رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Selasa, 23 April 2013

# keibubapaan # keluarga

Mengurus emosi bayi

Soalan yg saya terima minggu lepas.

Salam puan,

Saya terbaca blog puan mengenai menjadi surirumah...dengan 3 anak kecil...
saya tabik dgn puan sebab saya baru anak seorang berusia 5 bulan..pun dah stress
sebab x pandai menguruskan bayi seorang diri jika ayahnya bekerja pada hari sabtu.

Saya ibu yang bekerja jadi hanya fully mengasuh anak hari sabtu dan ahad saja..
tapi cuma satu yang membuatkan saya tidak yakin untuk menguruskan bayi saya
seorang diri sementara ayahnya balik ialah :-

1) jika bayi x selesa saya x tahu nak selesakan dia
2) jika dia merengek2.. saya risau saya x dapat tenangkan bayi saya seorang diri
3) yang paling saya fobia jika dia menangis kuat2...saya akan jd cepat stress

Bagaimana nak menguruskan masalah saya ini?


Jawapan :

Maaf puan kerana saya mengambil masa yg agak lama membalas emel puan. Sebenarnya, saya bukanlah orang yg terlalu arif dalam bidang ini. Saya juga masih belajar daripada anak-anak. Tiada jawapan yg tepat untuk soalan puan. Namun, di sini saya hanya ingin berkongsi pengalaman yg ada dan sedikit pendapat.

1. Selesakan diri puan terlebih dahulu, nanti bayi puan akan selesa dengan puan.



Biasanya, jika di sebelah pagi dan petang sebelum memandikan anak, saya yg akan mandi terlebih dahulu dan menukar pakaian yg bersih untuk menyusukan dia. Makan sedikit untuk alas perut dan tidak terlalu lapar atau haus.

Apabila kita sudah bersedia, minda akan menghantar isyarat untuk kita cepat menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi pelbagai situasi bayi. Apabila kita mudah mengawal keadaan dan mengurus emosi, bayi juga akan mudah menyesuaikan diri dengan kita. Di situlah terbit keselesaan.

2. Jangan risau.

Jika puan risau, bayi puan juga akan risau dan was-was dengan puan. Jika puan takut, bayi juga begitu. Bayi akan cepat terkesan dengan siapa yg memegangnya. Lebih-lebih lagi ibunya sendiri.

3. Jangan fobia. Jangan stres.

Walau apa jua masalah dalaman atau luaran yg puan sedang alami, cuba untuk tidak terpengaruh dengan keadaan. Jika mendengar bayi menangis dengan kuat, jangan menggelabah.

Tarik nafas panjang-panjang. Senyum.

Jika puan stres, puan tak boleh tersenyum dengan bayi puan. Akibatnya, bayi puan akan jadi lebih stres daripada puan ketika puan memegangnya. Ambil masa untuk tenangkan dia.

Jika dia menangis kuat semasa mandi, itu biasa bagi semua bayi. Selesaikan dengan cepat sambil cuba mengagah-agahnya dan berbual dengannya atau katakan yg baik-baik dan boleh memberi semangat kepada bayi.

Contohnya, "Fahmi budak baik. Fahmi budak kuat. Fahmi tak takut mandi. Fahmi tak takut air." Dengan bernada atau sedikit menyanyi.

Setelah mandi dan nak memakaikan  baju, memang bayi akan tetap menangis kerana kesejukan. (Ada yg tidak menangis jika mandi dengan air suam. Tapi, saya memandikan anak dengan air biasa. Hanya semasa mandi saja anak saya menangis.hehe)..

Cepat lap badannya dan sapukan minyak. Urut perlahan-lahan seluruh perut dan badannya sambil mengagah-agahnya dan senyum kepadanya sebanyak yg boleh. Diselang selikan dengan Selawat Syifa'. Kebiasaannya, saat ini bayi akan memandang tepat ke arah kita.

Jangan sesekali abaikan pandangan itu. Berbual dengannya. Ketika bayi menangis juga, sahutlah setiap tangisannya dengan lemah lembut.. Contohnya : "Iya.. Mak ada kat sini.."

Bayi sedang mahu mengenali puan dan puan juga harus ambil masa untuk mengenali bayi puan. Berbual dengannya sambil tersenyum. Dia akan belajar untuk senyum kembali kepada puan.



Selawat Syifa' :

Maksudnya : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”



Setelah siap memakai baju bersih dan pampers yg bersih, bacakan Selawat Syifa' dan diikuti dengan ayat 13 dan ayat 17 daripada surah Luqman. Ambil daripada -  "Ya bunayya.... (hingga akhir ayat)".
 A013
A017
[Lihat tafsir ayat].

Kemudian, tiup ke ubun-ubun bayi sambil mengusap-usap ubun-ubun dan seluruh mukanya hingga belakang telinga dan tengkuknya dengan perlahan dan sepenuh kasih sayang sambil tersenyum.

Kemudian, susukan bayi puan dalam keadaan puan dan bayi selesa. Susu badan juga sangat penting untuk membuatkan bayi selesa dan beroleh ketenangan.

Jika bayi menangis bukan masa mandi, periksa 3 perkara.

1. Pampers minta tukar
2. Lapar minta susu
3. Kembung perut - sapukan minyak di belakang lutut, betis, keting dan tapak kakinya termasuk urut perutnya sambil tersenyum dan Selawat Syifa'.

Kemudian, bawanya berjalan-jalan dalam rumah sekitar bilik atau ruang tamu sambil berselawat dan berzikir pada nada yg perlahan yg boleh didengarinya. Saya tidak menggunakan buai, jadi kebanyakan masa saya mendukungnya dan bawa berjalan-jalan sebentar hingga dia tertidur.

Jika bayi belum sendawa, letak bayi dalam keadaan mengiring. Dan kepala ditinggikan sedikit.

Jika bayi kembung perut, letak bayi dalam keadaan meniarap dan kepalanya memandang ke tepi dan tinggikan sedikit kepalanya.

Jika mahu letakkannya melentang seperti biasa, pegang kedua-dua tangannya supaya tidak tersentak-sentak dan lepaskannya apabila dia sudah lena tidur.

Tengok pada keselesaan bayi puan bagaimana.

BERTENANG

Cara boleh pelbagai dan berubah mengikut keselesaan puan dan terutama kepada bayi puan. Lain orang lain caranya.

Asas kepada semua cara di atas ialah tenang dan yakin.

Apabila puan tersenyum kepada bayi puan, secara automatik rentak jantung kita akan kembali kepada ritma/gema lebih perlahan setelah kita melakukan aktiviti dengan cepat atau kita merasa sedikit panik mendengar bayi menangis.

Tersenyum dan katakan pada bayi - "Mak ada di sini, jangan takut".. Sambil memegang jari jemarinya yg comel.

Bayi sangat terkesan dengan gema jantung orang yg memegangnya.

Bayi sangat mudah tahu orang yg memegangnya dapat memberikannya ketenangan atau sebaliknya. Jika dia sedang tidur dan terjaga atau diganggu, dia mahukan seseorang untuk menenangkannya kerana dia sendiri tidak tahu untuk mengawal emosi sendiri.

Untuk menenangkannya, kita yg harus bertenang terlebih dahulu. Kawal emosi kita, barulah kita dapat mengawal emosi bayi yg ada dalam tangan kita.

Emosi bayi menjadi sangat mudah diurus apabila kita dapat memperlahankan ritma jantung kita kepada nada yg boleh membuatkannya bertenang. Ia senada dengan Zikrullah dan bacaan al-Quran.

Sebolehnya, tenangkan bayi dengan menyanyikan zikrullah atau membacakannya ayat-ayat daripada al-Quran. Jika pasang cd/kaset zikrullah atau ayat al-Quran juga boleh, tapi kita perlu ikut sekali dalam alunan itu supaya jantung kita kembali bertenang.

Untuk mendapatkan gambaran yg lebih jelas, boleh baca pengalaman saya menjaga anak saudara saya sedikit masa dahulu di sini.

GANGGUAN

Tip mengenalpasti bayi yg diganggu dgn kehadiran makhluk lain :

Pegang kepalanya dengan mata yg bertentangan antara satu sama lain. Jika bayi anda memandang anak mata anda, bermakna dia ok.

