Langkau ke kandungan utama

Artikel terbaik ialah..

Tengah bongkar balik artikel2 lama dalam blog fs tadi..terjumpa pulak artikel ni..lama betul! Tahun 2006 saya menulisnya..Dan hari ni dalam WHI TV3 tajuknya 'beban wanita bekerjaya'.Amat bertepatan skali dgn artikel yg dah lama saya tulis ni..Isu ni sudah agak lapuk!

Saya copy,paste balik tulisan saya.Boleh tgk juga di 'Khazanah Friendster' saya..

9 Ogos 2006

Dalam Utusan Malaysia hari ni,10 0gos,dalam ruangan "mengapa saya pilih Islam"..Aminah Assilmi..amat menarik perhatian saya..inilah yg dikatakan org bkn Islam yg nak masuk Islam buat penyelidikan terlebih dahulu lbh bijak dan berbaloi drpd org Islam yg keluar Islam secara membuta tuli..niat awalnya nak membawa smua org Islam dlm kelasnya utk menganut agama Kristian dan mahu membuktikan yg Islam ini palsu semata telah membawa beliau menjadi seorg hamba Allah yg sempurna.Kalah Sisters in Islam..

Apa yg plg menarik yg saya ingin kongsi di sini ialah pendapatnya....

" ...wanita Islam tidak mempunyai had tertentu untuk melibatkan diri dlm bidang profesional.Tetapi, profesion yg plg tinggi martabatnya ialah menjadi ibu kerana peranannya dlm membentuk generasi masa depan..."

Akhirnya....ada juga seorg manusia yg memahami dan menyokong pendapat saya selain mak..Org melayu kata,org prmpuan blaja tinggi2 pn akhirnya ke dapur..adakah ayat ini 1 penghinaan utk kaum wanita yg berpelajaran?

Semua org mesti akan mengatakan penat blaja tinggi2 last2 dok rumah jd surirumah sepenuh masa,tak bekerja.1 tindakan yg merugikan!klu mcm tu baik tak payah blaja..1 ayat yg amat2 cliche bunyinya..

Org melayu khasnya slalu shj berfikir begini..blaja sampai masuk U.dah pandai,klua,keje bgs2 dpt gaji besar,hidup mewah,dan anda pasti bahagia..

Soalan sy..kemewahan = bahagia? rumah besar + poket tebal = bahagia? keluarga + petik jari smua dpt = bahagia? yg plg penting.. suami isteri bekerja, anak hantar sekolah yg terbagus dlm M'sia + kewangan yg amat kukuh = bahagia? semestinya kah?

Apa itu kebahagiaan? Apa itu kejayaan? perlu didefinasikan skali lg BUKAN mengikut mentaliti yg dominan pd masa kini.kerana mentaliti masyarakat skrg seakan virus yg sdg merebak dan hanya akan membuatkan manusia hidup dlm jati diri yg salah dan naif.Hidup dlm 1 tatacara hidup yg menyeleweng dr unjuran Islam sebenar..sedar tak sedar,tapi itu hakikat mentaliti masyarakat skrg yg sdg merebak..

Saya berpendapat,takde slhnya jika setelah berkahwin kaum wanita duduk di rumah mendidik anak2..surirumah bkn lg perlu dilihat sbg kaum yg lemah dan kaum yg tidak berpelajaran..sudah tiba masanya kita melihat yg menjadi ibu itu adalah 1 profesion yg plg tinggi martabatnya..dan bkn maksud sy menjadi surirumah yg hanya pandai goyang kaki shj tetapi menjadi surirumah yg pandai mendidik anak2 serta berupaya menjana pendapatan sendiri hanya dr rumah tnpa bergantung harap sepenuhnya pd suami! itulah yg sebaiknya..end of 1 story..

