Langkau ke kandungan utama

Gendong anak dengan betul




Memory FB harini ingatkan kembali buah hati yang sudah tiada lagi.. Rindunya pada ring sling ladybird purple ni. 😭 Ring sling lah carrier paling simple Dan paling mudah nak dibawa ke mana mana.

Seronok menggendong zaman ada baby kecik gini Dan sebelum mak jadi "terlebih bahagia" macam harini 🙈..hehe..



Masa anak pertama & kedua dulu tak pernah tahu kewujudan babywearing. Masa anak ketiga & ke empatlah baru jumpa #babywearingstuff ni.

Gambar 1 - masa check up jaundice Farihin, anak ke 4 - tahun 2015.

Gambar 2 - masa selalu masuk Badan Cemerlang Bookstore kat Angsana hantar Stok Kad Imbas Khadijah gendong Fahmi, anak ke 3, yang susah nak dibawa berjalan ke tempat awam sebab takut orang ramai tahun 2014 tak silap. Sangat mencabar masa ni.

Sebab tu babywearing amat membantu kita buat kerja dengan anak berderet. Hehe..

Cuma, kenalah pilih carrier yang betul bukan main gendong je ikut sesuka hati tanpa ilmu. Ada caranya setiap kali nak gendong anak ya supaya posture badan anak Dan kita betul. Tak sakit belakang.

Joinlah Selat Tebrau Babywearers untuk dapatkan ilmu menggendong anak dengan betul menggunakan apapun jenis carrier. Boleh search and follow di facebook. Tak rugi wahai ibu ibu. Ada library kalau nak sewa carrier. Kadang, kalau beli carrier (dah lah mahal) anak tak selesa sudahnya membazir saja tak digunakan. Itu yang rugi. Ye tak? 😉

#bukansekadargendong



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.