Langkau ke kandungan utama

Catatan

Depress kerana kerja?

Soalan : Salam Puan..  Sy mohon kata2 motivasi dari puan. Sy ibu berkerjaya dan berkahwin. Ada suami dan 2 org anak. (6 thn dan 4 thn).  Sy long distance ulang alik dari rumah Rawang ke KL tempat keje. Akibat terlalu penat sy slalu jadi tak ikhlas bekerja. Sy rasa 10tahun sy kerja kosong jiwa. Takde apapun buat sy rs puas. Sy slalu mengatakan sy tak ikhlas dlm kerja. Sy mahu kerja sendiri dan puas dgn hasil usaha sendiri seperti berniaga. Namun kedua ibu bapa tak setuju sy berhenti kerja kerana sumber pendapatan mereka ialah dari sy yg menyara keperluan mereka. Sy terlafaz ayat tak ikhlas. Mcmana puan? Adakah sy di tahap depression tinggi? Banyak kali berubah. Jaga solat. Semakin sy jaga solat semakin berat ujian Allah nk uji kesabaran sy..Sehingga sy tak mampu menepis. Mohon pinjamkn kata2 semangat puan😰 T.kasih sudi membaca luahan sy. Semoga Allah merahmati Puan sekeluarga. . Wsalam puan.. Maaf, ambil masa lebih 2 minggu untuk menjawab. Soalan ...

Gelap itu menakutkan ~ Sebuah ibrah dari gerhana

Selepas melihat lihat perkongsian gambar bulan gerhana sampai ke kemuncaknya, "Abang, Fatihah, jom kita solat sunat gerhana nak?" "Nak! Nak!" "Ok jom! Mak ajarkan dulu macamana nak solat sunat gerhana." *Satu tips untuk ajar anak beribadat tanpa paksaan adalah sentiasa mulakan dengan ayat tawaran. Setelah habis solat, mak mulakan 'khutbah ringkas' versi rumahku sekolah pertamaku. Hihi.. "Abang dan Fatihah tahu tak ada apa hikmah di sebalik fenomena alam macam gerhana ni?" "Tak tahu." "Bila gerhana terjadi, dunia akan gelap buat seketika. Apa yg abang dan tiha rasa bila dunia kita gelap tanpa cahaya?" "Tiha rasa takut sangat macam nak menangis." Fatihah menjawab. "Tapi mak.. Kan kita ada teknologi sekarang. Manusia dah cipta lampu. Dengan adanya lampu manusia tak perlu rasa takut dengan gelap lagi." Fathi menjawab dengan skil kbat nya. "Betul tu. Tapi cuba bayangkan ka...

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut". Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri. Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya. Jauh lebih pen...

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Hidup ini satu jihad ~ Selamat memasuki tahun baru 2018!

3 hari sebelum naik sekolah tempohari, saya berbual-bual dengan anak-anak seperti biasa semasa kami berada dalam kereta selepas selesai membayar yuran dan ambil kitab sekolah agama Fathi & Tiha. "Fatihah, ustaz tadi baik kan? Cakap lembut je kan? Mulai tahun depan, Fatihah kena berazam untuk rajin datang sekolah agama boleh? Jangan takut belajar dengan ustaz lagi. Jangan takut kalau misalnya tak dapat sekelas dengan abang lagi." Saya memulakan sesi perbincangan. Bagi anak-anak yg homeschool sejak kecil lagi, memang kebiasaannya akan menghadapi masalah bila masuk sekolah. Baginya rumah lebih best dari sekolah dan emaknya ini lebih bagus dari cikgu-cikgu di sekolah. Mereka lebih selesa belajar di rumah dari sekolah. Isu Fathi & Fatihah ini sama saja sejak dulu. Entah macamana gayanya nanti dengan Fahmi pula. "Hmm.. Ustaz tu memang cakap baik tapi mesti dia garang! Tapi ustaz tu nampak macam tak reti bercerita dan buat lawak je?" balas Fatihah. ...