Langkau ke kandungan utama

Catatan

Coklat Bar Kecil

Ini adalah permintaan terbaru untuk Coklat Bar. Mahukan yang lebih murah, lebih kecil dan ringkas. Coklat bar mini ini boleh juga dibuat dalam beberapa perisa ataupun warna (jika mahu). 1. Biasa + crunched wafer = 80 sen/kpg. 2. Dark choc + crunched wafer = 80 sen/kpg. 3. White choc (plain) = 80 sen/kpg. 4. Koko Pops (crispy) = RM 1/kpg. Untuk tempahan 100 ke atas, less 10 sen. Untuk tempahan 150 ke atas, less 15 sen. Untuk tempahan 200 ke atas, less 20 sen! Nipis. Senang dimakan. Ringkas. Murah. Sedap. Saya rasa boleh juga dibuat doorgift untuk majlis perkahwinan atau apa juga acara. Lebih comel! Ada orang tak suka coklat yang tebal-tebal. Nak-nak ada warna-warni lagi! Sesetengah orang tak begitu menyukai coklat yang berwarna yang sangat cerah. Takut nak makan katanya. Sesetengahnya pula suka jika ada warna sedikit. Nampak lebih ceria untuk dihadiahkan kepada orang lain. Jadi, saya menghasilkan coklat berdasarkan apa yang menjadi kesukaan oran...

Ibrah sakit.

Saya memang kurang membaca sejak menamatkan pengajian dulu. Tapi suami saya seorang 'kaki buku'. Buku terbaru dia habis baca ketika di dalam keretapi untuk ke KL ialah "Maryamah Karpov". Kesinambungan cerita "Laskar Pelangi". Oleh sebab itu, saya akui kekurangan tatabahasa saya yang agak lemah daripada tatabahasa suami. ------------------------------------------------------------------------------------------------- Saya : Pagi tadi melawat 'sepupu' bersalin. Masa datang tu dia tengah mengurut. Lepas habis tu, saya berbual panjang dengan makcik urut tu. Banyak jugak kisah sedih dia. Dari kisah dia lumpuh masa mengandungkan anak ke-6 lah sampai dia sihat walafiat balik walaupun anak dia sindrom down. Anak dia tu betul-betul istimewa! Macam-macam yang dia lalui. Dia kata sebab nak dapat ilmu. Kan orang tua-tua percaya, kalau kita nak dapat 'sesuatu' tu ujiannya mesti ada. Apalagi nak dapat ilmu yang tinggi! Suami : Hmmm... Saya : Pastu, tiba-ti...

Coklat Bar Baru

Aktiviti saya yang terbaru adalah membuat coklat bar ini sebanyak yang mungkin. Sekarang saya telah cuba meletakkan coklat bar saya ini di booth kecil berhadapan dengan Lovely Lace di JUSCO Taman Universiti, Skudai. Boothnya kecil saja yang ada menjual kuih muih tradisional dan bahulu juga. Asalnya di situ mak meletakkan telur pindang atas permintaan tuan punya kedai. Oleh kerana mak kenal tuannya jadi mak cakap dengan dia tentang coklat ini dan tuannya amat baik hati untuk bersetuju memberikan saya sedikit ruang untuk coklat saya ini. Ada beberapa jenis coklat bar. Yang di atas ini coklat bar biasa. Ada juga coklat bar 'Dark Choc Only'. Ikut permintaan. Untuk lebih berkhasiat coklat bar ini saya letakkan 'Olive oil inside'. Saya lebih suka untuk menaburkan sedikit bahan yang sedap yang lain di dalamnya untuk memberikan kelainan daripada coklat lain. Yelah, buat coklat ni semua orang boleh buat coklat. Tapi saya ada terfikir apa yang akan membuatkan saya be...

Indahnya menjadi wanita.

Minggu lepas, kami jalan-jalan ke jemputan kahwin di Muar. Encik suami tak dapat ikut sebab kena siapkan kerja 'hujung minggunya' itu dengan segera. Saya, anak-anak (Fathi 2 tahun dan Fatihah 9 bulan), mak, abah dan adik selaku drebar yang terhormat saja dalam satu kereta hari itu. Sepanjang perjalanan Fatihah tidur sekejap saja lepas tu dia terbangun dan bermain-main dengan ligatnya. Abangnya, Fathi walaupun tak tidur tapi reti duduk diam tak memanjat-manjat dalam kereta. Kadang-kadang ke depan (duduk dengan atok), kadang-kadang duduk di belakang (tengah di antara neneknya dengan maknya). Saya pegang Fatihah. Tapi, macam-macam stunt dia buat! Berebut mainan dengan Fathi, panjat perut saya untuk capai pemegang tangan yang kat atas kereta tulah, golek-golek sesuka hati dialah, nak merangkak sambil parking bontot sesuka hatilah (ni kereta la Tiha oii, bukan lantai rumah nenek..) Tak termasuk melentokkan badannya dengan sendiri ke belakang sebagai cara dia 'bergurau'. Bak ...

Strawberry white chocolate

Ini adalah beberapa tempahan yang telah dibuat. Dah lama terperap dalam handfon ni tak sempat upload. Ini hanya yang biasa-biasa saja. Silalah cuci mata. Untuk 16 biji begini = RM 22.50 Ini gabungan coklat biasa dan strawberry coklat. Kali ni saya telah mencuba salut dengan white choc pula... Hmmm, rasanya agak best juga! Fathi belasah kesemuanya.. Siap bawak mangkuk yang berisi strawberry ni semua ke depan dan makan sorang-sorang.. Tinggal sebiji je untuk saya rasa.. huhu... Boleh tahanlah! Maaflah.. Tidak semua tempahan yang saya buat akan dimasukkan ke dalam blog ini. Mana yang sempat saja. Ada juga yang saya dah buat tapi tak sempat nak ambil gambarnya terus saja dihantar ke tuan ordernya. Macam tempahan coklat edible image (untuk majlis perkahwinan di singapore) serta lolichoc yang banyak (peach-putih) haritu. Agak cantik juga warna begitu. Jadi, harap maklum sajalah ye.. Mana yang saya ingat dan sempat sajalah. ngehehe... ;) Sekarang, saya dalam proses menaik taraf pakaging cokla...

Kecek-kecek di malam hari.

Kenapa saya sayang dan jatuh cinta pada suami saya? Biar keadaan ini yang menerangkan sebabnya. Saya : Yang, semalam saya baca blog balu arwah kawan saya yang baru meninggal dunia hari tu. Emosi saya jadi sangat-sangat terganggu. Sedih sangat.. Pastu, berita kat tv tadi saya tengok ada cerita pasal bayi kena buang. Pun sangat terganggu! Kalau cerita buang bayi yang biasa-biasa tu memanglah saya terusik tapi kali ni buangnya sampai bayi dibuang tu dimakan haiwan liar, hilang kemaluan, kaki dengan tangan! Itu yang saya jadi lagi terganggu! Perempuan yang lahirkan budak tu takde otak ke, pikir panjang sikit kot ye pun nak buang janganlah kat tempat sunyi yang banyak anjing. Alangkah mayat orang pun kita kena hormati, ni kan pulak bayi yang takde dosa langsung tu dibiarkan macam tu aje! Awak rasa dengan kejadian-kejadian yang mengusik jiwa saya sekarang ni semua ada petanda tak apa sebenarnya Allah nak tunjukkan? Apa kaitan cerita-cerita tu semua agaknya? (Walaupun saya sebenarnya sudah ...

Berdoalah!

Saya amat menyukai cara penyampaian Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang (selain daripada Ustaz Zahazan). Kata-kata dan ayat yang digunakan sangat santai dan sangat jelas. Hari Isnin yang lepas saya berkesempatan menonton siaran Halaqah edisi ulangan bertajuk 'PASSWORD DOA'. Saya tengok tu pun sudah agak sampai di pertengahan. Tapi apa yang paling menyentap ke jiwa saya beberapa poin yang menarik yang saya ingin kongsikan di sini. Mudah-mudahan juga akan datang anak-anak saya dapat membaca artikel ini ketika saya sudah tiada lagi di sisi mereka agar dijadikan azimat dalam kehidupan. Pada satu hari, seekor ular masuk ke dalam rumah. Ada seorang anak kecil di dalam rumah itu bersama ibunya. Ular itu sedang berdiri betul-betul di hadapan anak kecil itu. Di dalam pengetahuan dan ilmu si ibu ular itu merbahaya. Ia harus dijauhkan dari anak itu dengan segera! Manakala, di dalam pengetahuan dan ilmu si anak kecil itu, ular tersebut dilihatnya sebagai barang mainan. Dia ingin sekali mengej...