رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 12 Mac 2016

# anak # keibubapaan

Besarkan jiwamu.

"Abang tak beli apa apa hari ni?"
Tegur saya sejurus melihatnya masuk ke dalam kereta.

Sementara menunggu  tadi saya perhatikan hampir semua murid sekolah rendah yg meluru keluar dari kelas singgah membeli sesuatu. Ada yg penuh tangan hingga tak boleh membuka pintu kereta sendiri. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat.
"Tak. Hari ni abang tahan nafsu."
"Oh, bagusnya! Tahniah abang sebab berjaya dapat tahan nafsu dari membeli makanan yg tak berkhasiat hari ni. Mak suka sangat abang berjaya kawal nafsu. Itu yg mak ajarkan abang dari kecik kan? Jadi, seringgit yg abah bagi pagi tadi abang nak buat apa?"
"Nak simpan. Betullah mak cakap. Abang nampak dah. Orang kantin tu buat aiskrim pakai air paip. Pinggan mangkuk periuk dia semua dia basuh sekali dengan yg kotor. Betul mak cakap.. Sebab tu abang dah taknak beli aiskrim dari kantin. Abang makan bekal je."
"Bagus abang. Makan bekal mak buat je ok. Jangan membazir dan teruskan kawal nafsu. Allah suka kalau kita tak membazir, makan apa yg ada dan kawal nafsu. Nafsu untuk dikawal bukan diikut.. Kan..."
Fathi mengangguk laju.
"Mak mak.. boleh tak nanti masa cuti sekolah panjang mak jumpa kawan abang beritahu dia yg ultraman, ceria all stars tu tak elok kita tengok? Ultraman tu tipu aje. Ceria all stars tu tak elok tengok orang terkinja kinja. Puas abang cakap kat kawan abang tu jangan tengok ultraman lagi. Tapi dia tak percaya!"
Erk! Ke situ pulak dia..



"Tak apa lah bang kalau dia taknak percaya. Yang penting abang dah cakap kat dia. Nanti lambat laun Allah beri hidayah kat dia, dia berhentilah tengok ultraman macam abang sekarang kan. Kita kena sabar. Macam Rasulullah.."
Diam. Agaknya recall semula subjek sirah yg dipelajari.
"Fatihah hari ni boy tu kacau tiha lagi?"
"Hari ni boy tu tak jerit kat telinga tiha lagi. Tapi dia nak salam tiha. Dia kata nak kawan dengan tiha. Masa sekali tu dia cakap tiha tak layan. Tiha buat buat tak dengar macam mak cakap ha.
Lepas tu dua kali dia hulur tangan nak salam baru tiha salam."
"Ooohhh alhamdulillah, kan mak dah cakap. Akhirnya Allah beri hidayah kat boy tu jadi baik. Taknak kacau tiha lagi. Betul tak cakap mak? Hehe.. sebab mak pun pernah kena dulu.
Walaupun datang sekolah kita rasa sedih sebab orang main air liur kat buku kita, jerit kat telinga kita, suruh kita ambil itu ini, tak ada yg nak kawan kita, tapi kita kena jadi kuat dan tabah macam Nabi Muhammad. Mak dah ajar kat sekola agama mak kan. Bila kita sabar, kita jadi lebih tabah. Doakan dia dapat hidayah. Sebab tu mak suruh anak mak sembahyang, doa, mengaji. Allah mesti tolong kita selesaikan masalah. Tak payah mengadu kat cikgu atau sesiapapun. Sekarang, tiha rasa nak tukar tempat duduk lagi tak?"
Geleng kepala.
Fathi menyampuk.
"Nabi Muhammad tahan marah, sabar bila ada orang baling dengan najis. Sampai gunung nak tolong hempapkan kat atas orang tu pun Rasulullah kata jangan. Kan mak?"
"Bagus abang ingat cerita yg mak ajarkan haritu! Betul. Walau macamana jahat orang tu, suka kacau kita, doakan dia dapat hidayah Allah. Pandailah Allah selesaikan masalah kita. Allah kan maha baik, maha mendengar lagi maha berkuasa. Tengok, dalam 3 minggu je Allah dah selesaikan masalah tiha. Lepas ni bolehlah tiha tak susah hati lagi nak datang sekolah. Kannn..."
"Lepas ni tiha janji taknak mengalirkan airmata lagi."
*Muka senyum*.
*Muka senyum*.
.
.
.
Adakala, banyak alasan diberikan oleh anak kecil bila hendak ke sekolah. Samada benar atau tidak, kita lebih tahu anak kita.
Jangan pula kita menjadi seperti anak kecil. Terus mengadu ke sana ke mari dan memperbesarkan masalah. Menyalahkan orang lain.
# Lihat sendiri situasi sebenar.
# Didik anak membesarkan jiwanya bukan terikat dengan masalah.
# Jangan mencari silap orang.
# Anjurkan jalan keluar yg mutlak di atas pengharapan kepada Penyelesai segala masalah.
# Nyatakan satu prinsip yg jelas (jika seseorang melanggarinya barulah tindakan lebih tegas diambil).
# Pasti ada jalan keluar yg tidak disangka sangka.
# Pada diri Rasulullah itu adanya contoh ikutan yg terbaik.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad.
Nota : Subjek sirah menjadi subjek kegemaran anak anak kini. Habis satu buku teks sekolah agama dipelajari dalam masa 2 minggu sejak sekolah agama emak berlangsung.
*Muka suka*
#diarisekolahagamaemak

Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor