رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 12 Mac 2016

# isu semasa # sudut pandang

Isu remaja terlanjur. Pelangi hidup.

Rasa bersalah saya kerana belum sempat melunaskan janji untuk menjawab soalan yg satu ini sejak tahun lepas. Maafkan saya.
Ini adalah yg terakhir saya menjawab mengenai status anak luar nikah dan seangkatan dengannya. Saya bukanlah yg arif. Hanya dikurniakan sedikit pengalaman pernah membantu seseorang yg menghadapi isu ini beberapa zaman dahulu.

Mohon maaf dari lubuk hati kerana saya tidak dapat membalas soalan soalan yg singgah di blog, emel, whats app, telegram dan inbox fb ini. Saya tidak terdaya.

Sangat terkesan dan mohon maaf saya buat seorang anak muda lelaki yg emel kepada saya semasa sedang menghadapi SPM tempohari. Tidak dapat saya membantunya dan pasangannya yg baru mengandung tatkala sama menghadapi SPM juga.
Akak doakan adik berdua bertemu jawapan yg lebih baik hasil daripada kepulangan adik yg tulus kehadratNYA. Teruskan berdoa, solat taubat dan bertahajjudlah memohon petunjukNYA. Akak tiada jawapan untuk masa hadapan adik berdua. Allah cintakan hambaNya yg bertaubat. Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu.
.

Soalan yg satu ini, saya tergerak untuk kongsikan kerana ia melibatkan kerjasama dan perubahan mentaliti dari segenap kelompok masyarakat hari ini.

Dari peti soalan :

As'salam Puan. Saya dari Sabah. Saya ingin btanyakn tentang nasihat dan pandangan Puan tentang situasi saya. Sy(saya) sangat bharap Puan punyai masa untuk membaca dan mbantu saya.
Sy mempunyai  seorang anak luar nikah perempuan, sekarang berumur 5 tahun. Sy bkahwin dgn 'bapa' biologinya 4 bulan sblm klahirannya. Sijil lahirnya, ruang bapa diisi dgn nama 'bapa' biologinya mngikut seksyen 10, anak sy berbintikn Abdullah.
Hal yg mbingungkn sy adalah, br2 ini, ibu dan kakak2 sy bbincang mengenai nasib anak sy yg akan ke sekolah, tanpa pengetahuan saya. Sy tahu niat mereka baik, spy si anak tidak menjadi bahan ejekan dn psoalan kenapa nama bapa lain dlm sijil lahir. mereka inginkn anak sy utk dijadikn anak angkat kpd kakak sy yg mjadi ibu susuannya. Ttp entah kenapa sy sgt terasa, sedih, berat Hati dan tidak bsetuju. Perasaan sy  seolah-olah sy ini tidak layak menjadi ibu kepada anak saya bl mereka bbincang mengenai anak sy.
Bg sy, anak angkat atau luar nikah tetap akan dicemuh oleh masyarakat. Sy tidak mahu khilangan kuasa sy selaku ibu kandungnya. Jika blaku sesuatu, biarpn keluarga, hal yg tidak dijangka mungkin akan tjadi. Itu menjadi kerisauan sy. Bukan mbuka aib, tp perkara ini sy perlu bgtahu utk pemahaman Puan.
Ada ketika, ibu sy mberitahu anak sy yg bapanya sudah meninggal. Si anak btanya kpd sy, benarkah? Sy tkejut dgn berita itu. Sy cuma mberitahu bapanya masih hidup dan sy x tahu di mana. Bahkn, bbrp bulan lepas ibu sy mberitahu si anak yg bapa  dia memukul sy, krn itu dia tidak tinggal dgn kami.
Sy sgt bingung dan sedih, sy tidak mahu berbohong dgn anak sy, tp mberikn gambaran sebegitu mengenai  'bapa' biologinya, bg sy akan mberi kesan pd jiwa si anak yg hanya menumpang kasih syg bapa2 saudaranya. hal itu benar tp bg sy tlalu awal utk si anak mngetahuinya. Sy tpaksa mengiyakn dan mberikn dia harapan, utk kami mencari bapa baru yg boleh menyayangi kami. Topik itu sering sy bangkitkn jika dia tiba2 bsedih tentang dia yg tidak mpunyai bapa seperti orang lain.
Banyak yg sy baca, sekarang segelintir masyarakat sudah dapat  menerima anak2 luar nikah ini dgn seadanya, itu cukup mberikn harapan utk sy utk meneruskn khidupan sy dgn anak sy bbekalkn sijil lahirnya yg asal. Sy ingin menunggu dia bersekolah dahulu dan dpt memahami dgn jelas apa yg akan sy bgtahu nanti mengenai statusnya. Pd masa itu, jika si anak bersedia, sy akan berikan pilihan utk terus bsama saya dgn status itu atau mnjadi anak angkat. Sy redha dan tidak akan menolak sebarang kputusan.
Bdasarkan perihal sy, pd pendapat Puan, adakah salah cara yg saya sedang lakukn? Sy tahu banyak kesan negatif yg mungkin tjadi pd si anak spanjang psekolahannya tp jika selalu melihat pada negatif, takkan dapat kita lihat dr sudut positifnya.
Saya buntu, ibu sy spt memaksa sy utk bsetuju dgn kputusan mereka. 
Sy berharap Puan dpt membalas mesej saya ini.
Terima kasih banyak Puan, saya 'add friend' dlm Facebook setelah saya membaca blog Puan, banyak info dan nasihat yang saya dapat dr blog Puan. sy merasakn saya tidak bersendirian dlm mengharungi hidup ibu tunggal.
Ayat yg paling terkesan, bl Puan bgtahu dlm blog Puan tentang wasiat kpd anak, Puan sarankn lebih baik sahabat yg bertanya mjaga dan didik anak luar nikahnya sendiri dari dijadikn anak angkat. Krn itu lebih membahagiakn diri anak dan si ibu sendiri. Selama ini, saya hanya pendam semua perasaan sy. Sy tidak dpt luahkn kpd sesiapa, hanya kpd Allah swt sahaja.
Terima kasih Puan. 

