Langkau ke kandungan utama

Anak menangis apabila kalah?




Menang - Kalah.

Selalu saya mendengar perbualan antara anak anak.

"Hahaha, abang menang fatihah kalah!"

"Eh, mana ada orang kalah dalam dunia ni mak kata. Semua orang kan menang!"
Sambil memuncungkan mulutnya sedepa.

"Ha ah ha ah.. Betul jugak tu. Maaflah. Abang menang pakai baju dulu, tiha menang keluar bilik air dulu, fahmi menang pakai pampers dulu! Hahaha.."

Barulah semuanya tersenyum gembira sambil bertepuk tangan.

Senyum...



Saya memang dengan sengaja ingin menanamkan ke dalam prinsip hidup anak anak bahawa sebenarnya tiada istilah kegagalan. Asalkan kita membuat sesuatu dengan cara kita.

Ini terjadi akibat mereka satu masa dulu asyik bergaduh kemudian menangis tidak puas hati ketika bermain. Yang menang berasa bangga diri, yang kalah menangis.

Maka, teknik asas yang saya pelajari dari teknik Nabi sallahu 'alaihi wasallam ini saya cuba aplikasikan.


  • Tutup mata pada kesalahan/kekurangan/kekalahan.
  • Besarkan dan raikan usaha yang kecil/kelebihan walaupun tiada langsung kebaikan yang dapat dilihat.


Sebelum anak-anak faham prinsip ini, saya seringkali mengulangi kata-kata ini :

"Tiada orang yang kalah dalam dunia ni. Semua orang adalah pemenang dan berjaya dengan cara dan jalan yg tersendiri. 
Kita tak boleh nak menang ikut macam orang lain. Kita buat kejayaan kita sendiri ikut apa yang kita tahu. 
Fathi anak mak no.1 yang menang sebab suka menghafaz Quran. 
Fatihah, anak perempuan mak yang menang suka mengaji. 
Fahmi anak lelaki mak yang kecik suka belajar (sepahkan) kad imbas! 
Haaa, semua orang pun menang dengan cara masing masing. Mana ada orang yang kalah dalam dunia ni kan...?"

Sejak itu, anak anak memang tidak pernah bergaduh dan menangis lagi selepas bermain main sesama mereka atau sewaktu mengaji.
Hehehe..

Ulangi prinsip asas yang boleh dipersetujui secara bersama.

‪#‎senibercakapdengananakkecil‬


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...