Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mengajar mengaji anak kecil

Sebenarnya, inilah perkara utama yg mahu saya kongsikan kepada ibubapa/pengajar al-Quran yg lain. Namun, proses penerbitan buku "Mendorong anak suka membaca Al-Quran" ini memakan masa sejak dekat 1.5 tahun dan bakal mengambil masa agak lama lagi, saya tak pasti. Pagi ini pula mendapat soalan dari peti emel. Soalan : As-salam puan , Untuk tahap umur anak saya 6 tahun ..perlukan saya tekan tajwid ketika mengajarnya. Saya dapat lihat anak saya semakin jauh hati untuk membacanya . Di tadika dia dimarahi ..saya kesian sangat...saat ini dia masih membaca qiraati 3 ...guru tadika mengatakan yang anak saya agak ketinggalan dalam qiraati . Saya nak anak saya suka mengaji dan tidak bosan ....saya taktau apa yang harus saya lakukan . Kalau suami ajar mengaji anak saya mmg menangis dan membaca dengan terpaksa kerana dirotan ... Tolong puan ...bantu saya ...saya nak betulkan keadaan sebelum terlambat ... TQ

Anak kecil bermasalah?

Sudah lama soalan ini diperap. Maaf kerana ambil masa yg lama sebelum saya beroleh kekuatan dan buah fikiran untuk menjawab. Ini adalah soalan daripada seorang sahabat saya. Kawan-kawan lama termasuk ahli keluarga saya memanggil saya "Kak dah". Tanpa edit, moga perkongsian ini bermanfaat sesama kita. Juga diharapkan mereka yg lebih berpengalaman (sebagai ibu tunggal) juga boleh berkongsi tips dengan sahabat saya ini. Soalan : Assalamualaikum kak dah....nk mintak tlg jasa baik kak dah...nk mintak khidmat nasihat psl ank2 ni.dh baca ayt suci sblm tdo,ya latif.surah toha n mcm2 lg setiap kali sblm tdo dh bisikkn perkara baik2 kt telinga mereka berdua.mcm ni kak dah.kte tw perkara mcm ni kne sabar dan lambat laun Allah makbulkn.cuma skrg ni perkara dh jd makin teruk pulak. Tw la perangai ank no 2 kn...mmg agk lain mcm tantrum n mcm2 lg..slalu menyakitkn ati si kakak ni.kakak umur 7.adek umur 3.dua2 pempuan. Mlm td kte baru pas iron bju, kakak nk try iron bju sdri jd...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mara, seperti biasa kami akan mendengar Ikim.fm. Slot bersama seorang Ustaz (tidak pasti siapa kerana kami terlepas dan sempat mendengarnya setengah hingga ke akhir sahaja) menyatakan indeks ukuran (KPI) untuk kita mengetahui samada Ramadhan yang lepas memberi makna kepada diri kita dan berjaya melaluinya sebagai suatu tarbiyyah atau tidak adalah melalui puasa enam. Samada kita mampu atau tidak berpuasa 6 hari di bulan Syawal begitu juga samada semua amalan dan aktiviti harian kita selepas ini (seperti solat malam dan membaca al-Quran) dapat dilakukan secara automatik atau tidak. Bagaimana amalan yang dikatakan automatik? Bukan semi-automatik atau manual? Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat membaca al-Quran dalam 1 hari. Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat bangun malam untuk bersolat. Inilah hasil tarbiyyah Ramadhan tanda puasa dan amalan kita diterima ataupun tidak. Wallahu 'Alam. Mog...

Pembentukan emosi anak-anak.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10152241032922745&l=4000282164337073015 Beginilah keadaannya tiap kali kami sekeluarga di dalam kereta. Kebiasaanya kami mendengar ceramah agama Ustaz Nouman Ali Khan atau apa jua jenis kelas agama yg di download Tuan Suami. Kebanyakan masa pula apabila masuk saja kereta Fathi dan Fatihah dengan sendirinya akan pasangkan sendiri cd orang mengaji. Hingga ada sekali abahnya mahu layan sekejap lagu Jamal Abdillah pun dibantutkan oleh Fathi. Katanya mahu dengar orang mengaji. Sudah lebih setahun juga kami bersama amalan ini. Sebelum ini kami banyak mendengar Ikim.fm. Sekarang, ikim pun tak sempat kami dengar. Apalagi saluran radio lain sudah lama ditinggalkan. Saya mendapati sesuatu dalam sahsiah diri anak anak saya. Mereka sangat mudah berkompromi dan dibawa berbincang. Jiwanya menjadi besar. Mengapa saya katakan jiwanya besar?

Mendorong anak cilik suka bertudung.

Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung. Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung! Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) : 1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.

Hak anak luar nikah.

Soalan : Tanpa Nama berkata... Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya...

Ajar anak sabar dan tidak membazir.

Setiap kali anak-anak meminta sesuatu dan mereka bersetuju untuk bersabar saya akan menegaskan kembali pelajaran yg mereka perolehi. "Mak tak tipu kan? Bila kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak lagi. Asalkan kita sabar dulu. Sedap tak aiskrim ni?" "Kita kena makan sampai habis. Tak baik membazir. Allah tak suka orang yg membazir." "Kalau kita nak apa-apa, kita kena cakap-cakap (doa) pada Allah. Allah akan bagi apa yg kita minta kalau kita bersabar." Mereka faham dan angguk. Ini antara dialog yg selalu gunakan malah kerap saya ulang-ulang beribu kali setiap kali ada 'isu' di antara anak-anak apabila mereka mula menangis atau membuat 'perangai'.