Langkau ke kandungan utama

Catatan

WEAN-OFF (cerai susu)

Sesetengah wanita hamil masih boleh menyusukan anak. Sesetengahnya pula hanya tidak boleh. Saya akan mengalami Hb rendah setiap kali mengandung. Juga alahan yang agak teruk semasa di awal trimester. Tambahan pula ada rasa sakit dan ngilu dalam rahim setiap kali menyusukan anak. Kerana ini keputusan untuk wean-off terpaksa diambil. Rupanya ia bukanlah semudah yang disangka untuk putuskan begitu sahaja. Saya sedikit tertekan dengan situasi ini pada awalnya. Tiap kali menyusukan anak (berikan juga) saya berada dalam kesakitan yang amat sangat! Hinggalah pada satu hari, saya berjumpa Mak Aji Urut yang selalu saya minta nasihat perbidanan daripadanya. Biasanya, dia tidak lokek berkongsi ayat / surah bacaan bagi satu-satu isu kerana dia pernah belajar dari Darussyifa’. “Mak Aji, ada ayat tak yang boleh kita amalkan untuk putuskan susu dengan anak?”

Anak kecil & stres

Dari peti soalan : Salam puan, Saya ibu kpd 2 anak yg abg berusia 7 thn dan adik 5 tahun. Masalah sy skg kedua2nya mls nak kesekolah..setiap kali saya hantar kesekolah agama dan kebangsaan si abg dah mula menangis.mcm tu juga adiknya.. saya nak minta pendapat puan mcmana nak atasi masalah sy ni Terima kasih. Jawapan : ‘Alaikumussalam puan. Maaf, lambat saya membalas pertanyaan puan ini. Pada kacamata saya, tiada seorang anak pun dalam dunia ini yang dilahirkan dengan sikap malas. Isu sebenar yang saya nampak hanyalah anak puan kurang motivasi untuk ke sekolah. Apakah faktor atau mungkin berlaku kejadian yang menyebabkan anak puan kurang motivasi untuk melakukan suatu perkara? Ada beberapa faktor boleh diambilkira. Salah satunya adalah stres.

Lagi tentang pilih kata

"Tali otak" bagi anak kecil. Walaupun berulangkali mengingatkan diri untuk memilih perkataan dan tidak menyebut tingkahlaku anak yang kurang positif, adakalanya saya masih terlepas juga dua tiga perkataan. (Bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk mendidik anak kecil. Tapi, ini sajalah jalan yang paling mudah.) Pada satu pagi... "Mak, kenapa abang rasa susah nak buat kalau abang rasa tak nak?" Tanya Fathi (6 tahun) semasa sedang melihat saya menggosok pakaian. Kebetulan, ustaz dalam tv baru menyebut satu ayat "80% rasa ketakutan itu adalah anggapan. Belum tentu betul." "Hmmm... Sebab abang fikir susah dulu dan takut nak mencuba. Kalau abang cuba dulu mesti tak rasa susah. Tengok macam ustaz ni cakap. Apa yang abang takut tu 80% cuma anggapan. Selagi abang tak cuba dulu, abang tak tahu betul ke dia susah nak buat atau tidak. Contohnya, cuba abang makan macam-macam sayur dulu. Baru abang tahu ada sayur yang rasanya tak pahit. Tak sem...

Sujud syukur anak kecil & senarai semak

Usai solat dan berdoa, saya melihat ada seseorang sedang bersujud meniru gaya emaknya bersujud. "Abang sujud apa tu?" "Abang sujud syukurlah. Hari ni kan abang dapat berus gigi dengan ubat gigi kecik kat sekolah tadi. Mak, betul tak bila kita terima sesuatu Allah bagi kita kena sujud syukur?" "Betul tu. Bagus abang sujud syukur. Kita sujud syukur sebab kita gembira dapat sesuatu daripada Allah melalui orang lain yang sampaikan pada kita. Tapi, tak kira kita gembira ke tak, kita kena sujud syukur tanda kita berterima kasih pada Allah. Bukan setakat kita menulis je tau. Abang baca apa masa sujud syukur tu?" "Abang baca selawat je.. Hehe.. Abang kan suka selawat." "Bagus.. Boleh juga kita baca selawat 3 kali lepas tu boleh baca doa Ya Allah, terima kasih atas berus gigi dan ubat gigi tu. Murahkan rezki mak dan abah dan semua orang Islam.. Amiin.." "Ooo, abang terlupa (tak tahu). Esok abang baca doa dia panjang-panjang l...

Baik atau buruk ujian hidup

Mendengar dan menginsafi kata-kata seorang al-Hafiz : “Dalam hidup kita ini kita mahu semuanya mengikut apa yg kita mahu dan rancangkan. Jika sesuatu yg terjadi di luar kemahuan dan rancangan kita, kita katakan itu adalah sesuatu yg buruk dalam hidup ini. Tapi, dalam al-Quran Allah dah berikan definasi apa itu yg baik dan buruk. Tak semua yg kita nampak buruk itu adalah yg terburuk. Begitu juga sebaliknya. Apakah kebaikan sahaja yg kita mahukan dalam hidup ini? Adakalanya, dengan keburukan itulah datangnya segenap kebaikan. Sebenarnya, tidak kira apa jua yg terjadi dalam hidup kita samada baik atau buruk, itu semua ujian. Orang Islam yg baik akan menukarkan setiap kebaikan mahupun keburukan yg terjadi dalam hidupnya itu menjadi amal soleh. Walau apapun yg terjadi dalam saat susah atau senang, kita harus menukarkan situasi menjadi amal soleh. Itu sajalah yg akan dapat meneruskan perjalanan hidup ini menuju akhirat. Kesedihan, kegembiraan akan berlalu pergi. Tiada apa yg ...

TANTRUM Anak Kecil

Sejak bercuti tempohari, Fahmi (2 tahun) sudah mulai menunjukkan tantrumnya. (Jika dahulu, anak tantrum pun masih sempat ambil gambarnya (saja menyakat), bila anak 3 sudah tidak sempat semuanya. Hehe.. Tiada gambar yang betul-betul, hanya ada gambar setiap kali tingkahlakunya yang elok-elok saja. Ini juga salah satu perubahan saya. Berhenti mengambil gambar anak di saat mereka menunjukkan tingkahlaku kurang baik. Saya baru sedari yang kita tidak menunjukkan satu penghormatan kepada anak jika kita masih ada hati mengambil gambar di saat mereka "bad mood"). Sudah lama abang dan kakaknya, Fathi dan Fatihah (6 & 5 tahun) tidak lagi mentantrumkan dirinya. Tapi, bila diingat kembali mereka berdua juga satu masa dulu, Masha Allah, boleh tahan juga tantrumnya. Lebih-lebih lagi Fathi! Ketika anak sulong dahulu, Fathi, sejak berumur 3 bulan lagi dia sudah mogok susu (nursing strike). Semasa itu, saya tidak tahu apa-apa, kenapa lebih 12 jam dia tidak mahu menyusu  lang...

Anak tidak suka mengaji

Dari peti soalan : Assalam kak. Sy nak minta pendapat & nasihat sikit. Cuti sekolah ni anak sedara sy lelaki umur 6 tahun akn duduk dgn sy selama sebln. Parents divorced & tggl dgn mak n sorg adik perempuan. Anak sedara sy ni agak nakal, xboleh ditegur, mengamuk kalau kena nasihat, negatif & suka marah. Mmg kena sabar je kalau duduk dgn dia. Boleh akk bg masihat mcm mna sy nk buat? Terima kasih kak Lagi satu kak.. Smlm suami sy ajk dia mengaji,dia xnk. Dia dh nk masuk drjah 1 tp cuma tahu bberapa surah. Xsampai 10 pn. Mcm mna nk bg dia minat mengaji kak? Maaf lah kalau byk pula soalan. Jawapan : Wa ‘alaikumussalam adikku. Pertamanya, mohon maaf atas kelewatan jawapan balas ini. Ada SATU perkara yang perlu dilakukan dalam isu ini. Ia juga adalah perkara WAJIB BUAT oleh semua ibubapa atau orang dewasa lain apabila berhadapan dengan anak-anak yang mempunyai isu tertentu. BERSIHKAN CERMIN PANDANG. Peraturan ini adalah asas bagi semua ibubapa/penj...