1 lg isu yg ingin sy bangkitkan adalah soal status..adakah betul hanya org yg masuk U shj layak memegang status berpendidikan tinggi? dan org yg tak masuk U adalah org yg gagal dan bodoh? Apa ukuran yg kita gunakan skrg utk menilai kegagalan, kejayaan, kepandaian dan kebodohan?

Tak payah la kita perlu berbangga sgt dgn status graduan universiti..peratusan tertinggi anak luar nikah atau gugurkan bayi dipegang oleh para siswi..pandai kan?

kdg2 sy jd bosan dan jelak dgn org yg menjarakkan diri dgn manusia lain semata org itu tak setaraf dgn kita..atau secara terperincinya,org yg memilih jodoh dgn bergantung pd taraf yg sebegini..apa bezanya lepasan universiti yg amat ssh mendapat pekerjaan yg baik skrg dgn kontraktor yg blaja dr kehidupan yg hanya berpendidikan sijil semata? ada sesiapa yg blh beritahu sy bezanya?

org kata,pilih pasangan kita biarlah yg setaraf dan ada duit..mmg sy tak nafikan duit amat penting utk hidup..ditakdirkan kita berjumpa dgn org yg tak setaraf dan tak berduit sgt (tp masih ada simpanan lain) ttpi mempunyai sekeping hati yg tulus,ikhlas dan bersungguh2..adakah kita perlu menolaknya semata ukuran penilaian manusia yg sebegini?

saya perlukan pendapat anda..

29 Oktober 2008

Saya tetap berpandangan seperti dulu.Saya amat mengagumi kerjaya sebagai 'surirumah' = pendidik anak yg setia..kesannya ke atas anak pasti amat berlainan dgn anak yg ibunya bekerjaya..Semua org kalau boleh nak didik anak sendiri..Tapi, dalam perkembangan dunia sekarang kewangan adalah persoalan yg paling penting dalam hidup berumahtangga.

Kajian yg telah dibuat (perbincangan dlm WHI hari ni) 55% wanita bekerjaya dalam masa yg sama mempunyai penyakit.tanpa disedari.kalau tak sekarang pun akan datang pasti mereka akan 'berpenyakit'..bebannya amat besar.katanya..

Saya berpandangan kerjaya bukanlah 1 isu yg patut diperbesarkan samada seseorang itu boleh mendapat sakit atau tidak. Beban juga bukanlah isunya..Masa yg terhad, stress, pengurusan masa, tidak dapat bersosial kerana beban dan masa kerja yg terhad, cabaran pengurusan dalam rumahtangga, itu semua pasti dapat dirasai oleh kaum wanita tak kira yg bekerjaya mahupun tidak.cuma ianya berlainan dari segi tempat dan masa.

Isunya di sini sebenarnya adalah apakah definisi kita yg sebenar tentang kehidupan,kemewahan (kesenangan) & kebahagiaan..Itu sahaja..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Terhenti di persimpangan.

Sejak akhir-akhir ini saya ditemukan dengan suatu peristiwa yang agak sukar untuk saya hadam. Sepanjang hidup saya yang baru menginjak 30 tahun ini, saya terpilih untuk melalui peristiwa sebegini untuk saya belajar dan menghadam sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang sangat berat untuk saya fahami. Kerana itu saya terhenti agak lama untuk memahaminya dan gagal menulis apapun di sini seperti biasa. Ianya sangat besar dalam hidup saya. Saya nukilkan di sini agar menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua khususnya kepada remaja perempuan yang bakal melangkah ke alam wanita sebenar agar peliharalah darjatmu~

KETERBUKAAN DALAM TERTUTUP, TERTUTUP DALAM KETERBUKAAN

Saya suka menonton rancangan 'Born in every minutes' di Biochannel astro @ 731.. Saya suka melihat gelagat ibu-ibu melahirkan di sebuah hospital dan melihat betapa sibuknya misi dan doktor melayan gelagat ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi di setiap jam dan minit. Kebiasaannya sudah pasti pasangan yang suda…