Langkau ke kandungan utama

Bila emak tiada lagi


Post ini dah lama tersimpan dalam draf sebenarnya. Tak tahu kenapa dulu tak terus tekan butang publish.

Teringat ada banyak draf post lama yang belum publish lagi dalam blog ni, terjumpa post ini yang ditulis semasa mengandungkan anak ketiga, Fahmi, kalau tak silap, tahun 2013.

Bila sekarang, mengandungkan anak kelima, terjumpa dan baca semula, perasaannya jadi jauh berbeza semasa hanya mendengar teguran emak dulu.

Suara yang takkan mungkin dapat didengari semula. 

Suara yang paling dirindukan. Ia semakin luput dari ingatan.

Hanya tulisan inilah saja yang tersimpan kemas dalam memori yang berkekalan.

-----------------------------------------------------------------

Kata emak,

"Jangan ikut sangat rasa lapor tu. Ajar anak dalam perut sabor sikit. Kalau ikut sangat rasa lapor tu nanti anak dah keluar asyik kena ikut cakap anak. Kalau nak time tu time tu jugak tak reti nak bersabor. Nak jadi mak bapak apa kalau kena ikut cakap anak? Ajar anak sabor dari dalam perut tu lagi."

"Jangan asyik nak pegang fon tu main facebook. Anak keluar nanti pun asyik nak main fon. Lebih baik baca Quran. Ajar anak dari dalam perut suka tengok Quran."

"Jangan tidur lambat. Nanti anak dalam perut tu pun ikut tidur lambat. Suruh suami kamu tu pun jangan tidur lambat. Anak ikut. Sebab tu masa kamu kecik semua tidur lambat."


Hehe.. Walaupun anaknya ini sudah beranak pinak, emak tetap akan terus menjadi seorang emak.

Belajar dari pengalaman orangtua.

Hargai setiap bait katanya walaupuan ianya menyentap jiwa.

Senyum saja. 😉

‪#‎selamathariibu‬



Hari Raya Aidilfitri terakhir & Hari Ibu terakhir, Mei 2019


Bersama ustaz emak & kawan baik abah yang menjadi punca pertemuan & perkenalan emak & abah hingga ke jinjang pelamin


Hari Raya 2017


Sehati sejiwa. 
Abah & emak sakit mata serentak Hari Raya 2014



Jadi peneman & penjaga setia cucu pertamanya, Fathi selepas operation Hydrocele 2011
 


Jalan-jalan cuti sekolah @ Aquaria 2017






Piknik pertama & terakhir bersama cucu-cucunya @ tasik Purtajaya 2018


Setia di sisi. 
Hari Jadi abah terakhir bersama emak, September 2019


Rumah abadi emak, Disember 2019.


Al-Fatihah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...