Saya berpegang kepada tidak ada seorang pun ibubapa di dunia ini yg boleh dijatuhkan hukuman "salah mendidik anaknya" sendiri. Cara didikan anak itu berbeza-beza. Siapa kita untuk mengatakan "aku yg betul, kau yg salah". Atau, "aku berjaya didik anak, kau gagal". Begitu juga dengan anak-anak. Membaca satu post yg diperpanjangkan di whatsapp grup mengenai seorang anak yg menulis surat / wasiat terakhir kepada ibunya dengan menyatakan - jika aku dihukumi gantung sampai mati aku berharap ibu juga akan mati bersamaku kerana salah mendidik ku dari kecil. (lebih kurang gitulah ayatnya) Menunjukkan si penulis surat mungkin masih lagi kanak-kanak yg belum matang atau sebenarnya surat itu hanya rekaan semata-mata, tidak berasas dan boleh jadi fitnah kepada seseorang. Bagaimana mungkin seorang banduan tegar tidak beroleh pengajaran hidup dari dalam penjara? Jika benar seorang anak dipenjarakan di atas kesalahannya sendiri yg harus dipertanggungjawabkan ...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.