Sebelum ini sebenarnya saya menerima begitu banyak komen, emel dan private message yang meminta untuk 'dijodohkan' dengan sesiapa yang tidak mahukan baby dan mohon diberikan kepada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Ini semua bermula daripada satu perkongsian pengalaman saya membantu seorang hamba Allah ini satu masa dahulu . Namun, setiap komen dan mesej tersebut adakala saya jawab dengan baik jika beliau approach dengan cara yang berhemah dan kena gayanya. Manakala, saya tidak akan menjawab malah terus tekan delete pada mesej / komen yang gayanya seperti mencari anak kucing yang berkeliaran di pasar malam ( kalau ada, bagilah saya ). Semudah itu. Sebenarnya, saya tidaklah bertindak kejam dengan memadamkan semua mesej tersebut. Saya sebenarnya menjadi takut kerana terrrrrrlalu ramai mesej yang serupa yang singgah meminta anak untuk diangkat semudah itu. Saya takut untuk meletakkan saham yang kelak saya akan ditanya meng...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.