Langkau ke kandungan utama

Catatan

Video Pendidikan Penyusuan Susu Ibu & Kesihatan Kanak-kanak ~ SIRI 1 : Tak cukup susu?

Inilah hasil pertama saya sebagai penulis skrip dan lakon layar. Juga sebagai editor dan memasukkan subtitle ke dalam video ini. Ya, video ini penuh tragedi & airmata yg datang bersama dengan pengalaman ini. Sudah lama siap, tapi saya baru terfikir mahu meletakkannya di blog kesayangan ini. Hehe.. Video seterusnya Scene 2 : Nipple confusion dan Scene 3 : Jaundice akan bakal menyusul. Masih berbaki lagi shooting. Dan saya masih lagi menjadi penulis skrip dan lakon layarnya. Kali ini tak mahu lagi terlalu panjang dan terlalu kaku.. Hehe.. Doakan kemenjadiannya. Insha Allah. Sekarang, saya sedang sibuk untuk set up website baru KSPSIJB bersama tim saya. Berat rasanya tanggungjawab ini. Allah.. Sungguh banyak sekali yg perlu dilunaskan. Waktu ini juga, Telaga Biru sedang menunggu juga manuskrip penuh saya untuk Buku Didik Anak Abad Ke 21 ... Juga sedikit waktu lagi saya akan melancarkan penerbitan My Busybook KIK. Banyak rangka promosi yg perlu diselesaikan. Saya sed...

Jalan menuju syurga

"Hari ni Tiha dah janji dengan mak kan nak pergi sekolah agama?" "Hmmm..." Fatihah menunduk. "Semalam kan mak dah bagi peluang kat Tiha tak datang sekolah agama jadi hari ni Tiha dah janji nak pergi kan? Bila dah berjanji kena tepati tau." "Alaaa, tak ada sesiapa pun yg tahu Tiha tak datang.. Ustazah baru ni tak kenal Tiha pun." "Abis, kawan-kawan? Mesti ada yg cari Tiha kan?" "Tak ada mak. Kawan-kawan pun tak ada yg tahu nama Tiha ni apa.." *Hmmm.. Lupa pulak Fatihah ni sejenis banyak cakap kat rumah tapi diam seribu bahasa kat sekolah.

Kebebasan kerjaya surirumah

Buat sementara waktu, saya akan hibernate sebentar dari facebook. Ada tugas baru sejak lantikan sebagai Timbalan Pengerusi KSPSIJB tempohari. Berat rasa amanah ini. Banyak yg perlu dirombak dan diberi nafas baru. Untuk beberapa ketika, saya akan menumpukan aktiviti pada kelab. Dalam waktu terdekat ada PC Course yg perlu diuruskan dengan baik. Sesiapa yg berminat mengembangkan kerjaya surirumah, bolehlah ikut jejak saya dengan bermula di sini. ;) ♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo . Seminggu ini juga dapatlah merasa menjadi Pegawai Kreatif cum Designer untuk kelab. Hehe.. Tempohari, dapat merasa kerjaya Editor Video. Lepas ni, kita tukar lagi kerjaya sebagai Webmaster pula ya menyusun strategi membangunkan sebuah website ala-ala The Vocket! Jangan risau, saya tak tiru. Saya hanya mahu buat yg lebih baik dalam kapasiti penulis yg sedida ada dan punya originaliti tersendiri. Insha Allah, doakan!

Suka hadith

Harini hari yg penuh aktiviti untuk kami. Seperti sebelum ini, saya tidak memaksa anak anak membaca seorang satu Hadith sebelum tidur. Saya hanya perkenalkan keseronokan membaca Hadith saja selepas itu terpulang kepada anak anak. Saya tidak beri mereka tekanan. . Malam ini tiba tiba Fathi ambil sendiri kitab Riyadhus solihin di rak buku. Masa itu, maknya sedang melunaskan kerja kerja tertangguh di Fb. *haishhh tak senonoh maknya* 😷 Selesaikan secepatnya. Kemudian, Baru boleh berpindah fokus. Seperti biasa, saya akan mencatatkannya di notepad. Saya dan anak anak menyimpan hasrat untuk membukukan kesemua Hadith yg kami baca ini dengan cerita yg lebih simple melibatkan dunia kanak kanak. Insha Allah satu hari nanti. Moga akan ada peluang dan rezki untuk kami. Doakan.

Projek Educational BF Video stage terakhir

Pengalaman meng-edit video untuk memasukkan subtitle amat susah bagi seorang surirumah seperti saya. Apalagi terpaksa menggunapakai laptop suami sejenis Ubuntu yang rare ini. Banyak benda tak boleh nak download sesuka hati. Perlulah difikirkan jalan keluarnya sendiri untuk maslahat ramai orang. Huhuhu.. Bertabahlah diriku!

Tips memilih bakal suami bagi yang tidak pasti

Sudah lama saya memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa lagi mengenai isu anak luar nikah. Bukan apa.. Saya cuma merasakan tak mampu menjawab semua soalan yg singgah di komen mahupun di emel. Terlalu banyak cerita belakangnya yg membuatkan saya tidak begitu kuat memberi nasihat tentang masa depan seseorang.  Saya tidak tahu masa hadapan manusia. Tapi yg satu ini ditulis dengan penuh kejujuran dan tatabahasa yg baik. Bikin hati saya terpanggil untuk menghulurkan sedikit nasihat yg tidak seberapa. Anggaplah ini nasihat dari seorang kakak buat semua yg masih mencari-cari bakal suami atau yg sedang menuju gerbang perkahwinan secara umumnya. Moga ia dimanfaatkan sebaiknya. Soalan :

Mendidik anak solat part 3

Soalan : Anak sy 6 tahun. kalo nak ajar start dr takbir tu, terus buat 3 rakaat ke klo contoh magrib atau cukup sekadar kita buat 1 rakaat utk permulaan ? Dah lama sy google panduan camni akhirnya dpt bc kat wall akak Jawapan : Ajarkan anak mengikut rakaat yg lengkap. Maghrib 3 rakaat. Kerana rakaat pertama bacaannya alfatihah dan surah. Rakaat kedua ada tahiyyat awal. Rakaat ketiga hanya bacaan alfatihah tiada surah dan tahiyyat akhir. Kesemua rakaat ada pelajarannya tersendiri.