya yg berumur 4 tahun - "Abang taknak jadi anak no.1 lah! Abang nak jadi anak last sikit.."

Dari situ saya tersedar, jika kita menggunakan pangkat mereka/kedudukan mereka dalam adik beradik sebagai alasan untuk dia harus mengalah setiap masa, ini tidak adil sama sekali bagi golongan anak sulung atau anak besar. Tidak adil. Sesuatu cadangan yg tidak adil walaupun baik sekalipun, ia tetap tidak boleh diterima anak-anak. Keadilan adalah fitrah bagi siapa saja yg bergelar manusia. Itu lumrah.

Untuk selamat dan berlaku adil saya selalu gunakan ayat begini, "Abang dan adik kan adik beradik. Adik beradik kena main sama-sama. Adik beradik tak baik bergaduh. Kita main sama-sama, mandi sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama. Kalau abang takde, adik nak tidur dengan siapa? Kalau adik takde, abang nak main dengan siapa?"

Kemudian, alih dan ubah perhatiannya daripada berebut permainan atau apa saja isunya kepada isu lain. "Kalau abang dan adik takde, mak pulak yg nangis nanti siapa nak pujuk??? Siapa siapa siapa?? Huhuhu..." (Buat-buat nangis pula)..

Biasanya, mereka akan terkedu sebentar melihat kita menangis tak pasal-pasal..haha..

Kesannya, tengok keadaan. Samada :

1. Mereka akan mula bermain semula bersama-sama dan berhenti bergaduh. Atau,

2. Mereka sambung bergaduh semula. Isu yg sama atau isu yg lain pula.

Biarkan sebentar.

3. Jangan sesekali membebel atau memarahi atau menengkingnya kerana bergaduh atau supaya mereka berhenti bergaduh. Dengan berbuat begitu, diri kita yg akan tambah stres kerana anak-anak takkan berhenti bergaduh hanya kerana kita berubah menjadi 'singa'. Malah, mereka akan lebih mudah berubah menjadi 'singa yg lebih garang' disebabkan mereka mencontohi kita ibunya.

4. Tawarkan atau beritahu saja jalan penyelesaian.

Apabila mereka berebut mahu main basikal (sudah sampai aksi tolak menolak), saya akan berkata, "Ok, abang naik dulu, kira sampai lima lepastu adik naik pula. Gilir-gilirlah. Baru baik macamtu. Adik beradik kan kena main sama-sama. Kongsi mainan sama-sama."

Adakalanya, masing-masing tidak mahu mengalah atau bergerak. Masing-masing masih mahu berebut tempat duduk basikal di hadapan. Lalu, saya menambah, "Ok, kita kira sama-sama.. 1-2-3-4-5. Ok sekarang, adik pulak. 1-2-3-4-5. Ok sekarang abang pulak."

Ulang semula peraturan asas yg kita ucapkan dahulu. Dan cadangkan terus jalan penyelesaiannya. Terus buat jalan penyelesaian yg dicadangkan. Lama-kelamaan, mereka nampak itulah cara yg adil, nanti mereka akan bersurai dengan sendirinya seterusnya boleh bermain bersama.

5. Bersabar.

Anak-anak akan mencontohi kita dalam segenap hal. Mereka sedang mencontohi kita cara kita menyelesaikan masalah yg dalam ketegangan. Kita jerit dan marah untuk selesaikan pergaduhan mereka, mereka akan jerit dan lebih marah ketika mereka bergaduh.

Tapi, bila kita cuba bertenang dan cuba bersabar (walaupun tak berapa nak sabar), mereka akan cuba meniru kita untuk lebih bertenang, cuba untuk bersabar dan tidak menjerit ketika mereka bergaduh.

6. Perlahan-lahan. Mereka akan menunjukkan perubahan hanya selepas kita sendiri yg sudah berubah.

Tip : Sebelum saudara mara kita datang atau kita pergi ke rumah saudara mara, ingatkan mereka peraturan lazim yg mudah diikuti oleh mereka berulangkali. Contohnya, "Nanti pakcik dan makcik datang kena salam tangan semua orang tau. Datang rumah orang kena duduk baik-baik, tak lari-lari, duduk setempat, taknak gaduh-gaduh. Kalau nak gaduh jugak, boleh. Tapi, tunggu sampai rumah dulu baru gaduh ok?"

7. Puji segera tindakan atau sikap baik mereka jika kita nampak ada perubahan.

"Bagus abang nak salam dengan orang bila mak suruh. Kalau abang ikut cakap mak macamni kan bagus. Jadi anak yg baik. Abang salam orang, nanti ramai orang sayang. Allah lagi sayang abang!" (Tepuk-tepuk manja belakang badannya. Dia akan terasa dihargai walaupun usahanya sedikit).

Pujian yg betul ada dengan memuji USAHAnya dan kemudian menyatakan IMPAK / KESAN ke atas perbuatannya yg positif dan baik itu. Walaupun kecil, kita boleh mengenalpasti kelainan tindak tanduknya dan nampak usahanya untuk berubah.

Sentiasa mengaitkan impak / kesan akhir nya itu kepada sesuatu yg "Allah sayang / suka." Kesannya, anak-anak akan mengulangi semula percakapan kita yg apa saja tindak tanduknya adalah kerana Allah suka. Tidakkah itu lebih baik?

Contohnya, sekarang apabila saya menyuruh si abang menutup lampu hadapan rumah dan jangan bermain lampu, dia berkata, "Oh mak, kalau kita bukak lampu masa siang hari nanti membazir eh? Kalau membazir nanti Allah tak suka kan?"

8. Beri sedikit kelonggaran dan jangan terlalu mendesak mereka menuruti kemahuan dan peraturan kita. Mereka hanya perlukan masa dan contoh yg baik untuk mereka ciplak semula.

Kita berusaha dan mereka akan terus berusaha memperbaiki diri.

Sama-sama kita berusaha memperbaiki diri setiap waktu. Anak-anak diamanahkan untuk kita adalah untuk menegur dan menjadi sebab orangtuanya memperbaiki diri dari masa ke masa.

Anak-anak adalah punca utama kita menjadi orang yg lebih baik dari semalam atau sebaliknya.

Wallahu 'alam..




2 ulasan:

dian radzi berkata...

saya suka skrip puan yang ini
"Untuk selamat dan berlaku adil saya selalu gunakan ayat begini, "Abang dan adik kan adik beradik. Adik beradik kena main sama-sama. Adik beradik tak baik bergaduh. Kita main sama-sama, mandi sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama. Kalau abang takde, adik nak tidur dengan siapa? Kalau adik takde, abang nak main dengan siapa?"
Moga saya dapat memperbaiki skill saya dalam meleraikan pergaduhan anak-anak

Ana Lyana berkata...

terima kasih puan. mmg betul setiap apa yg dikata puan.. saya mmg mempunyai masalah mcm ni.

baru2 ni anak2 saya bergaduh, saya tak tahan saya stress sangat sampai terfikir nk lari rumah. tapi saya terduduk di satu sudut. saya diam. dan tiba2 air mata mengalir, si abang terus dtg kat saya, sambil ckp jgn nangis mama...

berjaya bila ambil tindakan mendiamkan diri tu, tp adakalanya terjerit n terpukul juga... selalunya adik yg kcu abang...

insyallah saya cuba praktikkan lagi.. tq puan.

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...