Langkau ke kandungan utama

Catatan

COKLAT

Ini adalah hasil buatan coklat saya pertama kalinya. Ini pula kali kedua. Yang ini pula kali ketiga. Seterusnya, saya sudah berkali-kali membuat coklat atas permintaan ramai. Tapi, saya masih serba kekurangan dan masih dalam pembelajaran. Belajar lagi untuk tahu buat lebih banyak coklat dan upgrade sentiasa dari segi rupa, bentuk, rasa, pakaging dan serba serbi! (komen anda amat dialu-alukan).... Yang penting saya seronok dapat buat coklat sebegini. Kita buat suka hati, orang makan pun suka hati! :)) Tengok anak-anak saya makan lagi suka hatiii!!! hehe.. Jika anda berminat, berikut adalah senarai harganya: BUNDLE (untuk makan banyak-banyak, tiada hiasan). 50 biji (1 balang) - biasanya saya lebihkan untuk penuhkan 1 balang tuh. Ada filling + OLIVE OIL = RM 40 Ada filling + biasa = RM 35 Tiada filling + OLIVE OIL = RM 30 Tiada filling + biasa = RM 25 COKLAT BERPAKEJ (dalam kotak, bersama hiasan jika perlu & mahu) 2 biji = RM 2.80 = RM 3.00 (Olive oil) 4 b...

Hydrocele (Hidrosil)

Khamis lepas Fathi selamat buang hidrosilnya. Di Hospital Pakar Puteri Johor. Tu pun disebabkan saya tukar fikiran. Jika tidak sebenarnya jadual pembedahan tu di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sebenarnya rasa bersalah juga sebab tak beritahu HSA saya sudah berubah fikiran bawa anak ke tempat lain. Bukan apa. Sepatutnya Fathi kena admit wad di HSA pada 8/2 dan jumpa pakar bius sekali. 9/2 baru dijadualkan pembedahan tu. Masalahnya: 1. Saya memang tak boleh teman Fathi jika masuk wad sebab Tiha masih nyusu badan. 2. Saya juga tak boleh tinggalkan Tiha. Pernah juga tinggal-tinggalkan Tiha tapi dia tetap cari susu badan. 3. Jadi, bapak Fathi teman Fathi dalam wad? hmmm... Saya tersangat berat hati nak tinggalkan suami menguruskan Fathi 1 malam di hospital atas beberapa faktor peribadi. 4. Lagipun, di wad kanak-kanak hospital awam begini lebih ramai mak-mak yang jaga anaknya bukan kaum bapa. (Saya fikir, mungkin akan timbul tak selesa kaum ibu bermalam di situ jika ada ka...

Penulisan terdahulu

Menulis di blog adalah salah satu terapi untuk saya sebenarnya. Saya suka berfikir dan kadangkala terbit idea yang entah dari mana. Semasa mengandung kedua-dua anak saya mengalami proses berfikir yang agak kritikal kerana adakalanya saya tak dapat tidur kerana terfikir tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan saya. Membaca blog orang (yang tersusun dengan bahasa yang tinggi) menjadikan saya ingin mengasah lagi penulisan saya agar setara dengan sistem pemikiran saya. Suami saya adalah pengkritik no.1 saya. Kerana itu saya sayang sekali nak meninggalkan penulisan di internet. Saya masih dalam pembelajaran. Saya menulis dan belajar, belajar dan menulis. Inilah salah satu cara saya untuk saya menilai sejauh mana peningkatan saya dalam penulisan ini. Rupanya saya sudah menulis mengenai banyak perkara dalam blog saya sebelum ini. Nak dipindahmasuk semuanya di sini tak terdaya saya dibuatnya. Jika anda berminat bolehlah menilai penulisan lama saya di sini (sila padam www.blogger.com/ jika tek...

Kembali semula..