Jawapan :

Saya memahami kerisauan puan juga ahli keluarga lain. Tapi, puan harus duduk berbincang secara rasional dengan ibu puan serta ibu susuan anak puan semula.

Katakan, semua orang juga risau dan mengambil berat perihal anak puan. Kita semua sayangkannya dan berusaha yg terbaik untuknya.

1. Kenalpasti apa isu sebenar.
Malu?
Takut diejek?
Mahukan hidup si anak lebih sempurna seperti orang lain?
Bagaimana sempurna yg kita mahu "create" untuk anak?

2. Tidak semua orang memiliki hidup yg sempurna. Malah, seorang anak yatim yg kehilangan bapanya sejak kecil dan sering diejek di sekolah kerana tiada bapa, juga sudahpun berjaya dalam pelajarannya kini. Juga menjadi PRS di sekolah kerana memiliki daya personaliti yg menyenangkan rakan rakan lain. Ini pengalaman depan mata saya.

Ada juga anak angkat yg tiada bapa kerana ibu angkatnya belum berkahwin lagi. Fenomena biasa bagi artis single yg mengambil anak angkat. Bagaimana sempurna?

3. Didik anak untuk berjiwa besar. Inilah tujuan saya berkongsi cara dan cerita untuk bagaimana semua ibubapa boleh mendidik anak berjiwa besar. Rujuk post saya sebelum ini di wall.
Walau bagaimana kesusahan dan kesedihan yg berlaku dalam hidup kita, kecilkan masalah. Hiduplah dengan jiwa yg besar. Telan semua keperitan hidup kerana itulah yg akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah di masa mendatang. Its ok untuk merasa sedih buat satu tempoh ketika.
Dengan ketidaksempurnaan itulah menjadikan kita dapat merasa erti kesempurnaan yg mencukupi. Hidup ini bukan untuk diperbandingkan.

4. Saya percaya guru guru hari ini sudah masak dan terbiasa berhadapan dengan murid yg tidak berbapa atau mempunyai nama bapa yg berlainan dengan sijil lahir.

Gunakan budi bicara sebaiknya dan dapatkan kerjasama dari guru yg terlibat semasa pendaftaran sekolah anak.

