رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Selasa, 27 Disember 2016

# anak # falsafah

McDonaldization of knowledge



Istilah ini wujud di dalam ilmu sosiologi.

Saya amat minat dengan subjek sosiologi sejak di tahun pertama berada di Matrikulasi UIA PJ pada tahun 2000.

Kerana hati saya suka akan sesuatu yg berkaitan dengan masyarakat (ummah).

Di zaman ini, saya percaya semua orang pernah makan McD atau KFC. Pasti tahu bagaimana membuat order di kaunter sebelum duduk makan di meja. Cepat, mudah, harga berpatutan di kala tak sempat memasak di dapur. Atau sekali sekala ingin mengubah angin.

Tak selalu tapi pernah.

Polisi yg digemari pengguna adalah kerana tidak lebih 3-5 minit berada di kaunter untuk memesan hidangan.

Sangat jimat masa dan juga jimat poket. Inilah gaya hidup hari ini. Semua orang kesuntukan masa dan apa-apa yg cepat itu semua adalah sangat bagus dan membahagiakan!



Lalu, apabila tiba berita ramai rakyat Palestin yg tak bersalah mati akibat serangan Yahudi, kita mengadakan boikot besar-besaran sebagai tanda protes di atas kebobrokan ini.

McD diboikot. (Yalah, orang suruh boikot kita boikotlah).

Ya. Di satu tahap McD berjaya diboikot secara fizikal.

Namun, ruhnya masih hidup secara melata. Malah, semakin agresif sekali!

Kita ajar anak, dengan harapan anak segera pandai.

Walhal, anak baru 2 tahun. Baru 4 tahun. Kita harap dia tahu semua.

Kita ajar anak mengaji, berharap anak terus dapat mengaji al Quran seawal usia sebagaimana anak orang lain boleh membaca buku seawal 2 tahun.

Kita mahu anak menghafaz, berharap esok anak sudah mampu menjadi al-hafiz dan dapat menghafaz surah panjang-panjang sebagaimana anak orang lain mampu berbuat sedemikian rupa dan masuk TV.

Kita ajar anak duduk diam di rumah orang, berharap raya tahun ini bolehlah bawa anak beraya ke rumah jiran tanpa perlu malu lagi.

Kita ajar anak menulis, membaca, mengira, dan menjangkakan semuanya betul tanpa ada kesalahan yg dilakukannya. Tanda anak kita bijak.

Hari ini kita ajar anak, esok anak terus pandai. Itu yg membolehkan kita tersenyum bangga.

Itu bab anak-anak.

Jika bercakap tentang mak bapak anak, juga tidak kurang segeranya hari ini.

Ada satu  isu yg was-was, atau tidak tahu, kita Google saja. Hehehe..

Cepat, pantas di hujung jari. Hanya beberapa saat semua maklumat dan ilmu boleh dibaca. Lebih pantas dari ambil order di kaunter McD.

Di internet mahu tahu semua benda ada. Mahu tahu semua pengalaman, wujud. Mahu timba ilmu dengan segera, kita boleh dapat membaca macam-macam maklumat dan kemudidan kita berbalah sesama orang Islam sendiri menyatakan ilmu kita lebih valid melalui pengalaman individu & pembacaan di hujung jari berbanding ilmu masuk lab beberapa tahun lamanya dan pengalaman doktor pakar yg setiap hari berhadapan dengan isu berbangkit setiap hari.

Lalu, kita mula lupa ilmu merendah diri dan mula berdebat dengan semua orang yg tidak sependapat dengan kita. Walaupun yg bercakap itu seorang pakar, namun, kita lebih mempercayai pakar di hujung jari.

McDonalization of knowledge.

Berlaku di semua peringkat kehidupan hari ini. Tidak terkecuali.

Kita sudah semakin jauh daripada keberkatan ilmu. Tidak seperti para ulamak zaman silam dan salafussoleh yg mana sanggup merantau jauh mencari guru pakar bidangnya.

Menghormati pakar bidang dan tawadu' kepada orang berilmu.

Anak kecil dihantar kepada guru tersebut dan menetaplah anak kecil di situ tidak pulang ke kampung halaman bertahun lamanya sehingga benar-benar habis menuntut.

Sebelum bertemu guru pakar bidangnya, dihafal dan dikhatamkan semua isi kandungan kitab termasyhur karangan tuan gurunya sebelum datang menyerah diri menuntut dengan lebih terperinci lagi.

Bukan membaca kitab tanpa guru.



Kini, 2016 kita boleh lihat facebook-ization of knowledge secara besar-besaran.

Orang lebih percaya apa yg dibacanya di fb.
Tanpa tapisan.
Tanpa penghadaman yg betul.
Tanpa kritisan yg munasabah.

Orang suruh baca buku itu kita baca kerana mahu mendapat ilmu. Tanpa berguru.
Orang share link juga kita baca tanpa kita tahu review yg betul.
Tanpa kita tahu latar belakang yg sebenar.
Tanpa kita tahu sumber yg asli.
Lalu kita mengharap yg serupa hasilnya.

Apa-apa yg memihak kepada pendirian awal dan pandangan hidupnya terhadap sesuatu perkara, itulah dipegangnya.

 Add friend dan buat group. Sesiapa yg tidak sependapat, unfriend dan kick from group.
Dengan bongkak kita menyatakan siapa yg tidak setuju boleh keluar dari group.

(Jelas menunjukkan ada kepentingan peribadi dan tertentu bukan untuk kemaslahatan ummah).

Ayat al Quran yg dijadikan rujukan mufti sebagai asas fatwa juga disanggah asbab ia perlu difahami mengikut konteks ayat. Seolah olah tadabburnya lebih tepat berbanding majlis fatwa.

.
Walhal, Islam mengajar kita untuk berlapang dada dengan perbezaan. Dalam perbezaan pandangan itu ada hikmah.

Saya tidak pernah unfriend seseorang disebabkan perbezaan pandangan atau saya ditegur kerana saya silap mahupun sebaliknya.

(Kecuali orang yg selalu ajak main game dan masukkan saya ke dalam group entah apa apa tanpa minta keizinan saya dahulu barulah saya unfriend orang begini.)

Berbeza? Kita berdiskusi secara hikmah. Cari persamaan fikiran.
Agree to disagree. Kita berdiskusi demi kebenaran untuk ummah sejagat. Bukan untuk kepuasan peribadi.

Kerana kita semua orang orang yg mengucap dua kalimah syahadah.

Laa ilaha illa Allah. Muhammadar Rasulullah.

Dakhalal jannah!
(Au kama qal). Maksud Hadith.


.

Islamization of knowledge.

Hidup ini adalah proses belajar.

Selamanya kita seorang pelajar..

Jangan kita selesa mengajar menjadikan kita sukar diajar.

Kembalilah kepada fitrah menuntut ilmu.

Carilah guru nyata.

Membacalah sebanyak mungkin tetapi biarlah berguru. Cari guru bidangnya apabila ia membabitkan ijtihad yg besar. Membabitkan masa hadapan anak anak dan ummah.

Kita tidak tahu semua perkara dan tidak mampu mengetahui banyak perkara dalam masa yg singkat. Kerana kita manusia biasa.

Belajarlah adabul ikhtilaf. Akhlak yg perlu dipegang ketika berhadapan dengan perbezaan pendapat.

Kerana satu puak tidak menjadi lebih baik daripada satu puak lagi walau dengan memenangi sejuta perbahasan.

Asas fiqh harus digunapakai dalam mencari penyelesaian bukan mentafsir sesuatu dari agama berdasarkan kesukaan kita. Ada cabang ilmu yg harus diperhalusi. Mungkin kita boleh terlepas pandang.

Berlapang dada mengenai pilihan.

Namun, apabila ia melibatkan kepentingan ummah secara umum, secara automatik kepentingan peribadi diletak di tepi. (Fiqh aulawiyyat).

Prinsip fiqh yg satu inilah yg perlu kita didik ke atas diri anak sejak kecil melalui imitasi tauladan (contoh ibubapa membuat keputusan) supaya besarnya kelak menjadi permata buat ummah. Dapat berbakti semula kepada masyarakat majmuk.

Ya. Berfikir secara ummah untuk mendidik anak kembali kepada ummah.

Kurangkan pemikiran mahu bersegera dalam semua aspek kehidupan.

Mahu cepat sihat.
Mahu cepat baik.
Mahu cepat pandai.

.

Singkirkan McDonalization dalam hidupmu.

Jauhi Facebook-anization dalam hidupmu.

Kembali kepada sunnah menuntut ilmu.

Dengar dan terimapakai kata kata Pakar bidangnya dan ulamak.

McDonalization dan facebook-anization adalah lebih bahaya malah lebih syubhah daripada apa yg anda takuti masuk ke dalam Badan anda dan anak anak.

Kerana ruh (semangat) di sebaliknya tertanam benam dan hidup segar dalam pemikiran anda tanpa sedar.

Berhati hatilah dengan perangkap syaitan! Ia sentiasa hidup dalam darah anak Adam.

Allah lindungi umat Islam hari ini yg sudah tetlalu jauh dari Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah..

Berdoalah dalam apa jua keputusan atau didikan kita kepada anak anak, supaya Allah bimbing hati kita dalam melalui jalan yg betul. Kita tidak tahu. Kita insan lemah. Tanpa bimbingan dan hidayah Allah, kita tiada apa.

Usaha kita hanya sedikit. Rahmat dan hidayah Allah jualah yg terbesar yg perlu kita semua dambakan.


Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor