Sabtu, 12 Mac 2016

Lebih baik menyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan.


"Mak, kat sekolah kan ada kawan panggil abang lembap sebab abang lari paling akhir sekali. Lepas tu kawan abang panggil abang busuk."

"Oh iya.. Abis apa yg abang rasa kena panggil macamtu?"

"Abang tak rasa apa apa. Abang buat tak layan je. Saja je diorang nak kenakan abang. Orang dah mandi pun dia panggil busuk. Abang buat buat tak dengar. Lepas tu pegi tempat lain."
*Ok. Mak yg rasa sedih. Terkenang semasa dulu.*

"Hmm.. Tak baik kan kita ejek ejek orang. Allah tak suka kalau kita sakitkan hati kawan kita. Abang ada ejek kawan abang yg lain tak?"

"Tak ada. Lepas diorang panggil abang lembap dengan busuk diorang cakap abang cinta."

"Hah, cinta dengan siapa?"


"Ada sorang girl tu. Tapi lepas tu abang kenakan dia balik."

"Uishhh kenakan macamana?"

"Abang ambik kertas yg dia tulis nama abang dengan girl tu lepas tu abang pangkah besar besar! Hahaha.."

"Oooo abang pangkah besor eh.. Lepas tu abang cakaplah kat dia mana boleh cinta cinta masa sekolah. Lepas kawin baru boleh cinta. Kalau main cinta sebelum kawin Allah marah."

"Mak mak.. Kalau Allah marah nanti kita tak boleh dapat apa yg kita minta eh?"

"Allah beri jugak apa yg kita minta sebab Allah tu maha pengasih maha penyayang. Kalau tak solat pun Allah beri. Tapi tak baik lah kan kita dapat apa yg kita nak tapi tak pernah syukur dan doa pada Allah. Allah sayang budak budak. Allah boleh beri apa yg kita nak. Jadi kita tak baik buat Allah marah dengan kelakuan yg tak baik macam ejek mengejek.

Apakata abang doakan kawan abang supaya dapat hidayah satu masa nanti. Tengok fatihah. Haritu mak suruh tiha kuat dan tabah, jangan lupa doa tiap hari pada Allah supaya boy sebelah dia tu dapat hidayah. Selang dua minggu je boy tu terus tak kacau tiha lagi.

Sebab tu mak suruh abang jangan tinggal solat. SOlat tiap hari doa apapun kita nak. Tak payah mintak orang lain doakan untuk kita. Yakin Allah akan bantu kita terus.

Dalam masa yg sama kita kena usaha. Abang kena beritahu kawan abang yg abang tak suka dipanggil macam tu. Suruh dia berhenti mengejek. Cakap tak baik ejek orang. Kalau ada anak yatim ke miskin lagi tak boleh ejek. Tak baik.."

Senyap.

"Mak mak... Kalau abang doa tiap hari minta Allah bagi mak duit banyak banyak beli basikal untuk abang boleh tak?"

"Boleh! Asalkan abang rajin solat lima kali sehari. Tak tinggal solat. LEpas solat abang nak doa mintak apa je pada Allah, satu masa nanti mesti Allah makbulkan.

"Abang rasa macam nak tolong anak yatim orang miskin bila dah ada basikal nanti."

"Bagus! Betul tu. Nanti dah ada basikal abang boleh round satu taman universiti ni tanya orang miskin ada beras tak kat rumah dia.  Mana yg tak ada beras, telur, minyak tu abang tolong belikan kat kedai paklong mi lepastu hantarkan ke rumah dia. Abang boleh ajak kawan kawan abang yg ejek abang tu sekali. Haaa barulah Allah suka pada orang yg buat baik pada orang lain... Boleh?"

Angguk.

Senyap.

Pandangan tembus dinding buat seketika.
"Mak, nak baca sirah Nabi Muhammad tu lagi sebelum tidur ni boleh?"

....

Memprogramkan minda anak untuk mempunyai nilai yg sama dengan kita ibubapanya perlu dibuat apabila ada satu satu isu (baca : masalah) yg timbul.

Ada baiknya apabila kita dengan sendiri mendedahkan anak dengan isu tertentu. Letakkan dia dalam kelompok yg pelbagai. Lihat bagaimana corak dia berfikir untuk menyelesaikan keadaan.

Biar dia kebal dan tebal dengan pegangan.
Biar dia punya visi yg jauh.
Biar menjadi trendsetter yg baik.
Kelak mampu survive dalam kelompok akhir zaman kini dan sebelumnya.

Memindahkan nilai dan pegangan kita kepada anak anak perlu disertakan matlamat yg besar di sebaliknya.

Visi yg jelas.

Berjiwa besar supaya masalahmu menjadi kecil.

"Lebih baik menyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan."

Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...