Langkau ke kandungan utama

Jalan menuju syurga





"Hari ni Tiha dah janji dengan mak kan nak pergi sekolah agama?"

"Hmmm..." Fatihah menunduk.

"Semalam kan mak dah bagi peluang kat Tiha tak datang sekolah agama jadi hari ni Tiha dah janji nak pergi kan? Bila dah berjanji kena tepati tau."

"Alaaa, tak ada sesiapa pun yg tahu Tiha tak datang.. Ustazah baru ni tak kenal Tiha pun."

"Abis, kawan-kawan? Mesti ada yg cari Tiha kan?"

"Tak ada mak. Kawan-kawan pun tak ada yg tahu nama Tiha ni apa.."

*Hmmm.. Lupa pulak Fatihah ni sejenis banyak cakap kat rumah tapi diam seribu bahasa kat sekolah.



"Kan mak dah cakap sebelum ni. Tak apa kalau kita pergi sekolah agama atau sekolah apapun tapi tak belajar. Kita dapat pahala bila kita rasa penat menuntut ilmu. Pergi sekolah tu kita nak menuntut ilmu kerana Allah. Bukan sebab nak pandai.

Tengok macam abang dengan Tiha dah pandai jawi mak ajar kat rumah sejak kecik dulu tapi kenapa mak nak abang dan tiha sekolah agama jugak?"

"Hmmm, kita nak masuk sekolah sebab nak jadi pandailah mak. Sebab apa lagi?"

"Haaaa... Silap tu bang. Bukan sebab nak pandai.. Mak dah ajar abang dari rumah macam macam dah abang tahu. Tapi mak hantar abang jugak ke sekolah. Sekolah kebangsaan & sekolah agama sebab apa?

Sebab bila kita berpenat lelah menuntut ilmu kita akan dapat banyak lagi pahala. Ulamak zaman dulu merantau jauh cari cikgu untuk menuntut ilmu. Tu yg sampai boleh buat banyak kitab rujukan. Dia dapat pahala yg banyak mengalir sampai zaman sekarang.

Macam abang semalam, bagus. Dengar cakap mak pergi sekolah agama. Dapat nombor telefon ustazah baru tu kan? Abang dapat pahala. Dapat salin nombor telefon ustazah sekali. Senanglah mak lepas ni kalau nak tanya cikgu apa-apa.."

"Tapi, kan semalam Tiha solat pastu tak tengok tv pun walaupun tak datang sekolah agama semalam? Tiha baca je buku, Tiha dengar juga cakap mak. Tiha dapat pahala jugak kan?"

* Juling-juling mata mak dengar jawapan Tiha.

"Hmmm.. Betul jugak. Dapat pahala dah bila kita solat lepas tu dengarr cakap mak. Tapi lagiii baaanyak pahala bila kita pergi sekolah menuntut imu. Walaupun penat, tapi kita gagahkan diri jugak. Sebab Rasulullah ada beritahu siapa yg menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, dia akan dipermudahkan jalan masuk ke syurga! Haaa, best tak best tak?"

*Senyum.

"Mak dulu pun rasa penat bila tiap kali nak pergi sekolah agama. Tapi lepas mak mandi, solat, mak jadi segar balik dan hilang rasa penat tu. Lawan hasutan syaitan! Sebab siapa yg suka kalau orang Islam tak suka pergi sekolah menuntut ilmu? Siapa yg bisik kat telinga kita "takyah pegi sekolah.. tido kat rumah lagi best.. budak kecik mana boleh penat-penat pegi sekolah.. Siapa?"

"Syaitan?"

"Iya. Syaitan suka orang yg tak menuntut ilmu. Sebab dia mudah nak sesatkan orang yg tak ada ilmu. Akan datang lagilah.. Orang fikir menuntut ilmu tu cuma boleh di hujung jari. Takyah cari guru.
Haaa... Jadi, tak apa kalau sekarang ni kita rasa penat sikit sebab nak menuntut ilmu dari seorang cikgu. Kalau cikgu sibuk tak dapat mengajar pun tak apalah. Kita pergi sekolah kerana Allah. Dapat pahala atas kesusahan atau kepenatan yg kita rasa. Nanti Allah mudahkan jalan kita masuk syurga. Itu lebih penting! Betul tak? Lagipun 1 setengah jam je sekolah agama tu. Kan?"

"Ha ah.. Kalau ustazah tak masuk pun apa nak susah. Tido je macam abang haritu. Tak ada siapa marah."

*Fathi menambah 'perisa'..

"Boleh je.. Mak tak marah pun kalau tido kat sekolah masa cikgu tak masuk. Buat je apa-apapun boleh. Asalkan kita ke sekolah kerana siapa???"

"Allah.."

"Bagus.. Dah pegi mandi sekarang!"

*Berdesup semua masuk bilik air.

.
.
.

Satu sunnah yg semakin dilupakan generasi abad ini.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْـجَنَّةِ وَإِنَّ الْـمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّهُ لَيَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِـمِ مَنْ فِى السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ حَتَّى الْـحِيْتَانُ فِى الْـمَاءِ وَفَضْلُ الْعَالِـمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ. إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ لَـمْ يَرِثُوا دِيْنَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرَثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.
“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.”[6]

#ceriteraanaksekolah
#sukahadith



Ulasan

Hernee Nazir berkata…
bijaknya anak-anak jah ni..suka baca cerita diorang..

- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -
sitirohaida berkata…
moga kita jadi ibu yang penyabar dalam mendidik anak-anak..lembut dengan anak-anak,maka lembutlah hati mereka kan

~ Kisahsidairy~

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.