Langkau ke kandungan utama

Catatan

Modul Homeschooling 2 : Solat bagi anak kecil

Selepas mengenal Allah dan membiasakan anak-anak dengan kehebatan dan kepentingan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai asas 'Aqidah, seterusnya saya mahu membiasakan anak-anak dengan solat pula sebagai kewajipan yang harus disemai sejak kecil. Satu tuntutan yg berterusan mulai sekarang bukan bermula pada ketika mereka sudah besar dan baligh kelak. Teringat pada pencerahan seorang ustaz dalam kuliah tafsir yg pernah saya ikuti dahulu. Menurutnya, anak-anak diwajibkan mendirikan solat hanya ketika umurnya 10 tahun. Ketika ini, dibolehkan memukul anak yg tidak bersolat sebagai peringatan (dengan syarat) ibubapa sudah mengajarnya bersolat sebelumnya. Sebelum mencapai umur anak 10 tahun ini, ibubapa punya masa yg terlalu banyak untuk menyerunya bersolat pada setiap waktu dan bukannya baru mahu menyeru mereka bersolat selepas umurnya menjejak 10 tahun. Bagi mencetus MAHU anak-anak terhadap solat, sebagai permulaan saya menggunapakai perkataan yang lebih mudah dihadami anak-ana...

Ketika berhadapan tantrum anak

Dari peti soalan : Soalan : As Salam, K Dah, Anak saya yang no 2-tahun depan masuk 4 tahun...suka sgt marah2 kalu ada yang tidak kene.kalu org kelantan kato 'nyetok'..nanti k dah tanya cik abang K Dah.. sehari dua ni dah pandai cakap..benci..kalu kita lambat cket buat /bg apa yang dia Nak..Di awal pagi,dia kerap jugak terjaga,menangis2 mintak susu..susah plak tu nak pujuk..macam mengigau... K Dah...tlg2 la bg tips..suka baca apa yang K Dah tulis..x berubah dr dulu...boleh jadi sumber rujukan..mmeng dr azali dah nampak bibit2 seorang pemimpin.. Jawapan : Biasanya apabila mendapat soalan, saya akan diuji dengan keadaan yg sama terlebih dahulu. Cepat atau lambat. Bukannya tak pernah diuji dengan keadaan yg sama sebelum ni, cuma apabila situasi begitu dah lama tak terjadi, ia buatkan saya terlupa apa yg saya dah lakukan secara spontan. Hakikatnya, bukan semua perkara saya tahu. Malah, sebenarnya saya tak tahu nak jawab soalan kali ini bagaimana. Mohon sahabat lain juga dapat...

Penaakulan Mantik : Modul Homeschooling untuk anak-anak mengenal Allah

Setahun yg lepas, saya ada berkongsi dialog antara saya dan Fathi dgn penaakulan mantiknya ketika dia berumur 2 tahun tentang konsep ketuhanan [Allah sebagai Maha Pencipta]. Tapi, saya agak terleka dan terlambat utk menggunakan modul yg sama ke atas Fatihah yg sudah mencecah 2 setengah tahun sekarang. Namun, beberapa hari lalu saya agak terkesima. Mereka berdua mengucapkan sesuatu yg saya tak pernah ajarkan sebelum ini. Saya tak tahu bagaimana mereka boleh berfikiran begitu.  Situasi 1 : Adegan drama tv menyiarkan seorang anak yg menengking ibunya. Lalu saya katakan, "Tak baik kan kita cakap tinggi suara dgn mak kita. Kita kena cakap baik-baik dgn mak kita, betul tak?" Fatihah tiba-tiba menyambung [pelat], "Hah tak baik cakap macamtu [sambil meniru adegan tadi] nanti Allah marah!"  Rentetan dialog adiknya seperti di atas barulah saya sedar yg saya belum 'upload' program yg sama dgn abangnya dulu. Setelah mengulangi dialog yg sama dgn abangnya du...

Mendorong anak cilik mengaji 1

Saya banyak mendapat permintaan untuk mengajar ngaji anak-anak yg masih kecil iaitu sekecil umur 2 tahun. Sejujurnya, saya agak kasihan jika anda menghantar anak sekecil ini untuk pergi mengaji di rumah orang lain. Sebenarnya usia sekecil ini hanya lebih suka bermain. Sebagai ibubapa, kita tak perlu terlampau memaksanya untuk pergi belajar. Kerana mereka punya masa yg lebih panjang lagi untuk menghabiskan usia mereka dengan belajar selepas ini. Ada baiknya, usia awal sebegini dibiarkan sahaja mereka bermain. Ya, dengan bermainlah mereka belajar!

Perjalanan seorang surirumah

Soalan yg diterima beberapa hari lalu oleh seorang kawan sekolah dahulu. Maaf kerana mengambil masa yg agak lama kali ini. Soalan 1 : Bila yg kak dah berubah menjadi ibu yg lebih hikmah berbanding kak dah yang 'dulu' ? (merujuk kpd status kak dah yg baru ni) Soalan ke 2: Bila dan apa yg mendorong perubahan ini? (wah interview tau). Thank u so much.. Jawapan : Soalan ini sebenarnya agak peribadi. Terharu sebenarnya bila ada orang ingin tahu apa yg sudah berlaku dalam hidup peribadi kita. Maka, saya rasakan ada baiknya saya nyatakan di dalam blog peribadi saya sendiri. Tak semua orang suka membaca kisah hidup orang lain. Saya rangkumkan saja jawapan bagi kedua-dua soalan ini. Saya hanyalah seorang surirumah. Ketika semua kawan-kawan seangkatan sudah menempatkan diri dalam bidang profesional masing-masing, saya bertanya diri saya berada di mana? Selalu mendengar orang di sekeliling berkata, "Ruginya kau belajar tinggi tapi tak kerja!" Hingga semasa saya mahu ...

Tulisan pertama Fathi.

Lagi 2 bulan Fathi akan masuk 4 tahun. 17 Disember 2012 Fathi dah pandai menulis huruf pertama. Alif Ba Ta! Bukan ABC.. Haha itu saja dulu buat masa ini.. Mula-mula Fathi nak tulis huruf Ya. Tapi Fathi tulis tu satu titik di bawah. Itu Ba! Kemudian, mak suruh Fathi tulis Alif. Fathi cakap tak tahu. Mak beritahu, ala, yang tegak macam pokok tu. Fathi cuba. Betul pun Alif tegak macam pokok! Lepas dah tulis Alif dan Ba, mak suruh Fathi tulis Ta. Fathi cakap tak tahu. Fathi minta contoh dari flash card tu. Mak tunjuk, inilah Ta! Ta ada 2 mata macam kita. Sekarang Fathi tiru tulisan ni. Fathi cuba perlahan-lahan. Senget pun sengetlah... Tadaaa! Jadi pun akhirnya Alif Ba Ta... 30 bintang untuk Fathi yeayyy! Ok, dah belajar menulis, sekarang masa untuk baca buku! Fathi cakap, nak nak nak! [Sebab Fathi nak dapat bintang lagi kannnn...] Fathi nak baca apa? Fathi ambil sendiri buku apa nak baca. Tengok-tengok Fathi ambil Kamus Bergambar. Fathi dan Fatihah ikut saja mak membunyikan ...