Jika anak mata bayi anda tidak memandang tepat ke anak mata anda dan bergerak melilau ke lain-lain arah [bukan setempat] bermakna ada yg berterbangan di belakang badan anda dan menarik perhatian bayi anda. Ia boleh jadi juga bayi menangis di malam hari dengan suara yg nyaring sementara mata tertutup rapat tetapi tiada airmata yg keluar.

1. Sekat pandangan bayi anda. Arahkan dia hanya memandang kepada anda sambil membaca doa ini :
U'izuka bi kalimaatillahi taammaahMin kulli syaitoonin wa haammaahWa min kulli 'ainin laammaah...
Dan tiup ke tapak tangan anda, kemudian raup ke wajahnya.

Nota : Lama saya mencari tulisan doa yg betul. Ada yg di depannya ditambah dengan "Inni" - Tak betul. Ada juga yg menulis maksud doa ini sebagai " Aku memohon perlindungan kepada anak ini..." - Juga tak betul. Inilah yg paling tepat.

Rujukan hadith asal :

عن ابن عباس قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين يقول أعيذكما بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة.[

[Hr al-Tirmizi Kitab al-Tibb, Bab Ma ja’a fi al-ruqya min al-‘ain, No 1986; dan Abu Daud, Kitab al-Sunnah, Bab fi al-Quran, No. 4112. Dihukum Sahih oleh al-Albani, antara lain dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No 2060.]

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas katanya 'Rasulullah sering meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain dengan berkata "Dilindungkan engkau berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan dan serangga atau binatang berbisa serta daripada semua pandangan mata yang memudharatkan."

Perhatian penting!

Untuk bayi lelaki dibaca (U‘izuka) manakala untuk bayi perempuan dibaca (U‘izuki).
Untuk bayi kembar (2 orang) seperti dalam hadith di atas dibaca dengan (U'izukuma)..
Untuk anak-anak lebih dari 3 orang, dibaca dengan (U'izukum)..

2. Selain doa di atas, amalkan juga doa ini :

Bismillahillazhi la yadhurru ma'asmihi shai un fil ardhi wa la fis samaaie wahuwassami 'ul 'aliim..

Maksudnya : Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Tahu.

Bacaan doa-doa ini sangat baik untuk amalan setiap pagi dan malam ke atas bayi atau anak-anak kecil tak kira usia.

Sebelum tidur malam, bacakan al-fatihah, ayatul Qursiy dan 3 Qul. Lalu, ditiupkan pada dua tapak tangan dan kemudian usap (lalukan) tapak tangan dari ubun-ubun hingga ke kaki kemudian tangan kanan dan kemudian tangan kiri.

Kemudian, bacalah 2 doa di atas sebanyak mana yg boleh dan ditiupkan ke ubun-ubun hingga bayi tertidur.

Yakin, dan buat saja.

Solusi terakhir sekali jika bayi masih menangis lagi tanpa henti setelah semua cara di atas sudah dicuba, barulah puan meminta pertolongan suami untuk mengambil alih tugas puan sebentar sementara puan berehat seketika dan boleh bertenang.

Inilah merupakan amalan dan pengalaman saya sepanjang mengurus tiga orang anak. Lain orang lain caranya. Sejujurnya, inilah yg dapat saya kongsikan bersama puan. Tidak ada cara yg betul atau tertentu dalam soal mengurus emosi anak. Di akhirnya, terpulang kepada bayi puan dan puan sendiri mengikut keselesaan.

Moga tulisan ini dapat membantu puan serba sedikit adanya pengalaman saya yg tidak seberapa ini dan juga dapat membantu pembaca yg lain.

Wallahu 'alam..


[Gambar : Fahmi Mohd. Kamal 2 bulan]


2 ulasan:

surijunior berkata...

Saya ibu beranak 4. Sukar sebenarnya menangani emosi anak jika tidak kena caranya. Saya setuju dengan entry ini. Kembali kepaa zikir & ayat-ayat Allah. InsyaAllah, semuanya akan baik :)

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah.

Jazakallahu khayr kathira atas perkongsian & peringatan ini.

Moga Allah tambahkan lagi ilmu dan hikmah dalam hidup puan.

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor