Langkau ke kandungan utama

Mengajar Ihsan kepada anak kecil.



Satu hari, saya terdengar panel jemputan Prof. Dr. Sidek Baba bercakap mengenai pendidikan anak anak di corong radio.

Beliau menyatakan ada 3 tahap pendidikan yg harus dilalui oleh anak anak. Sejak kecil.

Ia haruslah diseimbangkan sebaiknya. Tidak boleh hanya menumpukan pada salah satu atau dua tahap saja daripadanya. Jika ia tidak seimbang, anak anak bakal menjadi tempang sahsiah dalam kehidupannya.

1. Aqal (akademik di sekolah)
2. Qudwah (contoh ikutan akhlak ibubapa di rumah)
3. Ihsan (menanam rasa Allah itu ada dalam hatinya setiap masa)




Usah dihairankan jika sekolah hanya melahirkan manusia yg cerdik di atas kertas. Kerana memang sudah itu fitrahnya.

Di sekolah ada guru pakar dalam bidang tertentu. Serahkan anak kepada yg pakar untuk mendidiknya secara 'aqliyyah. Itu tugas hakiki sekolah & guru.

Namun begitu, sekolah takkan boleh mengajar anak perempuan kita memakai tudung dan istiqamah dengannya. Ia adalah tugas ibubapa di rumah. Melalui namanya Qudwah.

Jika kita mahukan anak berakhlak mulia, inilah tugas hakiki seorang ibu dan ayah di rumah. Bukan sekolah.

Begitu juga menanamkan dalam diri anak mengenai Allah itu ada. Maha melihat tindak tanduk kita samada orang lain melihatnya atau tidak. Lalu, perasaan takut dan malu itu wujud walaupun kita tiada di sampingnya. Ingin sentiasa berbuat baik dan menjauhi kemungkaran.

Suka atau tidak, fungsi dan peranan untuk 2 tahap ini harus dipikul oleh ibubapa di rumah. Ia harus berlaku serentak dengan tahap aqliyyah tadi. Dua peranan ini tidak harus diserahkan kepada orang lain.

.
.
.

Mendengar kata kata ini, saya agak tersentak. Semakin saya berlapang dada dengan sistem pendidikan hari ini. Bahawa kita sentiasa menyalahkan orang / pihak lain kerana sistem yg ada sekarang hanya mementingkan A di atas kertas.

Walhal, hakikat sebenarnya A di dalam diri anak adalah tugas hakiki ibubapanya sendiri.

It takes two to tango.

Masih jauh perjalanan dirasakan.

Bagaimana mahu mengajarkan Ihsan kepada anak kecil 2, 5,& 6 tahun ini?

Kata kuncinya ada pada anak sulong dan harus disokong oleh anak kedua supaya yg lain dapat mengikuti jejaknya.

Peer grup.

Satu hari, semasa menunggu suami di dalam kereta, kami ternampak ada contengan yg banyak di dinding sebuah restoran.

Fathi bertanya, "Mak, kenapa ada orang conteng kat dinding tu? Kan dah kotor. Dia tulis apapun abang tak boleh baca. Dia tulis apa mak?"

"Hmmm... Nilah namanya vandalisme. Mana boleh kita sesuka hati buat kotor conteng conteng tempat yg bukan tempat kita. Dinding rumah kita pun tak boleh contengkan. Kalau kotor, Allah tak suka. Susahlah malaikat nak masuk."

"Van... apa mak? Ha ah.. kalau kotor tempat dia habislah orang taknak datang kedai dia. Macamana dia nak untung buat duit? Lama lama tutup kedai.."

"Kannn.. Kesian dia kalau tutup kedai. Dah menyusahkan orang kedai tu. Sebab tu kita tak boleh buat vandalisme ni. Kita akan menyusahkan orang. Hmm, abang nak tahu tak apa itu Ihsan?"

"Apa pulak tu?"

"Ihsan tu kita sentiasa ingat nak buat benda yg baik, tak menyusahkan orang lain sebab kita tahu Allah maha melihat. Allah tahu apa yg kita buat walaupun waktu malam hari, polis tak nampak, mak ayah dia tak tahu. Allah mesti tahu!"

"Ha ah.. Allah kan maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui. Ustazah Aida dah cakap dah kat sekolah.."

"Oooh, bagus abang ingat apa yg ustazah aida ajar abang tu! Jadi, sebab tulah kita kena buat yg baik walaupun tak ada orang nampak kita. Jangan conteng conteng hak orang awam. Kena selalu ingat malaikat ada kiri kanan kita mencatat. Kenalah malu sikit kat malaikat kan?"

"Betul tu! Mak, kalau kita buat baik atau tak baik nanti malaikat catat, dia bagitahu Allah eh?"

"Malaikat tak bagitahu pun Allah memang dah tahu. Allah kan maha mengetahui."

"O a ah.. Lupa pulak abang. Jadi, bila kita tak buat jahat sebab kita tahu Allah maha mengetahui dan malaikat mencatat, itu namanya Ihsan?"

"Ya, tepat sekali!"

"Ooooo baru abang faham apa itu ihsan."
:)

.
.
.

Tahap pertama programming sudah mula diaktifkan.

Bertitik tolak dari peristiwa ini, insha Allah, saya akan kongsikan tahap "penanaman" seterusnya bagaimana untuk memberhentikan anak anak dari terus menonton Ultraman. Hehe..

Kartun pertama (yg paling disukainya) yg berjaya dihentikan ketagihannya dari terus berlarutan.
Step by step.

Masa untuk aplikasikan kefahaman.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...