Langkau ke kandungan utama

Penaakulan Mantik : Modul Homeschooling untuk anak-anak mengenal Allah


Setahun yg lepas, saya ada berkongsi dialog antara saya dan Fathi dgn penaakulan mantiknya ketika dia berumur 2 tahun tentang konsep ketuhanan [Allah sebagai Maha Pencipta]. Tapi, saya agak terleka dan terlambat utk menggunakan modul yg sama ke atas Fatihah yg sudah mencecah 2 setengah tahun sekarang.
Namun, beberapa hari lalu saya agak terkesima. Mereka berdua mengucapkan sesuatu yg saya tak pernah ajarkan sebelum ini. Saya tak tahu bagaimana mereka boleh berfikiran begitu. 
Situasi 1 : Adegan drama tv menyiarkan seorang anak yg menengking ibunya. Lalu saya katakan, "Tak baik kan kita cakap tinggi suara dgn mak kita. Kita kena cakap baik-baik dgn mak kita, betul tak?" Fatihah tiba-tiba menyambung [pelat], "Hah tak baik cakap macamtu [sambil meniru adegan tadi] nanti Allah marah!" 
Rentetan dialog adiknya seperti di atas barulah saya sedar yg saya belum 'upload' program yg sama dgn abangnya dulu. Setelah mengulangi dialog yg sama dgn abangnya dulu, saya sengaja mahu 'check' semula programming si abang yg akan masuk 4 tahun bulan depan. 
Situasi 2 : [Dimulakan dgn soalan yg sama seperti dulu. Jawapan masih sama. Alhamdulillah. Saya mahu upgrade sikit.] 
Saya bertanya, "Abang tahu tak Allah kat mana?" Dia menjawab, "Allah kat langit!" 
Saya sangka dia akan jawab tak tahu [kalau dia memang tak tahu] dan saya mahu menjawab Allah ada di mana-mana. Tak sangka pula jawapan itu yg keluar. Saya terkedu agak lama. 
"Macamana abang tahu Allah kat langit?"
-Senyap-
"Oh, abang tahu sebab Allah yg cipta bulan dgn bintang yg cantik kat atas langit eh?"
-Angguk- 
Lalu, saya menyampaikan report pada suami. 1-3 year old program : Download complete. [Hehe...] 
Modul homeschooling seterusnya [4-6 tahun] : Konsep kenabian dan hadith. Insha Allah...

Berikutan perkongsian di status FB saya beberapa hari yg lalu seperti di atas, saya mendapat maklumbalas seorang rakan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana dialog setahun yg lalu diucapkan.

Saya pun menyelak semula status lama saya di FB kerana pada masa itu saya hanya kongsikan di wall FB saya saja. Ia berlaku secara spontan sebenarnya ketika saya sedang memandikan Fathi dalam bilik air. Ya, saya ajarkan konsep keTuhanan ini hingga ke bilik air!



Malangnya, ia sudah tiada dalam simpanan wall saya. Yang saya ingat semasa itu, Puan Ainon Mohd ada 'like' status saya itu dan beberapa orang sepupu saya yg turut komen status itu. Dahulu, saya tak punya 'friend list' yg ramai. Saya agak selektif tidak seperti sekarang.

Berikut sedikit sebanyak dialog yg saya mampu ingat. Semasa itu Fathi tersangat pelat.hehe...

Saya : Fathi, siapa yg jadikan bunga yg berwarna-warni? [Sambil gosok gigi].
Fathi : Awwoh.
Saya : Betul.. Siapa yg jadikan bintang yg banyak atas langit?
Fathi : Awwoh.
Saya : Bagus anak mak! Siapa pulak yg jadikan bulan yg cantik?
Fathi : Awwoh!
Saya : Betul! Habis, siapa yg jadikan mak?
Fathi : Awwoh! Mak tik cam lan [Mak cantik macam bulan].
Saya : Eh, betullah! Oh mak cantik macam bulan. Habis tu, siapa lebih cantik, Allah ke mak? [Saja nak test dia]
Fathi : Awwoh!
Saya : Pandailah anak mak! Betul tu. Allah lebih cantik dari semua ciptaanNya..

Dan saya meneruskan acara mandi memandi seperti biasa.

Itu semasa Fathi berumur 2 tahun lebih. Sebelum itu, saya sudah banyak bertanya soalan sebegitu rupa ketika bermain di luar rumah. Pokok, bunga, rumput, burung, semut dan semua kejadian di sekelilingnya saya perkenalkan namanya bersama Penciptanya. Apabila dia sudah terbiasa dengan Allah yg menjadikan semua benda yg dia nampak, maka apabila soalan yg diajukan dia dapat menjawabnya. Itulah asasnya.

Kini, Fathi berumur 3 tahun lebih. Bulan depan saja sudah mencecah 4 tahun. Maka, saya mahu check status Aqidah yg sudah saya tanamkan dahulu. Bagaimana rupanya sekarang. Maka, saya 'upgrade' soalan.

Fathi : Mak, bulan cantik! [Sambil menunjuk bulan di malam hari].
Saya : Ha ah la bulan cantik malam ni [walaupun ianya hanya bulan sabit]. Siapa yg jadikan bulan yg cantik tu Fathi?
Fathi : Allah.
Saya : Siapa yg jadikan Fathi pulak?
Fathi : Allah la..
Saya : Siapa yg jadikan Fatihah?
Fathi : Allah [sambil adiknya turut menyampuk sama menjawab Allah].
Saya : Bagus anak mak! Habis, siapa yg jadikan Upin Ipin?
Fathi : Allah la.
Saya : Siapa pulak yg jadikan Sarjan Husin yg kuat?
Fathi : Allah!
Saya : Habis, siapa lebih kuat? Allah ke Sarjan Husin?
Fathi : Sarjan Husin..hehe....

Adussss! Tepuk dahi saya!

Terus saya katakan : Eh, kan Allah yg jadikan Sarjan Husin, maknanya Allah lebih kuat dari Sarjan Husin. Betul tak?
Dia jawab, betul betul betul! [Gaya Upin Ipin]..

Inilah yg buatkan saya sedar bahawa kartun adalah pengaruh utama dalam hidup anak-anak seawal 1-3 tahun untuk diikuti dan tanpa sedar memberi kesan terhadap pembentukan kepercayaan dan asas Aqidah mereka. Ini pun saya kawal ketat rancangan kartun yg ditontonnya. Secara peribadi, saya 'mengharamkan' mereka untuk menonton Boboi Boy dan Sin Chan. Saya hanya benarkan anak-anak hanya menonton Upin Ipin sahaja.

Tuan/Puan dan sahabat-sahabat sekalian, mohon check semula Aqidah anak kecil anda.

Hari ini, saya mahu check semula. Perlu selalu check Aqidah mereka supaya kita dapat merancang pembentukan yg bagaimana seterusnya boleh ditanam dalam jiwa mereka.

Saya : Fathi, Siapa yg buat Upin Ipin yg baik?
Fathi : Allah la.
Saya : Siapa yg cipta Sarjan Husin yg kuat dan gagah?
Fathi : Allah.
Saya : Kalau macamtu siapa lebih kuat dan gagah? Allah ke Sarjan Husin?
Fathi : Allah kuat!
Saya : Kenapa Allah yg lebih kuat dan gagah? [Upgrade lagi]
Fathi : Sebab Allah yg jadikan Sarjan Husin!

Di hari lain...

Saya : Siapa yg buat bulan yg cantik?
Fathi : Allah. Eh, mak cantik macam bulan.
Saya : Siapa yg ciptakan mak pulak?
Fathi : Allah la..
Saya : Habis tu siapa yg lebih cantik, Allah atau mak?
Fathi : Allah
Saya : Sebab apa Allah lebih cantik? [Upgrade lagi]
Fathi : Sebaaaaab, Allah yg buat mak!

Alhamdulillah.... Kali ni betul-betul boleh tersenyum dan tarik nafas lega... Fuh!

Nota penting : Pengulangan dialog dan soalan perlu di pelbagaikan dan di 'upgrade' sedikit demi sedikit untuk memberi sedikit cabaran ke atas minda anak-anak supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Bukan semata-mata suruhan/ajaran.


Ulasan

ieta berkata…
Cari2 contoh soalan mantiq jumpa blog ini. Suka la dgn kaedah dan tazkirah dlm entri ni. Ingat nak follow tapi takde button follow. Saya blogger ieta
Khadijah Gani berkata…
Boleh ikut melalui emel ieta. Terima kasih sudi membaca.

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.