Rabu, 10 September 2014

Anak kecil bermasalah?


Sudah lama soalan ini diperap. Maaf kerana ambil masa yg lama sebelum saya beroleh kekuatan dan buah fikiran untuk menjawab.

Ini adalah soalan daripada seorang sahabat saya. Kawan-kawan lama termasuk ahli keluarga saya memanggil saya "Kak dah".

Tanpa edit, moga perkongsian ini bermanfaat sesama kita. Juga diharapkan mereka yg lebih berpengalaman (sebagai ibu tunggal) juga boleh berkongsi tips dengan sahabat saya ini.





Soalan : Assalamualaikum kak dah....nk mintak tlg jasa baik kak dah...nk mintak khidmat nasihat psl ank2 ni.dh baca ayt suci sblm tdo,ya latif.surah toha n mcm2 lg setiap kali sblm tdo dh bisikkn perkara baik2 kt telinga mereka berdua.mcm ni kak dah.kte tw perkara mcm ni kne sabar dan lambat laun Allah makbulkn.cuma skrg ni perkara dh jd makin teruk pulak. Tw la perangai ank no 2 kn...mmg agk lain mcm tantrum n mcm2 lg..slalu menyakitkn ati si kakak ni.kakak umur 7.adek umur 3.dua2 pempuan. Mlm td kte baru pas iron bju, kakak nk try iron bju sdri jd die amek iron yg dh off tu die wt gosok2 kain alas td...mse tu kte kt dapur cuci botol susu lps iron bju.pastu ttibe si adek yg tgh tdo meraung die pgg tgn die ckp darah2 tp mata die x bkk...kte tgk tgn die xde pape pn...kte peluk2 die tnye npe...igt die mengigau ke. Dlm ati takut ada gangguan ke sbb sblm ni pnh ada org cuba nk anta2 bnda x elok n si adek sorg je yg bley nmpk,mungkin sbb die bdk kcik lg...tp pg ni,bila bgn tdo kte tgk tgn die melepuh.rupe2 nye si kakak mlm td iron tgn adek tu.kte tw luka tu disebbkn iron sbb kte pn pnh terkena iron mse skolah dlu.bile kte tnye,npe kakak iron tgn adek?akk x sengaja ke?die geleng...abes tu npe iron tgn adek.die diam je.pastu die ckp die xnk bgtw.adui pening jp.tp kte wt cool je.dlm ati nk tgu smpy die gtw sdri.tp sbnrnye x saba nk tw npe die iron tgn adek die.last2 kte ckp cmni kt kakak,kalau akk xnk gtw xpe.nnt malaikat gtw umi jgk...die trus diam.kte x tw nk wt cmne lg kak dah .x nk bg dorg asyk bertengkar jr..doa x putus utk dorg supaya syg menyayang.tlg kak dah bg kte jalan atau cara utk tlg kte.kte agk stress.dgn kje.ank2 yg asyk bercakar ari2.tmbhn pula,kte ibu tunggal.tlg ea kak dah bg cadangan.kte xnk mrh2 dorg kalau bley.tp kalau smpy tahap melampau tu kte marah n hanger jgk.




Jawapan :

1. Sebenarnya, berat untuk saya jawab dan memberikan tips yg bersesuaian kerana situasi kita berbeza. Tugas menjadi seorang ibu tunggal memang berat. Apalagi ketika anak-anak masih kecil. Mungkin saya boleh tersilap dalam memberikan jalan penyelesaian kerana tidak kena pada situasinya. Mohon ibu tunggal yg lebih berpengalaman dari saya boleh berkongsi pandangan di sini.

2. Cuma apa yg boleh saya kongsikan beberapa perkara asas saja secara general iaitu sebagai usaha jika langkah-langkah ini masih belum dilakukan.

i- Ubah 'pandangan' kita ketika memandang anak-anak.
Anak kecil umpama cermin buat diri kita. Telus dan polos. Jika kita (ibunya) punya pandangan seperti "anak aku memang degil" "susah budak ni taknak dengar cakap" "budak-budak ni memang suka bergaduh susah nak baik" atau sebagainya, maka itulah yg melekat pada diri anak-anak.

Bersihkan pandangan itu. Beri isyarat pemikiran yg lawan sifat-sifat di atas walaupun kita tahu realitinya bagaimana. Percayalah, dengan kekuatan minda kita mencorakkan bagaimana perilaku anak-anak, dengan izin Allah lambat laun mereka akan berubah dengan sendirinya. Barulah segala doa dan bacaan ayat al-Quran yg kita bacakan kepadanya setiap malam itu lebih menjadi.

Anak-anak adalah apa yg kita fikirkan. Secara sedar ataupun tidak sedar. Betapa pentingnya satu "pandangan" sepertimana tulisan saya dalam Bab 1 Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran : Apa yg dipandang, itulah yg terbias.


ii- Anak perempuan memang agak manja berbanding anak lelaki. Anak perempuan saya yg no.2 ini memang manja orangnya tetapi sangat garang! Jangan main-main jika moodnya sudah berubah. Bila dia mula menyinga, biarkan saja dulu. Jangan dimarahi kerana ia lebih akan merosakkan perasaan dan jiwanya. Sebaiknya, kita yg kena TELAN kemarahan itu. Panggil dia ke sisi kita untuk dipeluk. Dia memang takkan mudah datang kepada kita apabila dipanggil. Cuba juga memujuknya dengan katakan kepadanya "emak nak peluk saja, bukan nak marah".

Selepas memeluknya, mainlah hidung-hidung dengannya. Itulah perkara yg paling disukai oleh anak yg garang tapi manja ini. Hehe.. Geselkan hidung kita kepada hidungnya. Semasa itu, moodnya konfem sudah menjadi baik, barulah kita cakapkan apa yg kita tak suka dan minta kerjasama dengannya untuk berkelakuan yg sepatutnya.

Anak no.2 ini jika mahu bercakap dengannya atau mahu mengajarnya, tidak jalan bila kita marah-marah ataupun semasa moodnya sedang 'ke laut'. Memang kita perlu banyak telan kemarahan. Itu saja cara paling cepat untuk memastikan anak-anak mahu mendengar dan ikut kata kita.

Banyakkan main hidung-hidung.

iii- Doakan mereka dalam nada suara yg boleh didengarinya.

Selain kita mendoakannya di dalam solat / bercakap-cakap dengannya sebelum tidur, sangat membantu apabila setiap kali sesudah solat, kita ajak mereka solat bersama dan doa bersama-sama. Semasa doa bersama, sebut nama seorang demi seorang dan sebutkan apa tingkahlaku yg kita mahukan daripadanya. Seperti di dalam tulisan saya dalam Bab 3 : Doakan anak dalam nada yg boleh didengari.

Contohnya, "Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan Fathi anak yg soleh, Fatihah, anak yg solehah dan Fahmi anak yg soleh juga. Jadikan Fathi, Fatihah, Fahmi orang yg rajin sembahyang, suka mengaji, suka cakap baik-baik, tak jerit-jerit, suka kongsi barang, main sama-sama, tak gaduh-gaduh, suka belajar dan dengar cakap mak."

Mereka akan mendengar dan mengaminkan sendiri bacaan doa itu sambil mengangguk-anggukkan kepala masing-masing. Hehe.. Semakin kerap kita solat bersama dan doa bersama anak-anak, mereka akan hadam dan memahaminya. Pada saat selepas solat, jiwa dan perasaan anak-anak ketika itu dalam keadaan tenang dan sangat terbuka/positif menerima apa saja ucapan/ajaran daripada kita, ibunya.

Katakan yg baik-baik "di saat pintu langit terbuka luas" untuknya.

iv- Ia mengingatkan saya kepada bacaan saya terhadap tulisan Ustaz Hasrizal sedikit masa dahulu. Semasa itu, beliau aktif berkongsi tips parenting yg sangat realistik kerana beliau turut sama mengakui kelemahan beliau dalam mendidik anak-anak. Sama seperti ibubapa lain yg punya isu tertentu bersama anak-anak. Hanya kini, beliau tidak mahu lagi bercerita mengenai keluarganya kerana terlalu mendedahkan anak-anak juga ada sisi kurang enaknya.

Beliau pernah berkongsi satu masa dahulu, beliau dan isterinya (seorang doktor) juga pernah mengalami saat depression yg teruk berhadapan kerenah anak-anak mereka. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk berjumpa Doktor Psikiatri. Ia bukanlah sesuatu yg buruk atau memalukan sebenarnya. Adalah lebih baik dan molek apabila kita buntu terhadap kerenah anak-anak, berjumpa dengan Pakar sebenar adalah jalan yg paling bagus daripada kita meminta pendapat orang yg bukan-bukan seperti saya..Hehe..

Semasa beliau berjumpa Doktor Psikiatri, doktor tersebut ada bertanya, apakah setiap masa anak-anak ustaz asyik bergaduh dan berkelakuan tidak baik?

Bukan setiap masa. Ada masanya mereka baik.

Jadi, ketika mereka baik, apa yg ustaz dan isteri lakukan?

Membiarkan mereka dengan mainan masing-masing.

Lalu, di situlah puncanya menurut kata Doktor tersebut. Kerana anak-anak mendapat signal bahawa jika mereka berkelakuan baik, ibu ayahnya tidak memberikan perhatian atau apa-apa kepada mereka. Satu-satu caranya mendapat perhatian ibu ayahnya adalah melalui berkelakuan tidak baik atau bergaduh.

Kerana itu amat penting untuk kita acknowledge dan memuji kelakuan baik mereka ketika dapat bermain sama-sama dengan adik beradik lain. Semasa mereka tidak bergaduh, beritahu peraturan asas ini berulangkali dan betapa kita bangga dan suka dengan sikap mereka yg baik ini. Bukan semasa mereka bergaduh, baru kita menyebut dan senaraikan semua kesalahannya.

Begitulah.. Dunia anak-anak dan orang dewasa memang berbeza. Kadangkala, kita tak dapat memahami apa yg difikirkan oleh anak kecil kita yg asyik bergaduh setiap masa atau berkelakuan yg menjengkelkan. Oleh kerana kita tidak dapat berada dalam kasutnya, cara paling mudah kita selalu menyalahkannya dan mahu mereka berubah dalam sekelip mata tanpa diberikan ruang dan masa.

Tidak salah berjumpa dengan yg lebih pakar untuk melihat sisi yg tidak mampu kita lihat seorang diri. Masyarakat pula, berikanlah kerjasama dengan melihatnya sebagai usaha murni ibubapa dalam memastikan hak anak-anak dapat terus dipelihara.

Tulisan ustaz Hasrizal yg saya baca dahulukala tidak dapat dicari semula. Hanya berjumpa yg ini - http://drmuna.wordpress.com/2010/02/20/inilah-kami/


Wallahu a'lam. Saya buka kepada sebarang pandangan dan buah fikiran yg lain.

Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...