Murid lain tidak akan suka suka membaca surat beranak rakannya tanpa sebab atau jika cerita itu tidak dibuka kepada umum. Simpan sijil kelahiran anak sebaiknya dan berikan kepada yg berkepentingan saja.

(Untuk pendaftaran murid baru tahun 1 memerlukan sijil kelahiran, sijil nikah, ic ibubapa, slip gaji ibubapa dan sijil tadika terdahulu. Jika salah satu tidak lengkap, boleh berjumpa dan berbincang dengan PK Hem sekolah. Minta status anak tidak dihebahkan. Guru pasti berikan kerjasama.)

5. Ibubapa susuan anak boleh membantu dengan turut sama mendaftarkan sekolah dan membeli buku sekolah anak puan. Tiada masalah jika mahu  memperlihatkan anak puan punya seorang bapa yg menghantarnya masuk sekolah. Orang lain tidak akan memeriksa nama bapa susuan sama atau tidak dalam sijil lahir.

(Adapun status ibubapa susuan sama saja darjatnya dengan ibubapa kandung. Jika anak bertanya, boleh saja mengatakan bapa susuannya juga adalah bapanya. Tanpa pengangkatan yg sah pun hukum syarak sudah jatuh selepas 5 kali susuan kenyang. Anak anak kakak puan adalah adik beradik anak puan. Mereka haram berkahwin, aurat jadi ringan).

6. Katakanlah jika proses pengangkatan tetap mahu dibuat. Saya kira tiada bezanya. Hanya nama bapa angkat dapat diletakkan bersebelahan dengan nama anak selepas proses pengangkatan selesai 2 tahun.
Bin/binti tetap sama seperti yg asal. Sijil kelahiran selepas pengangkatan serta mykid juga hanya diterima selepas 2 tahun. Sudah tentu tidak sempat lagi digunapakai semasa pendaftaran anak masuk sekolah tahun depan.

Contohnya : Nama anak puan sekarang ialah Muhammad Ali bin Abdullah. Bapa angkat bernama Abu. Nama selepas pengangkatan yg dibenarkan setelah 2 tahun oleh JPN sekarang adalah Muhammad Ali Abu bin Abdullah.

Selesaikah isu utama yg ditakutkan?

(Saya tidak pasti jika proses yg sama terpakai di sabah sarawak. Sebaiknya, rujuk kepada Bahagian kelahiran, kematian & pengangkatan jabatan pendaftaran negara yg terdekat. Kemungkinan ada ordinan yg berlainan antara semenanjung dengan Sabah sarawak).

7. Benar sekali pandangan puan. Ejek mengejek itu perkara biasa boleh berlaku kepada sesiapa saja hatta anak yg punyai kehidupan sempurna bersama ibu ayah kandung. Anak anak kecil sejak dulu juga begitu fitrahnya.
Yg hidung kembang dikatanya pesek, yg pendek kecil dikatanya bantut, yg kurus tinggi lampai dikatanya zirafah, yg gemuk gedempol dibahankannya, yg duduk di kelas corot pun dijadikan mangsa ejekan habis habisan bukan di kalangan murid saja malah boleh jadi di kalangan guru (pengalaman diri sendiri). Tiada seorang pun yg tidak pernah kena ejek semasa kecil kecuali jika murid itu anak cikgu. Hehe..
Oleh itu, besarkan jiwa.

8. Saya bersetuju dengan puan bahawa kita harus melihat positiviti walau kita sudah sedia maklum kewujudan negativiti kesan masa lalu. Namun, ia suatu perkara yg terlalu jauh untuk diubah.

Apa yg penting masa sekarang dan akan datang. Positiviti amat diperlukan bagi memastikan di mana kita akan berakhir.

Allah itu bersama sangkaan hambaNya.
Fikir yg baik baik. Dapatlah yg baik baik, dengan izin Allah. Jika berlaku yg kurang baik juga, ianya tetap baik pada jiwa seorang mukmin. All is well. Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita walau ianya jalan yg penuh duri.

Di sini, saya ingin menyeru kepada semua ibubapa supaya didik anak untuk berkawan atau melihat seseorang tanpa prasangka.

Sejak kecil, ajarlah anak untuk bagaimana menghormati orang lain dengan memanggil nama kawan dengan baik. Jangan menggelarkan atau memanggil kawan lain dengan nama yg buruk. Itulah akhlak yg baik.

Jika nampak kawan lain tidak sampai membayar duit di kantin, bagaimana sikapnya?

Jika ternampak seseorang makan seorang diri di sebelah tong sampah di kantin, apa respon dan pandangannya?
Jika ada kawan yg tidak pernah kelihatan ayahnya, bagaimana perbualannya?

Didik anak supaya sentiasa mempunyai pandangan hidup yg jernih. Tanpa prasangka.

Moga segala kekusutan puan dapat dileraikan. Ya, benar. Wasiat buat anak luar nikah amat penting lebih lebih lagi apabila sudah berkahwin.Saya doakan perbincangan semula bersama ahli keluarga puan membuahkan hasil yg terbaik untuk masa depan anak puan bersama orang orang yg menyayanginya.

Moga dalam perlindungan Allah sentiasa.
.


Nota kaki :

Pendapat saya tidak penting. Yg penting adalah kebanyakan penyelesaian mengenai isu ini melibatkan prosedur tertentu yg adakalanya berubah dan berbeza mengikut negeri.

Melalui pengalaman yg sedikit ini, tidak ada satupun penyelesaian yg sama boleh  digunapakai dalam setiap kes.
Kesemua jalan keluar pasti berbeza kerana setiap dari kita punyai storyline, latar belakang dan situasi yg tidak sama. Saya tidak berupaya membalas semua mesej, soalan yg masuk dan kemudian memberi penyelesaian yg betul. Saya tidak tahu.

# Sentiasa keep track dengan prosedur & organisasi yg terlibat :

> Beritahu waris (ibubapa) >
> Laporan polis & pihak sekolah  (hanya bagi kes bawah 18 tahun) >
> Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah >
> Buku merah kehamilan (klinik kesihatan) >
> Hospital (proses pelahiran) >
> JKM (jika tiada waris atau tidak melalui rumah perlindungan) >
> Sijil kelahiran anak (hospital) >
> Daftar kelahiran (JPN terdekat) >
> Buku biru rekod kesihatan anak (dapatkan suntikan vaksin berkala sejak lahir hingga umur 12 bulan).

* Ada satu emel yg diterima dahulu mengatakan sahabat lelakinya menjaga anak luar nikahnya sejak lahir tanpa sebarang dokumen dan rekod kesihatan memandangkan wanita yg melahirkannya seorang penagih dadah.*

Jika kesemua prosedur ini dipatuhi, insha Allah, tiada masalah besar apabila anak masuk sekolah kelak. Ini adalah hak anak semasa dan akan datang.

Jika tidak mahu mematuhinya tidak mengapa, ia dinamakan mementingkan diri sendiri tanpa fikirkan hak anak. Teruskan kehidupan.

# Adapun jika sijil kelahiran anak hilang / tiada / dilarikan / disimpan pihak lain (bukan pada ibu yg melahirkan), tidaklah saya dapat menolongnya. Usahakanlah. Mungkin perlu membuat akuan bersumpah. Dapatkan pandangan peguam.

# Jika melibatkan berlainan agama, rujuklah ke Pejabat Agama. Mereka lebih arif dan pasti akan membantu. Tidak perlu merasa malu.

(Saya menonton Tabayyun di tv alhijrah tempohari. Sesiapa yg perlukan bantuan atau pandangan yg tepat mengenai isu ini boleh emelkan kepada ustazah yg banyak mengendalikan kes iaitu hafizatulakmal@jais.gov.my).

# Jika melibatkan pasangan warga asing (bukan Malaysian / negara berperang), rujuklah ke Kedutaan negara yg terlibat. Jika benar, pihak kedutaan pasti akan membantu. Jika ada kesulitan, fikirlah sendiri tentang kesahihan visanya. Tak dapat saya menolong.

Saya hanya akan membalas soalan jika ada yg mahukan nombor pusat perlindungan sahaja selepas ini.
Itu saja pertolongan yg saya mampu hulurkan.

Moga hidayah dan keampunan Allah tetap ada buat saya dan kita semua hingga ke akhir nafas di atas dunia ini.
Fi amanillah.

Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor