Langkau ke kandungan utama

Dari peti soalan


Puan Tanpa Nama (8 Januari),

Kehidupan kita akan berubah dengan adanya anak kecil yg dianugerahkan oleh Allah. Ia bukan sekadar anugerah malah ia sebenarnya AMANAH!

Selagi puan tidak menyatakan hak sebenar anak puan itu dengan menjelaskan yg sebenar, saya khuatir selama mana hidup puan di dunia ini hingga akhirat tidak dapat ketenangan lagi menenangkan. Ini kerana ketenangan itu sendiri adalah kebenaran.

Maka, apakah faktor yg menyebabkan puan takut akan menyatakan kebenaran?

Takut diceraikan semula dan kehilangan suami yg baik? Atau takut kehilangan teman lama yg baik? Atau kemarahan ibubapa/keluarga? Atau hilang tempat bergantung? Atau semua sekali seperti di atas?

Ada satu kisah yg pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w.



Seorang wanita datang bertemu Rasulullah dalam keadaan hamil mengakui sudah melampaui batas dan minta dihukum. Namun, Rasulullah menyuruhnya pulang hingga melahirkan anak tersebut. Selepas melahirkan anak, wanita tersebut berjumpa Rasulullah kembali. Lalu, Baginda menyuruhnya pulang sekali lagi untuk menyusukan anaknya hingga sempurna. Selepas dalam 3 tahun atau kurang, wanita tersebut datang bertemu Rasulullah kembali membawa si anak yg sudah boleh makan sendiri. Lalu, Rasulullah mengambil anak tersebut dan berkata, siapa yg menjaganya dan memeliharanya akan berada di syurga. Lalu, Rasulullah merejam wanita tersebut hingga mati.
(Baca lanjut : http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/05/kisah-taubat-seorang-wanita-penzina.html)

Apa yg saya ingin sampaikan adalah, mengambil ibrah dan iktibar yg berlaku di zaman Nabi lagi, lihat bagaimana Rasulullah menyelesaikan masalah ini.

Bagi kes begini, apa jua keadaan sekalipun fikirkanlah untuk kemaslahatan si bayi. Bukan lagi mengenai diri si ibu.
(Jaga dengan baik kandungan tersebut hingga selamat melahirkan - menyusukan hingga tidak lagi bergantung kepada susu ibunya).

Apa yg boleh saya cadangkan begini :

1. Berterus terang dengan suami puan akan kebenarannya. Puan harus melihat apa yg puan alami ini adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah.

Ia adalah jalan BERANI MATI yg harus ditempuhi puan supaya puan berhenti melakukan sesuatu yg salah dan mengundang kemurkaan Allah untuk selamanya. Adalah baik berlaku dalam keadaan sekarang kerana ada masa untuk puan bertaubat dan membetulkan keadaan daripada tidak sempat untuk puan bertaubat kerana ajal kematian kita tidaklah boleh diduga. Saat itu taubat tidak akan  diterima lagi.

Lalu, anak ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada puan. Kerana andaikata puan ditolak atau dibuang suami dan keluarga sekalipun, puan masih ada anak kecil untuk meneruskan kehidupan baru bersamanya. Puan tidak keseorangan.

2. Terima hakikat dan hentikan penipuan ini dari berterusan. Berterus teranglah kepada suami dan buatlah pembetulan dengan menukarkan nama anak kepada Bin yg betul. Seindah2 nama itu adalah Abdullah (hamba Allah) atau boleh juga di binkan dengan salah satu 99 nama Allah dengan tambahan Abdul di hadapannya.

3. Cukuplah kesalahan dan penipuan yg dilakukan selama ini. Mahu tidak mahu, inilah jalan keluarnya yg paling baik sekali untuk puan yg Allah sediakan. Mungkin selama ini ada doa puan yg menyesali perbuatan gelap ini dan pernah memohon kepada Allah agar diberikan jalan keluar atas kemelut ini? Inilah jawapannya.

4. Hadapilah dengan tabah dan penuh kekuatan walau apa jua yg bakal terjadi ke atas diri puan. Ingatlah, sentiasa fikirkan untuk kebaikan anak puan bukanlah lagi mengenai diri puan seorang. Apabila anak wujud dalam kamus hidup kita, semua yg berkaitan dengan diri kita sudah tidak penting lagi. Itu adalah kenyataannya bagi sesiapapun yg mempunyai anak-anak.

5. Malah, apa jua respon / sebab akibat yg puan akan lalui nanti adalah jalan keluar yg terbaik dengan taubat nasuha yg terbaik di sisi Allah asalkan puan redha dengan segala takdirNya dan menganggapnya sebagai kaffarah atas kesalahan puan selama ini. Tak mengapa. Its ok.

6. Saya juga berharap jika suami puan dapat membaca ini, lakukanlah  juga solat taubat, istikharah dan hajat memohon petunjuk Hidayah daripada Allah. Segala keputusan selepas ini adalah 100% di dalam tangan suami. Suami puan berhak menyatakan apa saja. Terimalah dengan hati terbuka. Bahkan, saya ingin sekali menekankan biarlah keputusan yg dibuat adalah hasil pemikiran yg rasional bagi kemaslahatan bayi tersebut. Memang bukan mudah dan berat di luar dan di dalam, tapi inilah jalan kebaikan yg harus ditempuh bersama. Rumahtangga yg dibina bukanlah hanya untuk keseronokan semata bukan juga atas sebab cinta semata tetapi sebenarnya mana-mana rumahtangga itu hidup atas rasa tanggungjawab dan dalam kasih sayang Allah sebagai jalan dalam musafir kita semua menuju syurga Allah bersama. Buatlah pertimbangan sewajarnya.

7. Berterus teranglah juga dengan keluarga. Kerana ini telah melibatkan nasab keturunan. Mereka juga berhak mengetahui kebenarannya. Dan buatlah keputusan dengan berani! Samada suami atau teman lama. Salah satu harus FULL STOP! Mungkin jua kedua-duanya.. Saya tidak tahu. Tapi, puan harus berani menyatakannya di hadapan keluarga.

Andaikata teman lama sanggup mengambil puan sebagai isteri pun pada masa akan datang, anak tersebut masih tidak boleh berbin kan kepadanya sampai bila-bila... Ia harus kekal berbin kan nama-nama Allah.

8. Andaikata suami puan masih dapat menerima puan, usahakan untuk tinggal sebumbung. Jangan lagi berPJJ. Kerjaya, rumah, keinginan sudah tiada lagi maknanya buat puan. Ikutlah suami ke mana adanya dia membawa diri.

9. Andaikata ditakdirkan puan perlu meneruskan kehidupan ini berseorangan, maka teruskanlah kehidupan ini bersama anak kecil puan. Keluarlah dan hiduplah di mana jua atas bumi Allah ini sebagai hambaNYA. Bukan lagi hamba manusia yg terkejar-kejar cinta yg tak pasti. Binalah kebergantungan yg kuat terhadap Allah! Tinggalkan tempat lama dan cara hidup yg lama. Binalah cara hidup baru yg lebih diberkati dan diredhai Allah. Salah satu syarat taubat nasuha untuk diterima adalah dengan meninggalkan cara hidup / tempat yg lama. Keluar dari kehidupan lama dan bina satu hidup baru dengan cara dan jalan yg berbeza dari sebelum ini.

Mudah-mudahan hati dan jiwa puan sentiasa dipandu dan berada dalam bimbingan Allah. Juga buat suami puan yg tidak bersalah dalam situasi ini malah amat suci lagi mulia jika suami puan dapat menerima puan seadanya diri dan kesalahan puan. Jika ini terjadi, berbaktilah seumur hidup puan kepada suami puan. Kerana tidak semua manusia dapat menerima kesilapan dan kesalahan orang lain apalagi isterinya dan bersabar akan segala takdir yg mendatang. Sepenuh penghormatan dan kekaguman saya kepada suami puan jika beliau dapat menerima semua kepahitan ini dan memaafkan puan.

Sepertimana rahmat dan kasih sayang Allah yg Maha Pengampun. Sebesar mana atau seberat manapun kesalahan hambaNYA, Allah tetap mengampunkan dan menerima taubat hamba-hambaNYA yg kembali kepadanya. Selagi nafas belum sampai di tenggorakan.

Berbahagialah kerana menjadi orang yg dipilih menerima Hidayah dan Taufiq Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ini. Berlapang dada dengan segala kemungkinan. Dengan kebenaran sahaja hidup kita akan menjadi lebih tenang.

Nota pengajaran untuk semua :

Tidak kira berapa banyak dosa yang telah dilakukan sehingga orang lain menghina dengan perbuatan tersebut, sehingga dia benar-benar bertaubat, adalah lebih baik dari orang berbuat baik tetapi dia sombong.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.