Sebenarnya ini adalah catatan semula saya setelah lebih 8-9 bulan saya berhenti menulis. Sebelum ini saya lebih aktif di http://ija.k4ml.com tapi oleh kerana suami menyuruh saya kembali menulis di blogspot sahaja (atas banyak sebab) maka saya harus menghidupkan kembali blogspot lama saya ini. Nah, tengoklah entri lama saya yang terakhir pada tahun 2009 tuuu... Setahun selepas saya mendirikan rumahtangga! Sekarang, dekat 3 tahun saya berumahtangga. Anak pun sudah dua!hehe... Anak pertama saya Fathi bin Mohd. Kamal, feb ini genap 2 tahun. Sebutannya WAJIB begini -FAT-HI- BUKAN fati ye! (Marah betul saya jika ada org memanggilnya tanpa makna iaitu fati.) Fat-hi bermaksud pembukaanku/kejayaanku. Dia semakin bijak dan pandai mengarah! "Nanti besar Fathi jadi tokey besor ayam ngan sayur jelah ikut macam paklong Kelantan nak?" Fathi jawab, "Hemmm! (sambil kepala dianggukkan)". Anak kedua saya Nurfatihah bt Mohd Kamal. Bermaksud Cahaya Pembukaan. Masuk 8 bulan dah sekarang....

Eh eh...

Rupa-rupanya saya ada blog lain di sini?? Saya dah betul-betul telupa akan kewujudan blog saya yang ini. Serius tak ingat.. Ini kerana saya hanya aktif di sini . Lagi satu blog saya tentang apa yang saya jual di sini . Itu saja yang saya ingat. Selepas mengaktifkan semula akaun gmail saya dan memberi komen dalam blog kawan saya, tengok nama saya ditulis 'biru' bermakna akaun saya hidup! Hanya klik nak tengok apa yang ada di sebalik tulisan biru itu dan saya terkejut! Ya... Tulisan yang terakhir semasa saya masih mengandung kira-kira 5-6 bulan.. Patutlah saya dah lupa apa yang saya dah buat. hehe.. Orang pun tak ramai yang singgah.. Takpelah.. Sekurang-kurangnya saya masih boleh nak menulis sesuka hati saya.. Tapi, nak menulis tentang apa pula ye di sini? hmm... Mungkin pasal anak saya yang seorang inilah.. Fathi.. Tengok saja artikel sebelum ini. Semasa tu saya masih lagi mengandung. Perasaan masa tu .. hmmm, camna la anak aku lahir ni karang? Maklumlah anak pertama.. Bila bac...

Artikel terbaik ialah..

Tengah bongkar balik artikel2 lama dalam blog fs tadi..terjumpa pulak artikel ni..lama betul! Tahun 2006 saya menulisnya..Dan hari ni dalam WHI TV3 tajuknya 'beban wanita bekerjaya'.Amat bertepatan skali dgn artikel yg dah lama saya tulis ni..Isu ni sudah agak lapuk! Saya copy,paste balik tulisan saya.Boleh tgk juga di 'Khazanah Friendster' saya.. 9 Ogos 2006 Dalam Utusan Malaysia hari ni,10 0gos,dalam ruangan "mengapa saya pilih Islam"..Aminah Assilmi..amat menarik perhatian saya..inilah yg dikatakan org bkn Islam yg nak masuk Islam buat penyelidikan terlebih dahulu lbh bijak dan berbaloi drpd org Islam yg keluar Islam secara membuta tuli..niat awalnya nak membawa smua org Islam dlm kelasnya utk menganut agama Kristian dan mahu membuktikan yg Islam ini palsu semata telah membawa beliau menjadi seorg hamba Allah yg sempurna.Kalah Sisters in Islam.. Apa yg plg menarik yg saya ingin kongsi di sini ialah pendapatnya.... " ...wanita Islam tidak mempunyai had ...

4 bulan lamanya...

Lamanya tak buat apa2 dengan site nih..Dari Julai sampai sekarang Oktober baru boleh online. Tak tau la sejak mengandung ni terpaksa berkompromi dgn si anak dalam perut ni. Orang mengandung biasanya alah dengan benda2 macam bau2an ke, makanan ke, tempat ke tapi saya amat pelik sebab diri saya sendiri alah pada internet?! Tiap kali online je dalam 5 minit mesti kepala dah pusing mcm nampak bintang2 walaupun di pagi hari..haha..sampai suami pun kena hadkan masa dia dpn komputer sebab saya yg dok belakang komputer ni akan mabok! Real maboknya mcm mabok laut! Mabok pada bau2an pun ye juga! Amat pantanglah bila minyak berjumpa dengan bawang (aktiviti menumis dan seangkatan dengannya)..tiba2 terus muntah! Sepanjang Ramadhan memang saya tak memasak langsung..beli kat bazar je..Kesian pulak suami..Tapi nak buat macamana, azabnya tiap kali orang memasak mesti saya muntah. tak kiralah pagi petang siang malam..Suami kata nak buat camna, takkan nak halang orang lain memasak..hehehe... Sepanjang tu...